iDAN

25 Februari 2011

Kenapa mesti Saujana Impian


Dalam perancangan Projek Mass Rapid Transit Lembah Klang; cadangan bagi jajaran Sungai Buloh - Kajang adalah projek yang akan menghubungkan komuter di sekitar Lembah Klang. Dalam pelan cadangan antara stesen yang bakal dibina adalah di Saujana Impian. Saujana Impian tidak jauh dari Jenaris teratakku yang kini makin ditelan bandar.

Tak siapa menolak pembangunan, tetapi aku sering tertanya-tanya apakah kedudukan stesen Saujana Impian Strategik atau sebaliknya. Bagi mereka yang tinggal di Kajang pasti terfikir agak jauh Stesen Komputer dari pusat bandar; begitu juga Terminal Bas di Kajang. Jika bergantung kepada bas mini memang amat buang masa; aku terasa amat gerun tiap kali berada hentian bas di sekitar pusat bandar contohnya di hadapan Pasaraya Billion Kajang; pergilah sesekali ke sana bagaimana sesak & ramainya pendatang luar menunggu bas di sana. Masih macam zaman 80an atau 70an lalu nampak tidak cantik & merimaskan.

Stesen Komuter Kajang jua tak semeriah mana lantaran tempat letak kereta yang amat kecil, tanpa ruang menunggu atau terminal yang boleh menghantar penumpang; malahan rasa tak kena amat keadaan sebegitu terpencil & jumud. Sebaiknya dibina di sebelah Arked Mara, parkir telah sedia ada & luas. Atau pun sebelah Medan selera Sate Kajang; pasti ramai orang senang nak makan sate Kajang.

Mereka yang menetap di sekitar Saujana Impian pasti mengakui yang sekitar Jenaris, Prima Saujana; Kantan Permai jauh lebih sesak & padat penduduknya. Bayangkan setiap kali hujan di waktu pagi kesesakan lalu lintas melimpah sampai ke rumahku Jalan 3, Desa Sri Jenaris. Jalan 3 bukan jalan utama di Jenaris; tetapi telah tiada pilihan banyak kenderaan terpaksa mencari jalan pintas. Jalan utama terlalu sesak.

Keujudan Kolej Komuniti Hulu Langat di Prima Saujana salah satu faktor pembangunan di sini cepat berkembang. Selain Giant, Kamdar, Al-Jabbar, McD, Pasar Malam dan banyak kedai lagi sentiasa menunggu kunjungan pelanggan. Berbanding Saujana Impian sekadar ada TESCO & Padang Bunian Pemancar Radio.

Aku lama menjadi salah seorang Pakar Kajiselidik dalam masalah trafik di KL sebelum ujudnya komuter pun Subway (Putra); secara lojiknya kemudahan komuter adalah untuk orang ramai, stesen dibina di kelompok ramai bukan nun di tanah perkuburan; jika stesen dibina di Saujana Impian yang tak seramai mana penduduknya apa sebenarnya pembangunan yang bakal dibina nanti. Aku lama tinggal di sekitar Shinjuku & Hirajuku Jepun; di pusat bandar yang padat pengguna komuter & subway kerajaan Jepun sanggup bina stesen yang sampai lebih dari 5 tingkat. Warga Jepun bagaikan semut keluar dari perut bumi setiap ketika di Tokyo yang sesak ini.

Kerajaan kena menumpukan pembangunan bagi kawasan yang padat penduduk; stesen keretapi sesuai dibina di kawasan ramai penduduk tak sama jika mahu membina stadium atau sekolah yang pastinya elok dibina di luar kawasan padat. Stesen adalah persinggahan untuk orang ramai bukan menghantar orang ramai nun jauh terpencil yang akan mengakibatkan kos pengangkutan itu bertambah rumit.

Bayangkan rakyat marhaen terpaksa bersesak di sekitar Jenaris atau Prima Saujana untuk menuju ke stesen komuter barulah dapat menaiki komuter di Stesen Saujana Impian; amat terdera, akan banyak membuang tenaga, masa & percemaran tentunya. Perlu diingat di Saujana Impian sana ramai kalangan orang berada berbanding Jenaris, Sungai Kantan Permai serta banyak lagi taman yang tumbuh bagaikan cendawan. Orang berada akan selesa dengan kereta mewah mereka seyogia siap dengan pemandu mereka. Kenapa mesti rakyat marhaen, pelajar pun penduduk yang tinggal di Flat serta apartment perlu berkejar ke Saujana Impian sana.

Buatlah bancian di mana kawasan yang ramai penduduk di situ yang sesuai untuk stesen komuter didirikan. Jangan jadi pembangunan yang tak seimbang seperti di Putrajaya sana mewah dengan jambatan ala Taj Mahal tetapi di bumi nyata, sekitar pribumi miskin contohnya perkampungan orang asli atau sekitar daerah perdalaman; nak melintas ke jambatan mereka pun seram takut hanyut dibawa arus banjir.

Tak payah jauh ketika hujan lebat cubalah melintas jambatan di Sungai Langat Kajang; tenguk arus sungai & bandingkan jambatan yang amat tua sedang menongkah arus sungai ini; rasa mengingau pun ada amat risau akan keselamatan jambatan lama ini; Mana pernah jambatan ini sunyi dengan kenderaan. Sebaiknya pihak berwajib memikirkan untuk menaik taraf jambatan yang uzur ini. (Kerap kutulis di blog lamaku masalah jambatan ini)

Inilah yang akan berlaku jika pemaju Mass Rapid Transit Lembah Kelang tidak menumpukan kawasan terpadat penduduk untuk dibangunkan stesen komuter; golongan marhaen ini akan terusan tersepit di arus pembangunan. Bak arus Sungai Langat yang padat amat sukar dikembalikan jernih atau nin airnya tanpa pencemaran.

10 ulasan:

Cetusan berkata...

saujana impian ada tesco keer

Cetusan berkata...

jenaris belah mana

iDAN berkata...

Saujana Impian mmg ada TESCO; cuma TESCO, cumanya di sana ada Sek. Menengah & Sekolah Rendah atau Padang Golf yang mungkin boleh dijadikan alasan; Saujana Impian bersebelahan Jenaris sahaja.

Jenaris jika dari Cheras (SAGA) ke Semenyih ikut SILK menuju LEKAS... akan jumpa TESCO Saujana Impian & Jenaris sebelah kiri; sekarang tak kira siang atau malam sentiasa padat dengan kenderaan; ada banyak Taman Perumahan yang tumbuh; membiak bagaikan cendawan... termasuk Prima Saujana, Kantan Permai, Tamin Impian, Kg Sungai Kantan. dll

anisah berkata...

Boleh saya tau mcm mn nak ge k SMK saujan impian, jln cheras, kajang nee yee??
Ada penggangkutan awam x utk g ke sana.

iDAN berkata...

Buat masa ini tiada bas atau pengangkutan awam yang sampai ke SMK Saujanan Impian, terpakasa berjalan kaki dari TESCO Saujana Impian sekitar 300 meter.

Jika mahu naik bas ke TESCO Saujana Impian terpaksa naik di depan Billion Kajang, nak ke Billion Kajang memang jauh dari Stesen Komuter. Berjalan kaki memang penat; saya tak pasti naik bas apa; tetapi memang ada hentian bas di depan Stesen Komuter Kajang. Memang saya tak mahir naik bas awam sebab terpaksa bertukar dari komuter ke bas jaraknya mmg jauh.

Anak saya si Aziq yang tinggal di Kolej UiTM PALAM mungkin mahir bab naik bas ini.Cuba ADD FB dia Muhammad Nurhaziq.

Nurul Ain Hafizah berkata...

dulu saya tinggal di jalan 3b, desa sri jenaris. masa tu aman je kawasan. tak jem macam sekarang. dah macam2 nak dibangunkan di kawasan tu. padat sangat jadinya..

Tanpa Nama berkata...

Stesen dibina berdasarkan alignment MRT dan Stesen Saujana adalah untuk Penduduk Saujana Impian, Kantan Permai, Jenaris dan sewaktu dgnnya. Tengok Alignment terkini. Kajang secara amnya ada 4 stesen. Kenapa Saujana Impian? sebab disitu ada tanah kosong untuk dibuat stesen dan Parking dan Pihak MRT dan Kerajaan ingin meminimumkan pengambilan tanah. :P

iDAN berkata...

Maklumat terakhir MRT menyimpang ke arah jalan lama ke kajang; stesen didirikan bersebelahan dengan Hospital Swasta PTJ;

Asalnya sy tenguk ke arah Semenyih nampaknya Saujana Impian pun Jenaris jauh dari stesen MRT ini; pembangunan ini tentunya sekadar meredakan kesesakan di bandar Kajang tak dapat menyelesaikan masalah sekitar Jenaris yang makin sesak.

Apa-apa pun tentunya ini akan menjadikan Kajang satu destinasi yang menarik & kemajuan bandar Kajang pasti akan berkembang.

triple star collection berkata...

Bagi pendapat saya jika stesyen mrt ni didirikan di saujana impian kan bgus..sbbnya org dr semenyih senang beranang pun sng...lgpun saujana impian tu x sesak sgt, ada kawasan lapang. Kalau ianya didirikan ditempat yg sesak...bertambah lh sesaknya nt...

iDAN berkata...

Mereka yang tak tinggal di Sekitar Prima Saujana pun Desa Sri Jenaris mungkin tak tahu masalah di sini; teramat tenat & sesak persekitaran sini.

Memang ada lojiknya jika sesak akan tambah sesak bila ada stesen komuter; sebenarnya semua negara maju sentiasa mencari lokasi/langkah yang sesuai agar kesesakan ini dapat diatasi sebab itu mereka guna subway atau stesen bertingkat jika keadaan sesak ini berlaku.

Cer fikirkan sekarang nak keluar dari Jenaris untuk ke Saujana Impian pun amatlah padat bagaimana jika stesen komputer di Saujana Impian tiada di Jenaris.

Jika ada di Jenaris atau Prima Saujana pastinya ramai penduduk akan jalan kaki ke stesen komuter juga guna kapcai sahaja ke stesen komuter. Bas Mini pastinya boleh ditambah sebab sekitar Jenaris, Kantan Permai, Prima Saujana kian pesat membangun ada banyak rumah pangsa, kondo sedang & akan didirikan.

Saujana Impian telah hampir habis pembangunannya, kian menjadi rumah golongan elit & penduduk di sana pakai kereta mewah tak ada kelas naik komuter... berbanding Jenaris, Sungai Kantan juga Kantan Permai ramai golongan penduduknya berpendapatan sederhana... kehidupan mereka yang sesuai bergantung dengan kenderaan awam.