iDAN

20 Januari 2011

Setelah beberapa Abad berlalu 3


"Atok saya terima cucu atok seikhlas hati saya, kenapa ada semua jampi serapah ini.. wong kuning pelbagai... saya tak suka semua ini takut saya jadi suami dayus semuanya ikut saja cakap isteri..!" darah mudaku memang sukar dikawal dalam abad pertama perkahwinan.

"Ala! iDAN jampi penunduk ini bukan berniat jahat, ianya untuk kebaikan; Atok kasi pun dengan niat jodoh cucu akan berkekalan... Maya ni pun satu hal... macam mana boleh terlepas semua ini ke tangan suami.." sungut Atok Suratman dengan loghat Jawanya yang pekat.

"Saya takutlah atok bila sebut wong kuning... bukankah wong tu bahasa jawa halus maksudnya orang kuning..."

"Ala itu sekadar ibarat pantun...." kemudian atok cakap Jawa, terasa hati... aku memang dugu tak faham.

"Macam inilah esok iDAN datang ke rumah atok nanti atok tunjuk berapa ramai pasangan & orang bermasalah jumpa atok & dapat atok damaikan!"

Perbualan di atas adalah kenangan zaman mula kahwin, tapi nama sebenar Atokku ini rasanya tak elok aku tulis. Telah pun lama meninggal dunia. Ianya kisah benar di mana dalam masyarakat mana pun ada pelbagai jampi serapah yang di panggil pelbagai. Pemanis, pedinding diri, penunduk macam-macam jampi.

Esoknya aku ke rumah Atok Suratman & dia telah bersedia dengan sebuah beg plastik berzip rapi.

"Nah tenguk ini betapa ramai orang mengadu pada atok, semua mereka kini bahagia sebelumnya sering bergaduh sakan..." aku terkesima melihat wajah-wajah di gambar pelbagai saiz; ada yang masih muda, cantik, orang berumur, gambar orang Jepun pun ada.

"Yang gambar Jepun ini kenapa pula atok!" aku mula rasa reda marahnya setelah entah berapa hari aku tak bercakap dengan Maya isteriku.

"Yang ini iDAN ada orang tu asyik kena marah bosnya, dia lama berkerja tak pernah naik pangkat; gajinya pun tak bertambah banyak bagai rakan lain..."

"Atok boleh tolong dia ke..?"

"Sekadar berusaha agar bosnya akan lembut hati & kasihan kepada dia, ini semua ketentuan Tuhan!" Atok Suratman sentiasa beribadah, setiap maghrib & Isya dia pasti solat di surau. Terasa pula malu sebab semalam aku marah-marah akan dia; tenguk dia perah kapcainya dengan sungutan cakap Jawa aku rasa bersalah amat.

Hari ini aku bersalaman & mohon maaf atas kekasaran percakapan aku semalam.

Niat itu yang penting, jangan ada yang yang pergi jumpa dukun dengan harapan pasangannya bagaikan kerbau dicucuk hidung. Jangan sampai isteri gunakan Nasi Kangkang, suami sampai tak berani nak tegur salah isteri. Jadikan suami dayus atau jangan sampai isteri makan hati didukunkan hingga tak dapat nak tegur suami yang buat maksiat depan mata.

Dalam rumah tangga sebaiknya ada tolak ansur, ada timbang rasa, ada kejujuran, ada keikhlasan dalam membimbing pasangan kita ke arah yang baik lagi sempurna. Suami berhak menegur isteri tak solat begitulah sebaliknya. Isteri jangan didera dalam ibadah, jika suami malas puasa jangan paksa isteri masakkan makanan. Ada perkara isteri atau suami kena bertegas. Hadapilah kerenah pasangan kita dengan tabah serta banyakkan berdoa agar pasangan kita dapat pertunjuk dari Nan Esa dalam meladeni kehidupan ini.

Malahan ada antara ulamak membenarkan isteri pakai susuk dengan niat nak pikat hati suami bukan untuk melawa; tapi harus diingat susuk itu jangan dengan benda yang haram. Jika menggunakan jarum emas memang emas itu hiasan perempuan. Silapnya orang bersusuk melaram di luar rumah sampai semua lelaki gilakan dia. Haram bersusuk itu lantaran mana ada perempuan sekarang ini dapat menjaga sepenuhnya aurat.

Berniat mendapat seri muka ketika mengambil air sembahyang pun rasanya akan menampak seri wajah kita yang kusam. Bersangka buruk terhadap pasangan kita pasti akan melahirkan wajah yang curiga & menakutkan pasangan kita tiap kali merenung wajah kita. Bayangkan air muka kita yang ketakutan melihat perompak yang bersenjata; begitulah wajah pasangan kita yang asyik bersangka buruk. Bungkam menyampah.

Dalam hidupku cuma ada seorang dua perempuan yang aku temui menjaga auratnya dengan sempurna, itu pun pernah aku tertembung dengan tidak sengaja dia membuka aurat sewaktu aku tetiba membuka kamarnya ketika ahli keluargaku ada di dalamnya. Ramai kalangan kita nama saja menutup aurat tapi pakaiannya menikan mata; memukau sukma lara. Pakai baju labuh seluar ketat bagai pakaian getah. Pakai tudung tapi melilit di tengkuk sampaikan dada terdedah. Bukan nak mengungkit; jawapannya tetap ada jika ditegur: dari terdedah belaka baik tertutup, yang mengatakan nampak bentuk & susuk badan itu adalah lantaran mata lelaki yang gerladangan. Sementelah kitab kita itu tulis apa?.

Berbalik pada dukun tadi; pasti kita tertanya-tanya, bagaimana pula jika kita jumpa orang alim seperti kumpulan Klinik Darussyifa' yang diasaskan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din ini. Aku adalah salah seorang yang rajin ke Tuan Guru Klinik Dato' Dr. Haron Din di Bandar Baru Bangi. Rasanya tak mungkin 100% kalangan kita umat Islam yakin & percaya dengan air jampi Tok Guru. Entahlah.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akal yg waras boleh membezakn mana amalan yg elok dn mana yg tidak paksu...

dulu liza pernah mendapat satu ayat...yg kononnya untuk suami sayang...tapi bila dibaca..memang pelik siap ada buang nabi..buang Allah....liza tunjukkn sendiri pada suami dn kami bakar sama2 ayat tu...nampak dh menyimpang jauh dari akidah..

yg lain pulak dalam hubungan yg ashik nk berbalah..kami iktiar pergi kepusat rawatan islam...alhamdulilah..memang berbaloi..tuju tempat yg benar..InsyaAllah yg baik2 juga akan kita dpt..

ada segenlintir yg suka menundukkn suami/isteri atas tujuan sbb diri tu x sempurna..bila pasangan ashik bising,menegur,marah jadi dimandrem...org2 camni la yg wat liza hilang sabar...gerrr...