iDAN

27 Jun 2011

Si Parkir Meter.

Kurang lebih beginilah Kajang punya Parkir Meter.

Aku & Azim cuba memasukkan duit siling ke Parkir Meter yang jaraknya sekitar dua puluh meter dari parkir Avanza kami.

"Azim belajar masukkan siling & bagaimana nak dapatkan tiket parkir!"

"Nak berapa lama iyer ayah... " Azim bertanya kepadaku.

"kita andaikan dalam sejam lebih urusan kita..." urusan di bank memang payah nak ambil waktu yang singkat; sejam baru 50 kupang. Murah amat; kalau 7 kupang aku agak okey! kut.

"Rosaklah ayah!' tu nampak banyak duit siling sangkut dimesin ini" betul cakap Azim nampak dalam lubang duit siling tersangkut!. Rasa nak buat macam koboi; ketuk-kutuk kut duit boleh gugur!. Buruknya perangai. Tak jadi buat.

Kami pun mencari Parkir Mesin yang lain; jaraknya lebih kurang sama di sebelah kanan kami pula. Masalahnya sama. Pelik betul takkan dua mesin rosak sekali gus. Sedangkan tempat kami parkir itu memang sunyi. Setahu aku memang di sekitar kuil india & tokong cina belakang Arked Mara Kajang sahaja sering kosong & tak ramai orang.

"Dua mesin parkir di sini rosak encik, jangan saman kereta saya.... iyer nombor kereta saya WBY 4994 (bukan nombor sebenar)..." aku melihat seorang pangkat pakcik sebaya aku guna telefon bimbitnya menelefon MPKj. Pasti dia guna nombor laporan kerosakan untuk menyelamatkan keretanya dari kena saman. Hebat benar pakcik ini.

"Macam mana ayah dua mesin ini rosak belaka!" Azim bagaikan putus asa, ragam ibunya melekat di dirinya. Aku berfikir berlainan; jangan sebab beberapa kupang nanti dapat surat saman. Tak pasti di Kajang berapa puluh RM samannya tapi jika di SS setahu aku pasti RM90 itu cerita lebih dari 3 tahun lalu.

Biar pun aku lihat pakcik tadi tersenyum denganku & terus pergi dengan urusannya tanpa membayar parkir. Aku tetap ajak Azim mencari Parkir Meter lain yang jaraknya sekitar 50 meter dari Avanza kami. Mesin ketiga kami temui ini memang okey!. Mahirlah Azim setelah beberapa kali keluar masuk duit siling sebab dia bukan ikut arahan selagi ada butang habis ditekannya. Butang merah memanglah keluar duit senula. & tercetak nombor Avanza milik ibunya akhirnya. Bukan susah pun cari tiga buah mesin Parkir Meter; berjalan sekitar 100 meter; masuk siling, tekan nombor kereta (nombor saja tak perlu huruf di plet) tekan butang hijau dan tunggu sebentar akan tercatat jam berapa akan tamat tempoh; kembali ke Avanza; buka pintunya letak tiket parkir di atas rak depan. (Jangan memandai letak terbaik pula!). Syoknya duduk di bandar! kan?.

Aku pun pergilah berurusan dengan May Bank nak buat akaun Azim sebab nak masukkan cek hadiah cemerlang Syarikat orang Kita yang gila cakap Orang Putih yang aku sungut tempoh hari. Azim dapat RM350 hadiah 5A UPSR dia tahun lalu. Apa lagilah caranya nak dapat duit itu selain terpaksa kena ada akaun. Azim baru masuk 13 tahun umurnya; kena ada pewaris atau penjaga nak buka akaun. Sayang seribu kali sayang memang sekitar sejam lebih kami di May Bank permohonan kami ditolak; alasannya jari Azim tak diboleh dikesan. Perbagailah soal siasat yang ditanya. Salah satu soalan pelik.

"Bagaimana ibu jari kiri adik ini boleh rosak iyer, adik buat apa!"

Aku tersengeh mengalahkan Kerang Busuk & mencelah, "Saya rasa dik... anak saya ni gila main komputer!; asyik main permainan komputer siang & malam, maka rosaklah tapak jarinya" aku terbayang si Azim yang main komputer guna ibu jari kiri... Huh! hebat bergegar-gegarlah dadanya!. Bayangkanlah.

"Tak ada cara lain ke dik!, kalau nak guna Surat Beranak boleh saya balik kejap!" aku bertanya dengan staf May Bank pangkat akak kut berusia 30an. Sawa Matang. Muka kampung menawan juga.

"Encik kena ke JPM di Hentian Kajang minta surat pengesahan.."

"Pengesahan Cop Jari Tak Sah ke apa benda...!" Benda baru agak peliklah bagiku. "Tak payah ke nak bawa surat beranak pelbagai!" sengaja tanya soalan bodoh tapi sering perkara pelik akan berlaku.

"IC dah ada rasanya tak perlulah Surat Beranak lagi!" emm! layan sajalah kerenah bank, baru nak simpan duit bukan nak ambil duit dari mereka. Muka Azim berbeda kut! dari gambar di Kad Pengenalan, atau memanglah itu syarat atau protokolnya.

Aku pun dengan rasa semangat waja kembalilah ke parkir kereta yang jaraknya sekitar 100 meter dari bank. Nak terkejut beruk aku melihat; si teruna dari MPKj sedang sibuk menyaman kereta yang tak bayar parkir kereta. Bagaikan durian runtuhlah MPKj akibat peranan dua Mesin Parkir yang memang tetiba aku lihat okeylah pulak. Mungkin telah dibetulkan; mungkin juga ada kuasa ghaib dari kuil atau tokong sebelahan bikin ketuk-ketuk dan terbaik dengan sendiri!.

Bermakna pakcik yang telefon kira-kira sejam lebih tadi sebagai punca rezeki MPKj. Avanza kami terselamat!.

"Percaya tak Azim ayah ni ada pancaindera keenam; memang sedari tadi... ini yang ayah bayangkan!" Aku menuju ke Klinik Kajang di Jalan Semenyih untuk ambil Husna & cucuku Qasrina.

"Ala... kalau Azim pun dapat ramalkan benda begini boleh berlaku!" macam ibunya juga sukar mahu terima pandanganku. Setahu aku Mila mungkin tidak akan buat macamku; rasanya pastinya dia ikut cara pakcik tadi; sebab telefon bimbitnya sentiasa ada kredit. Gua orang pencen ada talian saja; hanya tunggu talian masuk. Kredit nak dail orang memang jarangnya ada...!.

"Jadi Azim tak percaya ayah ada pancaindera keenam!"

"Mana adalah ayah! (tak percayalah tu)..." aku pun malas nak tambah bualan gila macam ni; tapi terusik amat hatiku, kalau aku kena saman tadi alangkan bedebahnya MPKj. Salah penggunakah?.

Nanti angin songsang MPKj datang melanda tak fasal-fasal bertekak dengan si Azim, kena segah eh! pulak!. Kut Qasrina menangis panjang, Husna kelaparan menunggu. Sekarang pun dah hampir 11.00 pagi. Nampaknya Azim pun lapar macamku tak sarapan lagi. Peluang nak monteng makin cerah buat Azim; peluang aku kena berkejar ke sana kemari sepanjang hari makin terbuka.

"Macam ini kah orang asyik tidur & besarkan perut Azim!" aku mula buka ayat lain; ayat sejak awal pagi aku perbahaskan sendirian. Tak baik ibunya asyik sebut ayat trauma di atas & semalam Afiz pun lafazkan ayat yang sama sebab pindah barang dari depan rumah sampai sarat stor baruku!. Perang besar sebab aku tak dirunding cara bagaimana langkah memindah barang yang sesuai!.

"Ayah jangan ulang ayat yang samalah ayah!"

"Bukan apa ayah tak mahu Azim sebut ayat yang sama; terganggu denyutan jantung ayah!" ayat itu memang amat radang di jiwaku; bukan apa!. Boroi ini ada ketika memang terasa aib manusia; ada ketika menjadi kemegahan artis!; aku bukan artis. Huh!. Titik bab boroi-berboroi & perbalahan semalam.

Kembali kepada Mesin Parkir ini; memang ada perbagai jenis Mesin Parkir; sini lain di pekan lain pun lain caranya. Di Kampar Perak pula kena guna kad bergores; lagilah aku tak faham. Orang Kampar boleh ceritakan mana nak beli kad ini pun cara gunakan. Banyak kena gores tu; tak silap 5 tempat kena gores. Bagaimana kalau rabun & tersilap gores?.

Tu! di Seri Kembangan yang guna mesin sebuah bagi setiap parkir habis dirosakkan; habis dicabut atau senget belaka tak siapa hirau pun. Bebas parkir tanpa bayar biar pun ada mesin parkir... tak hairan pun!. (Cerita tiga tahun lalu; sekarang mungkin okey kut!)

- bersambung

Seiras inilah sekitar 3 tahun lalu di Seri Kembangan
kalau tak rosak habis kena cabut.

Tiada ulasan: