iDAN

02 Jun 2011

Tiga hari dua malam

Pagi ini aku akan berada di luar rumah, banyak urusannya; tapi jika tiada aral melintang aku kembali sebentar di kampung halaman. Desa Tualang Kota Bharu Perak. Kontak aku jika ada seberang maklumat penting 016 909 4343. Jika tiada sebarang halangan aku sedang merancang untuk mengembalikan tanah pusaka buat keluargaku. Buat langkah awal, aku sedang mengganti bumbung rumah pusaka sebagai tempat berlindung.

Permandangan rutin di kampungku.

Doakan agar dipermudahkan aku menguruskan hak milik tanah Md Sesh; tanah tumpah darah & kenangan aku di kampung halaman. Doakan jua aku punyai rezeki yang cukup agar dapat aku menyambung semula suasana kampung yang permai. Agar anak cucuku punyai kampung halaman mereka sendiri.

Tasik amat banyak di sekeliling kampungku; asalnya tasik ini dari
lombong korek ada juga tasik semula jadi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tumpang rs gembira dgn niat abg idan utk kembali ke kg. Slps 30 thn hdp di kota, Oja merasakan kg semacam tpt utk terapi minda. Suasananya, bunyi, udaranya mlh baunya pun xkan dpt dinikmati dibandar. Mak x menampakkan minat utk kembali ke kg slps pencen. Nampaknya banglo lama (selepas proses pembangunan kini letakknya dtepi jln) yg mjadi pujaan mata yg mmandang tidak dpt memenangi hati mak utk tinggal disitu. Mak xnak jual juga xnak tinggal...sdgkan cucu sgt gembira dgn persekitarannya. Oja berasal dr kg dan kg ttp dhati selamanya!

Tanpa Nama berkata...

semoga berjaya paksu..:)

iDAN berkata...

Oja,

Kampung abg amat cantik; dikelilingi oleh tasik tapak lombong; masih ada dusun & masih banyak tempat yg masih tidak tercemar.

Cuma semalam abg balik dengan seban dada; lantaran nampaknya semakin dijajah orang luah; bila abg tanya siapa pagar tasik ini?, katanya tauke dari KL, siapa tauke ini?...

Kalau orang kita Melayu abg tak ambil tahu, tapi kalau orang luar kaum asing lagi, apa jadi pada tanah yang dulunya Rizab Melayu.

iDAN berkata...

Paksu perlukan sokongan & dana yang kukuh untuk jadikan impian paksu nak jadikan ianya Homestay milik keluarga Md Sesh akan tercapai!.