Setelah beberapa abad berlalu tetiba aku temui kembali anak buah@anak saudara yang telah remaja. Sebahagian telah pun berkahwin sebahagian masih dalam dilema percintaan. Paling ramai adalah anak saudaraku sebelah arwah Abg Din. Dari 21 orang cahaya mata Abg Din hanya sekitar 3 orang yang rapat denganku yang lain bagaikan hilang membawa diri.
Terbaru aku ke Kampung Endah tak jauh dari Pantai Morib meraikan Awin anak Sulung Kak Azie isteri kedua Abg Din, Awin ketemu joodh dengan orang Ketereh; katanya keluarga lelaki punyai syarikat penerbitan. Tenguk kereta mewah beberapa buah seperti BMW terkini parkir de depan rumah nampak keluarga besan Kak Azie ini adalah dari kalangan orang berada. Bila kurisik asal pertemuan mereka melalui laman sesewang; tentunya FB yang banyak menemukan pasangan yang nun jauh berada.
Awin memang gadis jelita lantaran Kak Azie ibunya pun seorang wanita nan cantik. Bila sebut Ketereh nampaknya makin ramai keluargaku jodohnya orang di sana; seingat aku Noi anak Cik Peah (satu ayah lain emak) jodohnya orang Melor, Nurul anak Kak Nomie jodohnya orang Kota Bharu Kelantan, Afiz anak sulungku juga orang Machang kini Awin pula dapat orang Ketereh; jika tak silap Zul Abg kepada Noi juga jodohnya orang Kelantan tak dapat dikesan mana perginya isteri Zul ini; paling akhir aku ketemunya ketika arwah Apak nazak di Hospital Besar Kuala Lumpur sekitar 15 tahun lalu.
Semua anak saudarku memanggilku Paksu, lantaran aku anak bungsu; di pihak keluarga Mila pula memanggiku Pak Long lantaran Mila anak nan sulung.
-bersambung
7 ulasan:
lawanye pic...
cantiknya pengantin perempuan tu, abg Idan...
Lokasinya pun unik.
salam ziarah.. ramainya saudara :)
Sdr Bunga;
Ramai saudara mara sebelah saya masih tak dapat dikesan; ramai masih belajar tak punyai kenderaan sendiri, sedangkan talian telefon rumah ini telah 20 tahun lebih tak pernah ditukar..!
Dik VIC,
Kampung Endah Banting mmg pernah memenangi kampung terindah di peringkat Kebangsaan, baru ini pergi ke sana semakin terbiar tak secantik dulu;
Awin mmg cantik lantaran emaknya Kak Azie pun cantik.
Sdr Nurayunni;
Dalam face book (FB) banyak lagi gambar yang menarik, mungkin boleh add idanradzi yang lambang bunga ros di sana..
salam,
bertandang ke laman seorang penyair...
Catat Ulasan