iDAN

26 Jun 2011

Jin 3

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru),dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tiada beragma Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menguna-kan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang Melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemeyan. Ada yang berkata, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jinlah tuu (buat lawak...).

Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.

6) Dinasihatkan apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya) ,perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman a.s. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab jin/iblis/saitan akan ikut membaca sama ayat kursi....

11) Bentuk jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.

12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya

13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.

14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.

15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.(sebab itu kita terasa seolah mempunyai pendamping...)ingatlah, ALLAH lebih berkuasa atas segalanya.

16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun susah.

17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).

Walau bagaimana pun kita mesti ingat....
SEBAIK-BAIK JIN ADALAH SEJAHAT-JAHAT MANUSIA...

2.

Ada pendapat menyatakan :

Rupa Bentuk Jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia.

Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Salah seorang dari kedua orang tua (ratu) Balqis adalah seorang jin

R. Abu Syaikh dalam al-Idhamah, Ibnu Mardawiyah dalam tafsir dan Ibnu Asakir dari Abu Hurairah’

Jin itu ada tiga macam, satu macam ialah yang mempunyai sayap yang dengannya mereka terbang di udara, satu macam yang berupa ular dan anjing dan satu macam yang tinggal dan pergi

SAHIH- R Thabrani ,Hakim dan Baihaqi dl Al-Asma dari Tsalabah Al-Khasyni

Allah telah menciptakan jin (3) macam , satu macam berupa ular-ular, kala-kala dan binatang-binatang kotor di bumi, satu macam seperti angin di udara dan satu macam yang mendapat hisab dan seksa.

Dan Allah telah menciptakan manusia (3) macam, satu macam seperti binatang, satu macam badannya seperti badan anak Adam dan ruhnya adalah roh syaitan dan satu macam dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan selain naungan-Nya.

DAIF- R Abus Syaikh dalam Al- Idhamah dan Ibnu Mardawiyah dari Abu Darda .

Tahanlah anak-anak kecilmu pada waktu isyak, kerana sesungghnya jin (pada saat itu) punya penyebaran dan sambaran...

SAHIH- R Abu Daud dari Jabir ms 90(4)

WAHUAHUALAM...

3.


- Ular adalah ubahan jin bentuknya, sebagaimana dirubah kera dan khanzir dari bani Israil.

SAHIH T Thabrani dan Abus Syaikh dlm Al-Idhamah dari Ibnu Abbas

- Apabila muncul ular di dalam tempat tinggal, maka ucapkanlah untuknya’ sesungguhnya kami memintamu dengan janji NUH dan dengan Janji SULAIMAN BIN DAUD, janganlah engkau menyakiti kami. Maka apabila ia kembali, maka bunuhlah ia

HASSAN R Tirmidzi,dari Ibnu Abi Laila

- Apabila kamu mendengar salak anjing dan pekik keldai di malam hari maka bacalah ‘Auudzu billahi minasyaithaanir rajiim’ kerana sesungguhnya mereka melihat apa yang tidak kamu lihat.

Dan persedikitlah keluar (Rumah) apabila kaki telah tenang kerana sesungguhnya Allah S.A.W menyebarkan pada malam hari apa yang ia suka dari makhluknya. Dan tutuplah pintu-pintu dan sebutlah nama Allah di atasnya, kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang telah ditutup dan dibacakan nama Allah atasnya. Dan tutuplah tempat-tempat air, ikatlah mulut geriba-geriba dan tutuplah bekas-bekas

SAHIH R Ahmad, Bukhari dalam Al-Adab, Abu Daud, Ibnu Hibban dan Hakim dari Jabir

- Apabila kamu mendengar suara ayam-ayam jantan maka mohonlah kepada Allah dari kelebihannya, kerana sesungguhnya ayam-ayam itu melihat malikat, dan apabila kamu mendengar suara keldai maka bacalah “Auudzu billahi minasyaithaanir rajiim’ kerana sesungguhnya dia melihat syaitan

SAHIH R Ahmad, Bukhari , Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Abu Hurairah
- Anjing yang hitam mulus adalah syaitan

SAHIH- R Ahmad dari Aisyah


SELAIN ITU TENTANG SYAITAN PULA

Dari hal Iblis-Nama/ rupanya / haknya/ tempatnya.

Nama iblis di langit dunia ialah ‘Abid. Di langit kedua Zahid. Di langit ketiga ‘Arif. Di langit ke empat Wali. Di langit kelima Attaqi Di langit keenam Al-Kozim dan di langit ketujuh Azazil dan di Luhhul Mafzuz, Iblis.

Alah Taala memerintahkannya sujud lepada Adam. Dia berkata “Apakah dia lebih mulia dari aku? Bukankah aku lebih mulia darinya? Kau jadikan aku dari api dan kau jadikan dia dari tanah “Allah berkata “Aku boleh berbuat sekehendakku” Dia mengira dirinya mulia, dia berpaling dari Adam dengan bongkak ,di mana Malikat telah sujud kepada Adam ketika mereka bangun dan melihat Iblis tidak sujud, maka mereka sujud kali kedua untuk bersyukur.

Namun Iblis tetap berpaling dari mereka tanpa menyesal lalu Allah jadikan rupanya seperti b.a.b.i, kepalanya seperti Unta, dadanya seperti punggung unta besar, mukanya bagaikan kera, kedua-dua matanya sobek sepanjang mukanya, hidungnya agak berlubang lebar, bibirnya bagai bibir tsur, taringnya keluar bagai b.a.b.i, janggutnya berbulu tujuh panjang sekali dan Allah sentiasa melaknatinya sampai hari kiamat.

Dirawikan Iblis berkata “Ya Tuhanku ‘Keluarkan aku kerana Adam, aku tidak kuasa atasnya kecuali penguasaanMu. Allah berkata (1)“Engkau kukuasakan atasnya yakini atas anak cucunya kerana para nabi selamat dari Iblis. Berikan aku kuasa lagi “ Allah berkata (2) “Setiap dia beranak, engkaupun beranak “Iblis memohon lagi “Berilah aku lagi “Allah berkata (3)“ Jeratlah mereka dengan tipu daya. (4)Temanilah mereka dengan harta dan anak. (5) Seskan mereka dalam agama dan perbuatan yang batil. Perbuatlah sekehendakmu :

Lalu Adam berkata Ya Tuhanku” Engkau berikan kuasa kepada Iblis kepadaku maka aku tidak boleh menghalanginya kecuali dengan pertolonganmu ‘ Allah berkata (1) “ Setiap umatmu akan dijaga oleh Malikat” Adam memohon lagi “Tambahilah aku” Allah berkata (2) “Setiap kebaikan yang dilakukan diberikan pahala (10) kali ganda. ‘Adam berkata lagi” Tambahilah Aku “ Allah berkata (3) “Aku terima taubat mereka selagi mereka masih hidup” Adam berkata lagi “ Tambahilah aku”

allah berkata lagi (4)“Aku ampuni mereka dan aku tidak mengira dosa yang mereka lakukan” Adam pun berkata “Baiklah” Aku telah merasa senang sekarang Kemudian Iblis berkata “Ya Tuhanku Engkau jadikan utusan kepada manusia dan kau berikan kitab. Maka siapakah utusanu dan apa pula kitabku “ Allah berkata “Utusanmu tukang tenung dan kitabmu perangai buruk, hadismu bohong, Qiranmu Syair, Tukang azanmu seruling, Masjidmu pasar, rumahmu adalah tandas, makananmu sesuatu yang tidak disertakan dengan namaKu, minumanmu adalah memabukkan dan perangkapmu adalah perempuan.’

Mukasyafah Al Qulub- Imam Al Ghazali ms50.

SEMOGA KITA MENDAPAT BARAKAH DARI ILMU INI DAN SEBAR-SEBARKANLAH


wasalam...

4.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat.

Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

Melihat Jin.

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah;

kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

Wassalam


5.

Salah seorang dari kedua orang tua (ratu) Balqis adalah seorang jin

R. Abu Syaikh dalam al-Idhamah, Ibnu Mardawiyah dalam tafsir dan Ibnu Asakir dari Abu Hurairah’

Jin itu ada tiga macam, satu macam ialah yang mempunyai sayap yang dengannya mereka terbang di udara, satu macam yang berupa ular dan anjing dan satu macam yang tinggal dan pergi

SAHIH- R Thabrani ,Hakim dan Baihaqi dl Al-Asma dari Tsalabah Al-Khasyni

Allah telah menciptakan jin (3) macam , satu macam berupa ular-ular, kala-kala dan binatang-binatang kotor di bumi, satu macam seperti angin di udara dan satu macam yang mendapat hisab dan seksa.

Dan Allah telah menciptakan manusia (3) macam, satu macam seperti binatang, satu macam badannya seperti badan anak Adam dan ruhnya adalah roh syaitan dan satu macam dalam naungan Allah pada hari tidak ada naungan selain naungan-Nya.

DAIF- R Abus Syaikh dalam Al- Idhamah dan Ibnu Mardawiyah dari Abu Darda .

Tahanlah anak-anak kecilmu pada waktu isyak, kerana sesungghnya jin (pada saat itu) punya penyebaran dan sambaran...

SAHIH- R Abu Daud dari Jabir ms 90(4)

WAHUAHUALAM...


6.

Alam Jin..

Renungan Peranan Jin Dan Saitan

Jin dan saitan adalah musuh utama bagi manusia. Permusuhan ini telah diistiharkan oleh mereka di dalam Al Quran.

Firman Allah Yang Bermaksud;

"Iblis menjawab: Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang-halangi mereka dari jalan mu yang lurus. kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersykur (taat)"
(Al _A'raaf 16-17)

Di Dalam Firman Allah yang bermaksud: kami datangkan bagi setiap nabi itu saitan dari kalangan jin dan manusia. Jin adalah satu golongan dan manusia adalah satu golongan yang lain. kedua-dua golongan ini boleh menjadi saitan (sifat) yang melakukan kejahatan di atas muka dunia ini.
(Al_An'am 112)

Makna Perkataan Jin

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya "Jinny" yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Asal Kejadian Jin

Firman Allah maksudnya;
dan diciptakan jin dari nyalaan api.
(Ar-Rahman 15)

"Al _Maarij"
bermaksud: api yang sangat kuat dan sangat panas atau "Al-Lahab" iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning, dan biru.

setengah pendapat: Al_Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin Samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

"Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas"
(Al Hajar 27)

"Allah bertanya; apakah yang menghalang kamu dari sujud (kepada Adam) apabila aku menyuruh kamu. Lalu iblis berkata, aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya (Adam) dari tanah.
(Al-A'raf 12)

Kewujudan Jin bukan Dongengan.

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tenang sempurnanya (ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orangyang (hendak) bertakwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghabib dan mendirikan (mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahgian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.
(Al Baqarah 2)

Demikian itu wajib kepada setiap muslim beriman dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan saitan.

Dalil Al Quran

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al - Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain); diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan ) memberi peringatan dan amaran.
(Al Ah Qaf 29)

Wahai sekelian Jin dan manusia! Bukanlah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri , yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayat ku (perintah-perintahku) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? mereka menjawab: kami menjadi saksi mengakui akan( kesalahan) diri kami sendiri
( mendustakan rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh ( kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah ) mereka menjadi saksi ( pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari ( apa yang telah disampaikan oleh rasul-rasul itu)
( Al - an'nam 130)

[i]semoga kita mendapat menafaat..

Tidak diLihat bukan bukti tidak Wujud.

sifat kejadian makhluk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita melihat satu contoh seperti aliran eletrik tidak kelihatan pada wayar namun apabila disentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin udara, bau-bauan dan sebagainya.

7
.

Agama

Kebanyakan Jin adalah kafir. golongan jin kafir ini kebanyakkanya beragama Yahudi, kristian, komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang mimang tidak beragama. golongan jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan minoriti jika dibandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Islamnya jin seperti juga manusia biasa, Islam mereka seperti islamnya manusia, ada yang berfahaman Qadariah, Syiah, ahli sunah, Ahli Bidaah dan sebagainya, ada yang taat ada yang maksiat.

walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas lagi banyak ilmunya, tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik". tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Kumpulan Jin

sama seperti manusia, jin juga terdiri daripada berbagai jenis atau bangsa, antara yang terkenal ialah;

1. Iblis; ketua, bapa dan pujaan kepada semua jinis jin, iblis dan saitan.

2. Asy-syaitan: syaitan-saitan

3. Al-Maaddah: Peragu-peragu(pewas-was)

4. Al- Afrit: Penipu-penipu

5. Al - A'waan: Pelayan-pelayan

6. Al- Tayyaauun: Penerbang- penerbang

7. Al- Ghawwaasuun: Penyelam-penyelam

8. Al-Tawaabi: pengikut-pengikut ( pengekor)

9. Al- Qurana: Pengawan- pengawan

10. Al -Ummaar: Pemakmur

(nauzubillah...) mohon Allah s.w.t lindungi kita daripada perkara-perkara yang tidak nyata....

Gelaran Jin dalam Istilah orang Melayu.

antara Jin jin yang popular di kalangan orang-orang melayu ialah;

hantu raya, hantu pontianak, hantu polong, toyol, langsuir, penanggal, pelesit, hantu air, hantu bukit, hantukubur, pari, punjut, jerangkung, kum-kum hantu bungkus, hantu mati dibunuh, bidai, kopek, harimau jadian, jembalang tanah, tengelong, dsbnya

Pemimpin- pemimpin Jin

1. Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. antara raja jin alam bawah yang kafir seperti mazhab, marrah, ahmar, burkhan, shahhurash, zubai'ah dan Maimon.

2. empat raja jin ifrit ( jin yang paling jahat) yang mempunyai kerajaan yang besar menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

3. Raja jin alam atas yang islam pula ialah rukiyaail, jibriyaail, samsamaail, mikiyaail, sarifiyaail, ainayaail dan kasfiyaail.

4. Raja jin menguasai kesemua jin tersebut bernama Thothamghi Yam Ya Li.

5. Manakala Malikat yang mengawal kesemua Jin-jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar Qutbul Jalalah.


Berdasarkan pengetahuan daripada ustaaz/ tuan guru (yg bertoliah)

kerana itu kita dinasihati untuk belajar dengan guru-guru yang tertoliah..agar terpelihara dari perkara-perkara yang tidak nyata....

yang silap, lalai, adalah kelemahan diri sy sebagai manusia...
sesiapa yang tahu, sila menegur agar kita sama-sama mendapat
manafaat...

8.


Ketua Bala Tentera

Antaranya;

1. Thubar - merasuk manusia yang ditimpa musibah
2. Daasim - menceraikan ikatan silaturahim, rumahtangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebgainya.
3. Al-Awar - merasuk manusia agar tidak berakhlak, zina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainyaer
4. Zalanbuur - Menghidupkan api permusuhan dan pembunuhan.

Tempat Tinggal JIn

Antaranya;

1. Mengutamakan tempat yang sunyi jauh dari manusia, ( hutan, gua, kawasan kubur dsbnya)
2. Mengutamakan tempat kotor (tandas dan tempat sampah)
3. tinggal di ari, (lautan, sungai, takungan air)

menurut hadis yang diriwayatkan An nasa' bahawa Nabi S.A.W bersabda: Jangan kencing di atas batu, lalu sahabat bertanya kepada Qatadah, Qatadah menjawab, naib bersabda ianya adalah tempat tinggal jin"

JIn kafir juga mengutamakan tempat-tempat kotor berlainan Jin Islam yang mengutamakan tempat yang bersih dan baik sepertimana manusia jugak.

Adakah Jin makan dan minum?

Hadis yang sohih menceritakan bahawa mereka makan dan minum jugk..
makanan mereka;

1. Tulang
2. asap
3. Makan bersama manusia yang tidak membaca "bismillah"
4. Najis binatang.

Adakah Jin Mukallaf
(dipertanggungjawabkan atas amalan)


firman allah taala;

yang bermaksud;

wahai sekalian jin dan manusia! bukankah telah datang kepada
kamu rasul-rasul dari kalangan kami sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatku (perintah-perintahku) dan yang
memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu
dengan hari (kiamat) ini?

mereka menjawab: kami menjadi saksi mengakui akan ( kesalahan) diri kami sendiri ( mendustakan rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi ( pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri;
(bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari ( apa yang telah disampaikan oleh rasul-rasul itu).


Hukum meminta pertolongan daripada JIn

ayat Al-Quran jelas menyatakan bahawa hukumnya adalah haram dan berdosa.

firman allah taala;

"terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin tersebut menambah bagi mereka
dosa dan kesesatan"
(Al -Jin 6)

Tiada ulasan: