iDAN
23 Mei 2011
Rutin Harian iDAN
Semalam aku telan 3 jenis ubat sakit kronikku sebelum tidur, tahu apa sudahnya? Bangun pagiku jadi liat sangat biar pun jam 12:00 tengah malam aku telah terlelap di kamar panjang.
2. Jam 6:15 papi Mila telah mengejutkan aku; "Mila tumpang kawan hari ini, ayah uruskan anak-anak" sanyup sahaja aku terdengar suara Mila, tak pasti apakah dia ke surau subuh ini, sejak kebelakangan ini Mila rajin amat ke surau. Aku macam itulah, tenggelam timbul; surau sepelaung sahaja dari rumahku. Afiz nak guna Avanza hari ini.
3. Aku cuba bangun tapi sakit kepala & pening melampau bagaikan menerjah kepalaku. 6:30 pagi ke bilik air & rebah di sofa anjung rumah, kejutkan Anif untuk sekolah, Azim sebelah Anif untuk sembahyang subuh.
4. Dalam masa yang sama dengar bebelan Mila yang banyak tak masuk akal puncanya aku buat dengar tak saja nak bukakan pintu pagar. Aku masih pening lalat. Dia dah lambat rakannya dah tunggu di hentian depan. 6:15 pagi aku perasan Anif baru nak ke bilik air, Azim beralih tempat tidur setelah solat subuh. Kamar panjang yang masih ada sejuk penghawa dingin yang baru aku tutup suisnya.
5. Jam 7:05 pagai aku telah berada di dalam Avanza setelah tutup semua suis lampu yg perlu tunggu Anif ke Avanza, pagi ini Mila tak buat teh atau tak ada sarapan; selalunya dia buat teh selepas subuh telah ada paling tidak roti terkadang ada karipap Mila beli depan kedai mamak Jenaris.
6. Jam 7:10 pagi lebih baru Anif masuk Avanza setelah dia kunci pintu & gril rumah. Hari ini okey nampaknya, kalau hujan selalunya kereta jem sampai ke depan pagar rumah. Jika tak jem sekitar 10 minit sampailah ke sekolah Anif di Saujana Impian. Masuk sekitar 7:25 pagi. Anif pakai kasut dalam Avanza. Jem sampai depan suara. Pepagi begini aku terkadang angin tenguk pemandu perempuan memandu; main terjah sahaja terkadang sampai lebih dari 5 buah kereta aku terpaksa beralah. Ish! melampau. Simpan tiga terpaksa minta simpati kereta berbaris panjang di jalan utama. Pemandu perempuan sering dengan wajah sardin memintas dari kiri. Lorong sepatutnya selorong memandai buat dua lorong. Klasik FM di Radio.
7. Simpang 6 lampu isyarat di bawah Lebuh Raya SILK susur Jenaris ini memang kena betulkan, ada lebih dari sepuluh taman perumahan terpaksa bertumpu keluar masuk ke jalan ini. Kalau masing-masing terjah memang akan berlaku kemalangan. Jika lelaki suka mencilok & terjah sesuka hati kita panggil samseng jalanan jika pemandu perempuan@wanita nak panggil apa iyer!. 7:25 pagi sampailah di depan sekolah Anif, ramai amat orang macam keluarga Anif ni, aku memang tak boleh hidup bertumpu di saat akhir. Memang stres. Pintu pagar kecil sekolah Anif telah ditutup terpaksa bertumpu dengan pintu pagar utama. Anif lari-lari anak berkejar masuk ke sekolah, perhimpunan telah bermula.
8. Teringat dalam kereta Anif berpesan, "...hari ini ayah mesti jemput Anif 1:45 tengah hari..." dia masih dalam minggu ujian, sejak minggu lalu. Kenderaan masih sesak di simpang tiga Saujana Impian pun di lampu isyarat Jenaris. Hari ini aku pakai baju-t pagoda terbalik, teringat nak beli sarapan. Terpaksa cari tempat terlindung sikit nak buka baju. Beli 4 bungkus nasi lemak; dua bungkus lauk telor goreng, dua bungkus lagi lauk ayam sambal. RM2 kuih. Masih dengan harga RM1 untuk 3 ketul kuih. Karipan & Pulut Panggang.
9. Sekitar jam 7:45 sampai ke rumah. Afiz tengah sidai kain; Husna dah siap nak bawa Qasrina pergi cucuk. Qasrina demam & selesema hari ini. Petang minggu dua sudah dia balik ke Jenaris. Mereka tak sempat sarapan terus peri Klinik Kajang sekitar 7 minit dari rumah.
10. Aku jerang air, buka Astro, kemas tempat tidur & kemas meja makan. Bila air mendidih bancuh Teh O & rebus telur masak tiga suku. Bau tahi kucing buat aku tak senang bernafas, ada empat ekor anak kucing di dalam dua buah sangkar. Terpaksa buang tahi kucing ganti pasirnya kemudian terpaksa sabun tangan faham sahaja bila pegang kertas lapik sangkar kuching ini risau pelbagai kuman kut berjangkit.
11. Sarapan sambil tenguk Selamat Pagi Malaysia atau Malaysia Hari ini. Nak kejutkan Azim kasihan kut dia lambat tidur malam tadi. Selepas makan basuh pinggang mangkuk & basuh kain. guna mesin basuh. Selesai semua tu baru paam semua suis lampu dapat klik komputer di kamar panjang tunggu Azim bangun.
Banyak lagi kerja tak selesai, tu kat luar pokok bunga belum siram, bil belum bayar, gula telah habis. Garam kicap tu siapa yang nak beli nanti. Nak cari makan tengah hari sudah pasti. Mungkinkah Husna larat masak, tak larat kena beli lauk di kedai nak cari barangan dapur nanti nak hantar Azim sekolah nak jemput Anif; siapa kata orang bersara tak buat apa?. Tak ada kerja; kalau awak tu pengurus pegang pen semak fail buat kerja pejabat; kerja rumah pun kerja juga rasanya lagi besar tanggungjawabnya.
Bayangkan kalau dua atau tiga kali nak hantar & ambil anak; ingat boleh duduk di bawah kipas angin atau penghawa dingin sajakah. Tetiba anak muncul kat rumah. Bayangkan sebelum setiap kali keluar rumah kena pasti semua pintu terkunci, suis tertutup, pagar kena rapatkan. Bayangkan nak bawa kapcai tengah panas atau hujan; nak mencelah dengan kenderaan orang kaya sombong, nak elak kereta mewahnya memandu macam kena kejar rimau. Belum lagi kena simbah air hujan ketika bayar bil atau terpaksa ke Kajang nak hidupkan insuran. Belum lagi nak pikul beras bersama barangan sarat dengan kapcai. Semuanya kerja itu suri rumah orang bersara.
(Pernah aku lepas tangan tak buat semuanya! mogok sebentar sekadar menguji; nampaklah adengan orang merengus! hingga ayahnya bagai mahu kena pukul, amuk macam nak bunuh orang. Kalau tak anak-anak pasti Mila. Bukan kita nak minta perhatian tapi rasa terkilan juga asyik kita disindir duduk rumah tak buat apa memboroikan perut saja!. Bila Husna tinggal di rumah sebahagian kerja seperti memasak, sidai kain & basuh pinggan dia memang rajin buat. Tapi aku bersungut juga pada anak-anak & Mila. Tak kan nak jadi Husna tu bak pembantu rumah. Kena buatlah bersama, jangan bersungut kalau habuk pekat di rumah. Itu memang tanggungjawab bersama. Ramai suami di luar sana yang isterinya masih berkerja, paling tidak akan berlaku suasana ini sekitar dua atau tiga tahun; kecuali kahwin sebaya.)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Panjang cerita Idan...dulu aku ingat bila pencen boleh la berehat....rupa2nya lagi banyak kojo.....Pak Ngah...
Anggaplah itu semua sebagai exercise untuk segala2nya; fizikal dan mental. Apapun jaga kesihatan tu supaya tidak mudarat. Janganlah dimarahkan sangat perempuan bawa kereta tak betul tu. Orang perempuan marah kut sebab selalu diperlekeh dek lelaki. Tak pandai bawa kereta! Itu yang tunjuk samseng tu.
Betui tu Pak Ngah, sy pun sama 2 tahun penat nak kahwinkan anak... sekarang dalam projek nak pulihkan kembali rumah pusaka...
Betul juga cakap Leeya, selalu perempuan diperlekehkan asyik terkedek-kedek di jalanan; bila sudah mahir baru kita tahu!...
Memang perempuan ni amat berani; sy pernah ikut Kak Mila pergi kerja melalui jalan Hulu Langat; kat penurun bukit tu; mmg seram, tayar berbunyi tiap kali selekoh... ngalahkan berlumba... mmg hebat Kak Mila memandu...!
Catat Ulasan