iDAN

13 April 2011

1,000,000


14.4.11 Sejuta pelayar telah pun berkunjung ke jeti blog ini, tak pasti apakah kata mereka. Apa nan mereka bawa pulang setelah berkunjung ke sini. Ada nan sekadar mengintai. Ada nan menyapa & ada nan kian intim denganku.

Cumanya terkadang aku begitu sunyi bilamana dia nan datang tetiba sepi, aku bagaikan penunggu di perlabuhan nan berhantu. Lugu lagi buntu. Bagaikan tetangan angin menampar pipi hati, terleka dengan kenangan lalu nan tak mungkin datang lagi. Ada nan tetiba bersua tapi tidak lagi mesra. Mungkin kekurangan diri ini membuatkan jalinan ini jadi hambar.

Apakah perlu Penyair sepertiku terus menyendiri di Pulau Sepi tanpa sapaan manusiawi. Esok atau lusa telah terbayang pengembaraan ini makin ke hujungnya. Benar memang benar diri ini akan terusan mengembara sendiri, menuju untung nasib badan. Mana ada kekalnya hidup ini & dunia penulisan ini akan tinggal kenangan belaka.

Ombak resah ini semakin mendesah deras.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan bersedih paksu...dn jgn berhenti menulis..sbb coretan inilah yg akan menjadi kenangan tuk generasi paksu yg akan dtg...

iDAN berkata...

Paksu ada terfikir nak bukukan mana tulisan di blog yang mmg agak sesuai dijadikan teladan buat anak cucu Paksu tapi bajetnya agak tinggi; kalau Paksu bukukan pun siapa nak beli.

Di luar negara sana tak jadi masalah ada Syarikat Penerbitan boleh tolong cetatkan blog yang telah kita uar-uarkan di dunia maya.

Server di dunia maya mana ada yang kekal; dulu laman sesawang Paksu lama tersimpan di Geocites sekarang mana ada lagi.

Tanpa Nama berkata...

kt blog pn dh cukup paksu..nk bukukan kadang2 buku pn bersepah entah kemana2...kn?