iDAN

07 Mac 2011

Rasa Terpinggir ( Singgahsana)


Pernahkah kita rasa hidup ini semakin terpinggir. Ramai akan berkata berpunca pada diri, jika kita malas bermasyarakat; malas bergaul, malas ke surau, malas nak kontak kekawan, malas nak keluar bertandang, malas segala malas maka akan rasa terpinggirlah.

Cuba buat-buat sibuk dengar kawan sakit datang ziarahi; dengar orang buat kenduri sama pergi rewang. Dengar ada ceramah jenguklah surau. Sesekali ajaklah kawan melepak kat kedai mamak atau ikutlah mereka pergi memancing. Macam-macam cara boleh buat kita sibuk.

Keukhuwahan sebenarnya tidak datang dengan sendiri; apatah lagi jika kita ini serupa telah di alam bersara. Mana ada masa lagi mahu melepak. Mana ada masa lagi mahu berkumpul dengan rakan sekerja. Sebab itu ramai kita lihat pesara yang asyik melayan cucunya. Pesara sekadar buat hal sendiri sukar kita lihat pesara melepak lama di kedai kopi.

Faktor umur satu hal, bila telah bersara tentunya dalam usia ke gerbang Warga Emas jika ada tanah di kampung selalunya pesara akan buat kebun; menebas atau ternak ikan, tanam sayur atau pokok ubi, bukan nak dapat hasil tetapi nak mencari peluh.

Pergaulan pesara terpaksa terbatas apatah lagi jika telah ada masalah kesihatan; sebaiknya pesara ada tempat santai. Sesekali bersama rakan lama sebaiknya datang menjenguk dapat berbual panjang bercerita kisah lalu.

Lain ceritanya orang kaya; bila bersara pastinya akan asyik melancung, duit tak tahu nak guna apa lagi maka masa yang semakin sedikit berbaki elok digunakan melihat negara orang. Duit bukan boleh dibawa mati pun kenapa tidak dimanfaatkan untuk berehat di negara asing... tukar angin & santai seketika di samping jangan lupa tambahkan ibadat.

Jika kita masih rasa terpinggir ada baiknya kita banyakkan mendekati diri; lupakan duniawi & banyakkan mendekati dunia yang nanti. Carilah apakah yang akan mendamaikan hati, buatlah sesuatu yang mengembirakan. Jauhilah perasaan stes yang hanya merunsingkan & menganggu kesihatan anda.

Hidup tak sekekal mana.

5 ulasan:

iDAN berkata...

Jika bersara nanti anda suka tinggal di mana?... kembali ke kampung asal atau menetap sahaja di kota ini?

Cetusan berkata...

Sabor.jgn kecil ati, akan melalui..juga..
Bila bersara elok buat rumah tepi surau..berbakti..tanpa byaran dan pujian.

JijahJambu@Jj berkata...

nak duk kat kampung .. atau kat umah yg dah beli ... lagi best kalo suasana sunyi .. ada sungai .. ada kebun .. gheee ... best kan ? (berangan jer minah ni)

iDAN berkata...

Zeq rumah di Jenaris dah sesuai sangat jika nak jadi Tok Siak sepanjang masa; ianya habya sepelaung sahaja jaraknya...

iDAN berkata...

Sdr Jijahh di sekitar Kajang ini memang ada rumah nan sunyi ada sungai sebelah rumahnya; tapi harganya kini telah setengah juta RM lebih...

Maka kampung adalah pilihan utama sebab saya telah tebus satu kawasan itu sekitar 10 ekar luasnya mmg tepi sungai... sekitar 100 meter dari jalan raya (tar) bandar terdekat Batu Gajah sekitar 15 km. Stesen komuter (pekan) terdekat sekitar 3km Kota Bharu Perak... Hulu sangatkah kampung saya ini iyer?