iDAN

22 Mei 2011

UiTM Puncak Alam Menggamit Aziq


Siapa tak teruja nak belajar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) . Sebut namanya pun dah gah. Aku Mila & Aziq telah pergi ke sana, subuh kami tlah berada di masjidnya yang anggun. Tenguk tiang masjid pun ala pasu bunga. Muka pintunya pun macam pintu spy leman; sentuh terbuka.

Waima, orang biasa macam kami memang tak mampu. "Tuan puan kena cari duit sendiri sekitar RM80K.." ayat ini menyebabkan kami berpatah balik biar pun Aziq memang layak; Aziq dah pun dapat terima tawaran setelah seharian temuduga di sana. Sekarang tak sampai 20% pelajar di sana ditaja oleh Petronas. Kenapa iyer!, kalau dulu sampai 50% lebih pelajar kita dapat biasiswa belajar di sana.

Selang beberapa hari Aziq dapat pula tawaran Matrikulasi di Perlis, aku terbayangkan akan pergi ke sana juma Dr Asraf sahabatku. Dia mengajar di Perlis; pastu dapat jumpa dia. Pilihan bagiku terpulang pada dia; jika nak belajar jauh pun aku rasa terpaksa terima. Biarpun dalam hatiku terasa berat amat berjauhan dengan anak-anak!

Bagaimana pun tetiba Aziq memilih ke UiTM Puncak Alam ikut Asasi di sana... moh! kita bergerak..

10 ulasan:

YB berkata...

salam Dan,

Anak aku dah daftar uitm dah sabtu lepas. Aku cakap kat dia yg aku amat senang hati banyak sebab dia belajar "depan mata" aku. Lebih kurang 5 minit dari rumah aku. Wlp hati dia tertarik uni yg jauh, tetapi alhamdulillah dia terima pandangan kami.

Kalau habis semeter 3 dapat cgpa >3, boleh promote ke ijazah semester 2. Jadi tak perlu masuk matrik....masa pun jadi sama jugak.

iDAN berkata...

Hati YB sama dengan hatiku, kalau boleh aku mahu anakku membesar di depan mataku. Sejarah hitam aku berjauhan dengan keluarga 6 tahun si SMI Ipoh mmg membuatkan aku trauma melepaskan anak jauh membesar. Tapi anak kita lain; jiwa remaja mereka nak berjauhan dengan ibu bapanya.

Kalau habis semeter 3 dapat cgpa >3... samalah harapan aku & keluarga agar anak kita tekun belajar; kita doakan agar mereka berjaya, harta nak kita tinggalkan pun tak seberapa.

Tanpa Nama berkata...

salam pak su..

wah dapat masuk uitm puncak alam ker...dekat tu ngan rumah liza..emm tapi kami ni walaupn sepupu..malunya mesti lebih kn..:)..al maklum sekali pn x pernah bercakap dn berbual2...he3

tapi kalu ada apa2 nk minta tolong dari liza..jgn segan2 yer ..InsyaAllah boleh tolong liza tolong...dh duduk dekat2 tu x salah tolong menolong...:)

Tanpa Nama berkata...

anak liza yg sulung..awal masuk asrama selalu nangis2..x biasa dengan keadaan disana...tapi lepas tahun kedua Alhamdulilah..dia dh rasa seronok tinggal kt situ dn paling menggembirakan prestasinya amat membanggakn...

teringin nk tahu kenapa paksu trauma tinggal kt SMI Ipoh tu...paksu cerita la sikit..best juga baca kenangan paksu dulu2 ni..:)

iDAN berkata...

YB mg seronok anak kat rumah, rasa rindu boleh jenguk dia; syukurlah dia dapat ke sana...

Afiz yg datang rumah YB dulu tu ambik asasi, semalam dia balik rumah jap & bawa di ke Ipoh... kemudian antar ke Puncak Alam...

Risaunya kut dia nak sambung di Shah Alam, kurang suka suasana Shah Alam tu!...

iDAN berkata...

Aziq tu mmg sukar ajak berbual; sama si Afiz, anak paksu ni kalau tak kenal mesra mmg pendiam tapi sebelah maksu di meru sana semua sepupunya mmg rapat dengan semua anak paksu...

nanti kelapangan paksu nak cari rumah Liza.. malam tadi dah lewat antar aziq tu.. dah jam 10:00 malam lebih baru sampai Puncak Alam...

iDAN berkata...

Anak Liza masih di UiTM lagi ke?.

SMI tu banyak mengajar erti berdikari lagi pun zaman remaja oaksu di sana. 6 tahun di sana akhirnya paksu berhenti sekolah banyak mengajar paksu erti persahabatan pun erti susah senangnya hidup ini.

Kalau boleh paksu tak akan sanggup antar anak tingkatan satu di asrama... lepas tingkatan tiga PMR pun masih berat & perlu penelitian.

Tanpa Nama berkata...

anak liza baru tingkatan 2...sekolah berasrama penuh kt raub...dia dpt tawaran masa form 1...liza xde pengalaman duduk asrama...tapi bila mengenangkan anak ni dpt tawaran sekolah terbaik..liza xnk sia2kn...

memang kesian tengok dia masa awal2 bulan tahun pertama tu...anak manja..x pernah berenggang dengan mak abah...liza sendiri sedih juga...tapi bila mengenangkn peluang ni bukan senang nk dapat..jadi tawakal la moga dia dpt sesuaikn diri...dn Alhamdullilah sekarang dh tahun kedua dia dh mula seronok dn yg penting pelajarannya pn ok...

liza dulu teringin amat nk duduk asrama tapi xde peluang...

paksu dtg la bila senang..kalau boleh bagitau dulu boleh liza masak apa2...dpt la paksu rasa masakan air tangan liza...:)

iDAN berkata...

Aziq telah habis Asasi; paksu mmg terkilan sbb Bahasa Inggeris (BI) dia tak dapat seperti kami harapkan. Berpunca projek akhir bersama rakan. Aziq pelajar rajin & tekun. Dia mengadu rakannya tak sungguh2 buat BInya jatuh dari A jadi B+. Paksu tak pasti apakah cara pemarkahan berkumpulan ini. Sebelum final Aziq sentiasa mendapat keputusan cemerlang BInya. Lain mata pelajaran dia dapat A.

Dua kali BI bikin masalah masa SPM pun begitu dari awal Tingkatan 5 sentiasa A, percubaan SPM juga A tapi final dia dapat B+ (kes SPM ini kami terima sbb dia perasan mmg tersilap baca soalan; bukan sbb dia tak bijak BI) Aziq adalah pelajar CGPA terbaik SPM 2010 di sekolahnya SM Teknik Gombak; mengatasi semua pelajar lain.

Kita pula mendewa-dewa BI, tanpa BI mmg tak ke mana; terpaksa dia belajar di tanah air. Aziq mmg bercita-cita nak menuntut di luar negara. Tak ada rezeki nak buat macam mana.

iDAN berkata...

Anif nampaknya makin stabil jiwanya tinggal di asrama. Harap-harap dia dapat menumpukan perhatian di SM Teknik Tuanku Ja'afar (STTJ) Seremban sana. Kini telah masuk pertengahan Mei; hampir setengah tahun dia di sana.

Mmg dia tak suka persekitran di STTJ sana tapi buat kata Liza peluang ini bukan selalu datang. Duduk di rumah banyak perkara yang melekakan di sana datang ke asrama semata-mata belajar tanpa gangguan yang lain.