Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

27 Disember 2010

Kaum Arab.



"Kaum Arab adalah kaum yang banyak bermasalah!"

"Kenapa pula abah kata begitu?"

"Sikap kaum ini dari sejarah Islam sering menceritakan kedegilan mereka!. Mungkin sebab itu nama kebanyakannya diutuskan kalangan kaum mereka..."

"Tapi abah bukankah bahasa di syurga adalah Bahasa Arab."

"Memanglah bahasa syurga bahasa mereka namun sejarah telah membuktikan perangai kaum Arab ini sejak azali memang banyak kerenah, kita pun setelah mati akan menggunakan Bahasa Arab jua.." aku terfikir juga. "Sementelah itulah kut! kaum Arab ini amat ego; mungkin angkuh sebab bahasa mereka adalah bahasa utama bagi semua makhluk..."

Top-top kita dengar lagi masalah dunia Arab; kejap kita diwartakan pemimpin mereka yang rakus & kaya raya. Kejap kita dengar pemimpin mereka tak hiraukan rakan atau jiran sebelahan negaranya. Kejap-kejap kita dengar mereka berperang sesama mereka.

Di IPTA tempat aku berkerja pun sering terdengar masalah pelajar Arab; ada yang kemalangan langgar orang tempatan sampai meninggal dunia; ada yang bermasalah dengan pasangan mereka yang mengamal Mazhab Syiah. Bila ditangkap basah katanya telah pun berkahwin dengan pasangannya.

Bahasa al-Quran juga adalah Bahasa Arab. Kerugian yang amat besar kita tidak belajar Bahasa Arab; petah menyebutnya tetapi tak faham apa maknanya. Sedangkan membaca atau mendengar a-Quran pun kita mendapat pahala apatah lagi jika kita tahu maknanya. Aku berani mengatakan lebih 50% orang Melayu tak faham Bahasa Arab padahal itu adalah bahasa kita nan kekal. Yang lebih kita tahu atau fasih adalah Bahasa Inggeris.

Isunya aku menulis tentang Kaum Arab ini bukannya apa. Sementelah keluargaku ada darah Arab. Maka itu ramai saudara maraku adalah dari kalangan Syed & Sharifah. Aku sendiri tak tahu dari Syed keturunan Arab yang mana. Mungkin ada saudara maraku di sekitar Kota Bharu Perak boleh membuat Salasilah keturunanku ini dari mana. Kenal Md Sesh tapi tak tahu pula asal kejadiannya.

Tiada ulasan: