iDAN

09 April 2011

Laika AF9 Pelajar Pertama Tersingkir

KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2011: Jangkaan ramai pihak yang tiada penyingkiran di konsert pertama Akademi Fantasia 9 (AF9) nyata meleset apabila Laika diumumkan sebagai pelajar pertama meninggalkan Akademi Fantasia musim terakhir ini sebentar tadi.

Laika atau nama sebenarnya Zulaika Binti Zahari, 22, yang berasal dari Kuala Lumpur terpaksa meninggalkan akademi setelah mendapat AFUNDI terendah berbanding 11 rakannya yang lain. Laika menyampaikan lagu Ku Bahagia nyanyian asal Melly Goeslow untuk konsert pertama ini yang bersiaran secara langsung dari Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jali.

Pengumuman pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir bukanlah sesuatu yang asing dalam tradisi Akademi Fantasia. Sejak bersiaran selama lapan musim lalu, tujuh daripadanya melihat pelajar perempuan sebagai pelajar pertama tersingkir. Pengumuman penyingkiran Laika dibuat oleh hos AF9, Aznil Haji Nawawi.

Terdahulu di awal konsert, Aznil turut mengumumkan pengkritik-pengkritik tetap untuk AF9 iaitu Fauziah Dato' Ahmad Daud dan Hattan. Manakala Adibah Noor bertindak sebagai pengkritik jemputan. Dina dan Zizan Raja Lawak tampil sebagai artis jemputan menyanyikan lagu Selamat Tinggal.

Dengan penyingkiran itu, kini tinggal 11 pelajar bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara terakhir untuk program realiti ini.

Diari Akademi Fantasia boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 9 malam dan Konsert Akademi Fantasia pula ke udara pada setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

Nama Sebenar: Zulaikha Zahari
Nama Afundi: LAIKA
Asal: Cheras
Umur: 22 tahun
Pekerjaan: Peniaga

Berikan Perkara menarik tentang diri sendiri:
Saya seorang yang sederhana, suka buat muka pelik-pelik, selamba dan berterus-terang.

Perkara yang anda pernah buat, tetapi orang lain tidak?
Pernah terpotong bulu mata dan cabut gigi guna jari.

Jika diberi peluang berduet dengan artis luar negara, siapakah artis itu dan mengapa?
Ahmad Dhani dan Paramore kerana saya sangat sukakan gaya dan lagu mereka.

Pengalaman menyanyi sebelum memasuki Akademi Fantasia?
Sebelum ini saya pernah menyertai program Rentak Juara 2010 dan saya pernah menyertai Program Asean Beat dan mendapat tempat kedua pada tahun 2010.

Kenapa anda menyertai Akademi Fantasia?
Saya ingin mengubah nasib diri dan juga keluarga.

Jika tidak dapat menyertai Akademi Fantasia 9 ini, siapakah anda sekarang?
Seorang peniaga.

Siapakah penyanyi AF yang anda kagumi? Kenapa?
Aizat, kerana beliau sangat berbakat besar, kreatif dan suara yang unik.

iDAN:

Pemilihan lagu sebenarnya amat penting, seperti Lena malam ini yang suka lagu Dangdut bila menyanyi lagu rancak rasanya amat janggal. Memang juara perlukan memperbagaikan irama dalam lagunya, tapi bila bertanding biarlah ada kekuatan suara untuk ditampilkan dengan lagu yang popular & dapat memikat hati pendengar.

Samalah dengan Aida; lagu sedihnya tak menjadi biar pun penonton sebak dengan perjalanan hidupnya yang ditinggalkan ayah. Lagu malam tadi lagu cinta kenapa tidak curi hati penonton dengan dendangan lagu yang berkait dengan kasih terhadap ayah.

Lena semakin dekat mencabar Aida dalam carta undian hari ini.

2 ulasan:

iDAN berkata...

Hiburan itu sekadar santapan jiwa, laguan itu sekadar halua telinga, jangan berlebihan sudahlah.

Takut pula hati kita mati terlalu leka dengan hiburan.

Cetusan berkata...

Tul takut, nanti makanan dan hiburan sama naik.
Hburan terlampau.
Bab remaja, dah tua ,I TAK sempat nak kejar