Rakan yang tak pernah jumpa sekitar 30 tahun lebih akhirnya ditemukan di Taman Mutiara Galla; aku terpaksa tanya Amid untuk mengingati kenangan lalu. Kotak ingatan ini memang sering penuh & tiris lantaran 30 tahun bukannya waktu yang kejap. FB antara lain yang dapat menghubungkan semula pertalian ini.
"Salleh tu Amid duduk seasrama dengan kita ke atau satu sekolah... pelajar luar?!"
"Dia tinggal di No 75. Jalan Tambunlah; rasanya pernah juga duduk dengan kita di No 10. Jalan Watson!" pengakuan Amid buat aku teruja nak ke majlis kenduri anaknya Alia. Lagi pun aku congak waktu perjalanan Jenaris ke Taman Mutiara Galla tak sejauh mana!.
Ada tiga bangunan asrama ketika aku belajar di SMI Ipoh; No. 10 Jalan Watson, No 73 & 75 Jalan Tambun. Kini No 10 Jalan Watson telah dirobohkan.
Mila tak dapat turut serta lantaran katanya ada temujanji dengan kontraktor. Aku memang tak setuju dia mahu membesarkan rumah, bagiku rumah ini telah cukup besar; anak-anak akan berhijrah tak lama lagi; kalau Afiz telah dapat kerja tetap pasti mahu buat hal hidup sendiri; Aziq pasti tinggal di asrama, Anif pun nampaknya berhasrat sangat nak tinggal di asrama juga. Mungkin Azim lambat lagi akan terpisah. Rumah sebesar ini pun asyik sukar jumpa Mila ketika malam-malam; mungkin Mila lari jauh tak larat nak dengar suara dengkuranku. Mungkin. Hatta sesatlah dia dalam rumah sendiri!.
Bagiku menabung itu lebih baik; jika ragu akan ASB simpan sahaja duit KWSP itu di Tabung Haji; biarkan ianya matang beberapa tahun barulah guna duit dari keuntungan simpanan itu!. Nak buat apa belanja habis duit yang ada; sedangkan ada jalan untuk membiakkannya. Malas nak kupas masalah ini; jika kita tak pandai menguruskan wang, tak suka menabung memang payah.
Salleh nampak segak dengan Baju Melayunya; dari jauh dia telah kenal aku mungkin sebab boroiku pun mungkin juga ketrampilan aku yang memang lain dari yang lain. Topi tak lepas dari kepala, lagi pun banyak gambarku di FB; ketrampilan yang sama... pasti mudah mengenal aku.
Tak sukar mana nak ke Taman Mutiara Galla bila baca panduan Salleh di FB, Peta Google memang tak boleh pakai; tak ada jalan ke Taman Muatiara Galla ini; ada tertulis nama taman sahaja tapi tak ada arah jalan yang lengkap. Pasti lantaran angkara geng gila padam, geng Datuk KJ yang asyik berbalah dengan aku suka taruh lokasi Balai Polis atau Kem Askar sahaja di Google sana. Google & Wikimapia adalah saliran@lakaran peta dunia yang sama.
Azim makan tak habis ketika jamuan; kami tak lama di majlis lantaran tak ada orang kenal; ada seorang dua rakan seasrama hanya sempat bersalaman.
Dalam perjalanan pulang aku singgah di Muzium Negeri Sembilan. Cantik amat muzium ini; bangunan utamanya dijaga dengan baik tapi masih banyak perlu dihiasi. Bangunan kayunya masih kukuh & nampak santai di tepi jalan besar. Azim begitu teruja nak naik tingkat atas muzium lantaran memang tak ramai pengunjung; aku berbual dengan pakcik yang menguruskan muzium itu; dia kata yang sering datang adalah pelancong dari Korea. Pihak muzium katanya banyak berurusan dengan syarikat perlancongan yang mengundang mereka datang.
Ada Pameran Setem Lama; ada tiga lagi bangunan yang boleh dilawati. Tak termasuk rumah cenderahati. Aku mencadangkan bangunan bermain gasing dinaikkan tarafnya; carilah belia kampung sebagai keluarga angkat untuk memeriahkan suasana di sini; tempat telah ada janganlah dibiarkan usang. Elok sekali dalam seminggu digunakan untuk orang kampung bermain gasing di sini. Pun rumah Melayu Negeri Sembilan yang punyai loteng elok dibersihkan lotengnya agar nampak ianya sentiasa bersih; pasti menjadi kenangan bagi pelancong yang mungkin ingin naik ke atasnya. Jika berdebu & ada tahi cicak nampak kurang manis.
Jalan susur keluar juga elok di tanam bunga jangan biarkan nampak banyak sampah-sarap & bagaikan semak-samun. Muzium kena cantik lagi antik.
Setelah aku & Azim kepenatan di TAMAN SENI BUDAYA NEGERI SEMBILAN ini, kami menuju ke Seremban 2. Kasihan Azim, dia nampak gelisah & tak selesa berjalan berdua dengan ayahnya; bersungut nak pulang awal biarpun aku bercadang nak menonton di Seremban. Tak pernah menonton di Seremban lagi. Kami singgah di JUSCO di Seremban 2, memang ramai pengunjungnya; macam biasa yang memenuhi tempat hiburan seperti bermain bowling memang orang kita Melayu. Makan-makan di kompleks pun majoriti orang Melayu kita. Aku sempat makan ABC & makanan Jepun.
Dalam Avanza Azim nampak gelisah amat, "Azim kita kena gumbira menikmati hidup ini; ayah tak pernah sampai ke sini, paling tidak kalau nanti ada orang bertanya tentang Seremban 2 ayah dapatlah gambaran." biasalah sambil nak buat Azim gumbira aku terbabas nak menuju ke Johor Baharu.
Balik dari Seremban aku singgah di Bangi Lama mencari barangan memancing; emm! batu ladung saiz 9 RM2.40 sekarang. Aku teringin nak beli Joran; tapi tak cukup duit. Paling murah joran yang ditawarkan ialah RM90. Tak ingat jenamanya, bukan cop ayam. Sekadar sempat beli batu ladung & benang pancing sahaja. Kasihan Azim dia menghabiskan masanya dari sekitar jam 12:00 tengah hari hingga ke dekat senja berduan dengan ayahnya.
Sampai di Jenaris barangan depan rumah telah dipunggah Mila & anak-anak. Esok, nampaknya banyak barangan kena diselamatkan dari kencing kucing. Aku ingatkan sempat nak raya nanti baru dikemaskan. Kerja tanpa berunding memang payah; aku telah galak kali ajak agar ada sesiapa ahli keluarga mahu temankan untuk punggah kotak lama di depan rumah itu. Sengaja aku letak kotak depan rumah sebab masa tu tiada stor untuk melindungi beberapa barangan berguna; seperti karpet, katil besi & beberapa barangan untuk dijadikan koleksi Muzium Peribadi.
Langkah ahli keluarga yang payah berunding memang akan melumpuhkan angan-anganku nak buat Muzium Peribadi. Telah terlalu banyak barangan antikku terpaksa dikorbankan lantaran ada kalangan ahli keluarga suka amat nak buat rumah ala Padang Golf. Tak menyempat aku nak memilih, terpaksa buang sahaja atau jual kilo di tempat pelupusan. Emm! terpaksa berkerja dua kali; katanya baranganku telah dipindahkan di stor atas; sebahagian dalam kotak baru; sebahagian bercampur dengan kotak yang telah aku kelaskan sebagai barangan berguna. Buang masa namanya jika kerja tanpa merancang bersama.
Ini rumah Negeri Sembilan yang ada loteng di atasnya; loteng ini perlu
dibersihkan sebab semua pelawat teruja nak jenguk dalamnya.
dibersihkan sebab semua pelawat teruja nak jenguk dalamnya.
Takrif
Tiris = bocor (kata kerja)
loteng(loténg) = 1. tingkat rumah yg sebelah atas; kamar ~ bilik di tingkat atas rumah; 2. langit-langit rumah (dibuat drpd papan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan