Mior Hashim Manap
Idan Radzi
Mior tengah sarat bercinta dengan Kak Izie; masa tu Abg Hisham rajin berdrama, Sani Sudin Kopratasa masih dengan basikal lumbanya, saya kagum dengan Din Morgan boleh hafal skrip kejap sangat; Abg Sabtu lebih kurang sy asyik lupa skrip...

Sesekali Pyan datang.. Pyan Habib tak ubah macam dulu dengan beg galasnya.. sesekali jenguk kita. A Samad Said pun rakan baik Mior... sering datang melihat kita berlatih drama.
Idan Radzi
Arwah Abg Sabtu & Arwah Zain Yahya amat intim... saya hilang dari dunia seni sebab gila nak kahwin; sekadar mengimbau dari jauh perkembangan aktiviti seni Mior juga rakan lain.
SukaTidak suka

Sebenarnya sejak Mior berlakon drama Ke Arah Mana, aku telah begitu meminati artis bernama Mior Hashim Manap ini. Kebetulan Mior juga ada talian darah, jiran sekampung. Kampung Mior di Malim Nawar, sesekali ada Mior datang ke Kampungku di Kota Bharu Perak.
Tak sangka hubungan ini boleh terjalin tatkala aku merantau ke KL. Kami pernah menyambut hari kemerdekaan bersama. Pernah menonton bersama; sayangnya belum sempat aku berlakon teater bawah arahan Mior aku telah menarik diri sebab ketika itu masalah ekonomi meruncing; aku gila nak kahwin dengan Mila.
Aku hanya sempat menjadi Pak Pacak ketika berlakon teater bawah arahan Allahyarham Zain Yahya, drama Tiada Gendang Mengiringi Tari yang dinobatkan Johan bagi Wilayah Persekutuan sekitar awal tahun 80an. Aku sempat berkampungdi UM dalam Pesta Teater peringkat kebangsaan selama dua minggu di sana.
Cuma itu kenangan manis aku dalam perlibatan di pentas teater.
Kerja seni Mior terus berkembang, dari pelakon jadi pengarah. Begitu juga rakan lain, ramai telah melupai aku tetapi aku masih ingatkan mereka.
Taman Budaya Kuala Lumpur antara tempat kami selalu bersama.
4 ulasan:
Salam iDan
Saya juga peminat Mior Hashim Manap dan Kak Izie. Tahniah buat keduanya kerana mendapat cucu. Moga terus berkreatif.
Mior Hashim Manap dan Kak Izie tu rakan teater saya ketika bujang dulu; kami mmg sering bersama tapi tak lama mana.
Bila sy kahwin hubungan kami terputus & sy sekadar menjadi peminat dia. Tak sangka melalui FB kami mula rapat semula.
Salam, encik iDan. Kak pun minat sangat dengan kak Izie. Tak sangka jodohnya bersama Mior Hashim....:)
Kak Izie selalu marah sy sebab asyik lupa dialog, masa mereka bercinta sy selalu intai mereka, mereka ni suka amat tenguk wayang! sehari bukan satu show!...
ceritera lama!...
Catat Ulasan