Sedikit demi sedikit agar impianku akan tercapai jua mahu tinggal sendirian di rumah tempat tumpah darahku. Agar ada pertunjuk & jalan terbaik untuk aku membangunkan semula rumah & tanah pusaka peninggalan Arwah Apak Md Sesh.
Rosli Abdul Aziz mike dah buat elok-elok jangan tinggalkan pulak....rugi... rumah reput, silap-silap penyangak masuk.
14 jam yang lalu ·
Idan Radzi Semua anak buah sibuk nak beraya kat kampung; tak ada rumah nak tidur... bergilir balik jaga rumah & ingat nak teroka sendiri tanah terbiar tu!... baru ni ganti bumbung pun teman habis sekitar RM5K barangan sekitar RM3,500 upah sekitar RM1,500 teman tak tenguk lagi mana rupanya... duit habis ngawinkan anak... tu yang kena ngumpul semula! lambat lagi kalau nak sampai RM40K
14 jam yang lalu ·
Idan Radzi Rumah tu kakak yang punya; dia tak ambil tahu; sekarang ni kira macam home stay; buat semua waris Md Sesh.
14 jam yang lalu ·
Idan Radzi anak buah suka nak tanam kelapa sawit; mmg tapak estet tu sesuai cumanya babi & kerbau liar banyak amat kat kampung tu kena ada orang tenguk!... teman minat nak buat hutan simpan saja tanam sentang... babi pun tak mahu makan pahit...
14 jam yang lalu ·
Idan Radzi dah tanya kawan org KL awal2 buka mulut dia dah minta RM8K; padahal barangan sekitar RM3K sahaja; teman tak cukup kayu; maka atap dapor tak tukar lagi; fikir2 kut esok nak ikat batu berubah bumbung; tu yg zink ada yg lebih!...
13 jam yang lalu ·
Idan Radzi Sini ramai Indon yg mahir bertukang; masalahnya permit; silap-silap masuk lokap eh! pulak... tuan rumah yang masuk lokap sebab simpan PATI ..... alamak kena pakai seluar dalam saja dalam lokap tu!...
13 jam yang lalu ·
Hari ini... punya Sembang.
Bila nak siap rumah kampung tu paksu?..
Lambat lagi kut duit tak ada kena tangguh tahun depan.
Nak buat dengan papan atau ikat batu?
kena batu juga; sebab penagih; kalau papan hari ini kita tinggal esok dah terkopak; barangan berharga kita simpan dalam konkrit; cadangnya begitu... bilik biasa mungkin kita buat bahan lain yang murah selain papan!.
kena betulkan sikit-sikit tak cukup duet nak betulkan semua secara serentak!.
Fiber Simen (Kalsiboard) kalau di Indon. popular! Di sini kita kena cari pembekalnya! Memang ada tapi tak pasti di sekitar kampung sana ada tak jual bahan ni.
Guna batu blok dengan simen cam biasa tu tak boleh ke?...
Bukan tak boleh; lagi bagus kalau banyak duitnya. Kalsiboard ini lagi murah banding papan; ianya nipis macam papan juga ramai dah guna bahan ini sebagai kepungan bilik atau dinding. cumanya kena cari orang yang mahir pasang bahan ini.
Yang murah pun okey paksu!.
Malaysia dah ada kilangnya; tapi mungkin kita tak meluas menggunakannya; di pejabat memang meluas tapi paksu ada berbual dengan rakan tempat kerja abangnya di Sungai Besar memang buat bilik dari bahan ini.
Janji rumh tu boleh siap... okeylah kan?.
Macam dapur tu memang kena buat dengan batu blok.
Bilik tidur rasanya tak perlu guna batu blok, kita guna Kalsiboard saja.
Bilik air pun kena batu rasanya
Haa aah bilik air pun...
Cuma bilik tidur kita boleh fikir dari bahan lain letak barangan yang murah dalam bilik tidur tu tak kisah kalau org kopak.
Iyerlah.. jangan letak barang elektrik yang mahal-mahal sudah.. kat kampung tu ramai orang menagih ke?
Ramai lagi, sering kena tangkap... bila lepas masih menagih semula. Barangan elektrik macam TV murah tak apa... jangan LCD TV pulak. Nahas! paksu dah sedia 3 atau 4 buah TV Dugong untuk kampung! kalau Linda Google di internet .. Kalsiboard... atau Fiber Simen... Linda akan nampak menarik sangat bahan ini.
Iyer lah paksu menarik nak buat rumah kampung ni tapi kosnya tetap mahal, bilalah nak siapnya rumah kita tu!.
Kes telaga pusaka t... barangan RM2K. Upah paling mahal seribu atau seribu setengah lojiklahkalau buat bertiga sehari katakan RM250, kalau lima hari baru siap makan belanja RM1,250 itu lojik congaknya. Takkan pasang 4 tiang; buat bumbung & simen lantai makan masa sampai seminggu dua. Maknanya buat pondok telaga tu perlu guna bajet sekitar RM3.5K sahaja. Rumah pondok dua bilik lantai konkrit mahu RM15 masuk upah!.
Perlukan sekitar RM20K juga baru boleh tinggal di kampung halaman sendiri!. Kena menabung dari sekarang!. Atau ada antara anda mahu membantu!. Sebelah kanan blog ini ada nombor akaun saya yang masih aktif.
2 ulasan:
buat collection la paksu,,
Susah juga kita nak pegang duit orang; silap guna payah; sesuatu itu bukan mudah jadi dengan sendiri. InsyaAllah jika kita ada niat yang baik Allah SWT akan melorongkan jalan terbaik.
Malas nak kacau anak buah tetapi jika umur paksu panjang insyaAllah impian kita punyai rumah di kampung akan tercapai.
Pelan-pelan!.
Catat Ulasan