iDAN
14 Julai 2011
Biro Pengaduan Awam JPM Tanah Pusaka Md Sesh Hilang!.
1. Mesyuarat diadakan pada pada Jumaat 8 Julai 2011, surat sampai Sabtu 9 Julai 2011, kalau pun sampai hari jumaat aku mana ada jet peribadi nak berkerjar dari Jenaris ke Ipoh jam 10:00 pagi. Posmen pun tak akan sampai pagi buta macam itu.
2. Bila aku bukan Kes 80974 di Biro Pengaduan Awam (BPA), kes yang aku adukan telah ditutup. (Amboi! mudahnya buat kerja)
3. Hari ini BPA di Ipoh buat keputusan sendiri; memang saya mutlak kehilangan tanah pusaka lima ekar lebih itu lantaran Tunggakan Cukai Tahunan. (Ingatkan BPA dapat membeli nasib orang kampung, Naa Mungkin!)
4. Akta di bawah sek 100 K.T.N (56/1965) (Aku pun tak pernah baca) di mana tanah tersebut telah dirampas memang tidak memihak kepada pemilik tanah; kami sebagai pewaris TIDAK diberikan surat Notis Rampasan atau Notis Lelongan. Apakah mungkin di pengap oleh Posmen atau orang kampung!.
5. Tahu-tahu sekitar 3 tahun lalu; bila saya nak bayar Cukai Tahunannya telah bertukar nama ke PR warga Indon. Saya telah kira cukainya biar pun termasuk denda lambat tak sampai pun RM5,000. Apakah kami mesti hilang hak milik yang kini telah pun bernilai sekitar RM300,000.
6. Pejabat Daerah Tanah Kampar PDTK telah pun berulang kali menukar No. Geran Tanah sekitar 3 tahun lalu; bayangkan ada banyak lagi tanah arwah apak yang hilang gerannya jadi mainan pihak mereka. Mana mungkin GERAN (GT) 00024239 DAERAH KINTA MUKIM TEJA LOT 6336 Keluasan Tanah 5A 1A 30.0000P pihak BPA dapat kesani lagi; Lot tanah tersebut telah ranap dalam mainan PDTK; sebab geran terbaru tidak sama dengan geran di tangan kami yang kami pegang sejah tahun 1920an lagi.
7. Tak apalah apak; anakda telah berusaha pelbagai cara mahu menyelamatkan tanah pusaka nenek moyang kita nampaknya dunia telah ambil dengan Akta Tanah Pindaan Kerajaan yang amat malang & menindas empunya hak milik tanah itu sendiri. Agar liang lahat arwah Apak tetap lapang & di mahkamah sana nanti kami akan tetap tuntut hak kami sebab ini adalah tanah pusaka titik peluh nenek moyang kami sejak azali.
"Taubat Lahom aku takkan berurusan dengan dunia durjana ini. Huh!."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Saya cuma sempat menyelamatkan dua geran sahaja yang ada nama arwah apak; dengan denda lewat sekitar RM5,000.
Tanah Air Hangat yang hilang ini jua pastinya denda lewat bayar lebih rendah dari itu sebab Cukai Terakhir telah berbayar sama dengan dua geran tanah yang saya selamatkan. Harga semasa tanah ini telah naik kepada RM60,000 seekar.
Catat Ulasan