Jalinan kekeluargaan ini akan kekal sampai ke akhirat nanti. Memburukkan keluarga orang yang dulunya bukan keluarga kita samalah seperti meludah ke langit. Aib seseorang kenalah ditutup agar Allah SWT akan menutup aib kita.
Apa salahnya kita bercerita pada anak-anak & cucu kita "kesilapan" kita masa lalu. Kesilapan atau kelemahan diri itu lain; keaiban itu lain. Keaiban antaranya asyik melakukan dosa besar berulang kali, konon bertaubat tapi buat lagi. Itu Aib. Kesilapan atau kelemahan diri bukan asyik buat dosa besar tetapi tak peka. Seandainya sering bertaubat & tidak asyik mengulangi kekurangan diri ini itu namanya kesilapan.
Takkan dalam hidup ini kita hanya mahu berceritera tentang kepintaran Sang Kancil atau Bawang Merah yang asyik jahat. Apa kata cucu kita jika dapat cerita dari mulut orang yang keluarga kita pernah masuk lokap; orang luar akan cerita yang tak elok sahaja, sedangkan di pihak kita. Kita tahu kenapa keluarga kita dituduh mencuri; kesnya pun tak lekat. Cuma fitnah orang semata. Atau zaman sekarang ni asyik masuk lokap sebab sokong Bersih, jahatkah?.
Isteri bungsu Abg Din Kak Aina (bukan nama sebenar) seorang yang amat tabah, semasa dia menjadi janda sejak sebelas tahun lalu, dia begitu tabah membesarkan anak-anaknya seramai 7 orang. Hatiku amat terusik setelah 11 tahun tidak ketemu; dia masih ramah & sudi menghantar aku pulang sampai ke hadapan laman rumahnya. Aku pun tersilap datang seorang; ingatkan Kak Aina di rumah bersama dengan anak-anaknya. Takkanlah semua anaknya sekolah pagi, pasti ada sekolah petang. Maka aku singgah amat kejap tak sempat berbual panjang.
Nak ke kubur sendirian aku ni jenis penakut; baca jawi tak semahir mana; takkan nak baca semua tulisan batu nisan. Seorang diri pula tu. Hatta aku terpaksa tunggu sampai Kak Aina balik. Bertanya tentang tanda kubur ada tulis nama tak jawi atau rumi.
Mengimbas kembali pemergian arwah Abg Din; aku masih ingat; aku sempat melihat wajahnya dari peti mayat di Hospital Tangkak. Tak sangka wajah arwah Abg Din nampak tenang saja. Jika mendengarkan dia kemalangan, tercampak dari lori; meninggal di jalan raya sana. Pastinya kita mengandaikan mukanya akan lebam atau pelbagai rupa kengerian. Tetapi tidak, tak nampak wajahnya luka; biar pun tercalar sedikit pun. Dalam siri Kemelut Madu yang aku sempat karang separuh jalan. Banyak kisah pelik yang dia terpaksa harungi. Orang akan kata kut matinya nanti susah sangat. Aku mahu buktikan pada mata masyarakat abang kandungku bukan seperti yang diuar-uarkan.
Dia hilang daya tahan diri seketika sahaja; bukan lantaran kemahuan dia; siapa yang aniaya dia; siapa yang sanggup runtuhkan rumah tangga dia. Siapa yang pernah patahkan anggota dia. Siapa yang pernah balun dia. Siapakah mertua yang masuk campur urusan rumah tangga dia. Bukan berniat menyelamatkan rumah tangga dia tetapi lebih kepada mahu menghancurkan kebahagiaannya.
Pun kini siapa pula antara ipar duai; saudara mara yang masih mahu menyambung perkara yang amat terkutuk ini. Anak-anak saudaraku semuanya amat baik; jika kelakuan mereka tidak sopan atau tidak berbudi bahasa; siapa yang mendidik dia. Aku sebagai Paksu mereka yang terpisah berbelas tahun amat menyayangi mereka semua. Siapa kalangan mertua atau ipar duai yang tak reti mendidik anak-anak. Siapa yang memisahkan kasih sayang anak & ayahnya. Anak arwah Abg Din dilahirkan bak kain putih. Siapa yang merona hidup mereka.
Itu yang aku mahu luahkan dalam Kemelut Madu. Nampaknya hingga kini manusia ini tetap namanya manusia. Tak nampak kita hidup sentiasa ada Malaikat bersama kita. Malaikat di kiri kanan kita ini sentiasa sedih melihat lagak kita. Berprasangka buruk pada seseorang tak pernah pun diajar oleh agama kita.
Melihat buah rambai ini teringat akan rumah Opah Kamariah
yang memang asalnya dulu banyak pokok rambai sekitar rumah kami.
yang memang asalnya dulu banyak pokok rambai sekitar rumah kami.
Pernahkah kita dengar ceramah; bagaimana mudahnya seseorang ayah itu mati Syahid; seandainya ketika keluar rumah mencari rezeki; dia berniat mahu menunaikan tanggung jawab menyara keluarga. Kemudian dalam tempoh berkerja dia mati; itu boleh kita andaikan Mati Syahid. Bukan bagai bak ramai para isteri kini yang makin lupa diri; keluar rumah buat harta sendiri, suami diperlekehkan jika mahu minta bantuan dalam menyara kehidupan keluarga sendiri. Malahan ramai isteri sanggup tinggalkan anak-anak lantaran mengejar kemewahan dunia. Kejar lelaki kaya.
Kes kemalangan Abg Din; memang tragis; dia sempat hantar anaknya pulang seolah tahu ajalnya akan tiba; dia keluar mencari rezeki dengan bebanan tugasan yang amat berat. Bukannya ringan tong gas yang mahu diangkat dengan kudrat. Sampaikan tayar lori boleh pancit sebab bebanan yang teramat berat.
Aku tak boleh mengandaikan Abg Din pergi secara baik, nanti ada yang kata asyik nak memuji keluarga sendiri. Cuma fikirkanlah; apakah kita dapat mati dalam keadaan sedemikian. Ketika sedang mencari rezeki keluarga Tuhan ketemukan kita dengan ajal.
Aku masih ingat bagaimana sayangnya Pak Mertua dia orang Muar ini; bagaimana marahnya dia kepada tauke gas ini; mungkin lori yang dipandu oleh arwah Abg Din tidak selamat; itu yang dia persoalkan.
Kita yang tinggal ini matinya entah bagaimana, apakah kita bakal menyusahkan anak & isteri kita. Apakah akan menyusahkan suami menjaga sakit kita. Apakah ketika kita nak mati nanti; anak bini tak cukup beras nak ditanak; tak ada belanja harian sebab tuhan tutup rezeki kita.
Kita tak pernah mahu berpakat dalam menyara keluarga; asyik mempersoalkan hak & tanggungjawab suami atau isteri. Sedangkan seharian beginilah kita. Baik suami atau isteri masing-masing keluar rumah mencari rezeki. Tak ingatkah aduhai hati; bila pasangan kita telah tiada lagi; memang akan terputuslah rezeki yang bakal Tuhan turunkan pada si mati. Yang tinggal nanti belum tentu ada rahmat Ilahi jika asyik mungkar & ego diri.
Terima kasih Kak Aina lantaran masih menjaga anak-anak pun pusaka, pusara Abg Din sebaiknya.
5 ulasan:
syukur mak johor memang menjaga anaknya dengan baik sekali..dn lebih membanggakan 3 anaknya dah berjaya belajar ke institusi tinggi..semua anak2nya solat x pernah tinggal..
semoga mereka sentiasa jadi anak yang baik..
"... toiinn..toiin..ayat paksu yg first2 tu cam terkena kt liza jer..huhuu
dan lagi semua orang ada kisahnya..dan x semua kisah2 mereka kita tahu seratus persen..oleh yg sedemikian ada baik jgn terlalu mudah melatah andai yg kita tahu hanya sikit...
biar la org nak kata diorg tu dari keturunan baik..org baik2..kt mata liza ni belum nampak lagi kebaikan mereka..semoga tuhan maafkn liza atas semua kata2 ni...:( ......"
Liza: Bagi saudara mara kita yang terbaca ini; janganlah hendaknya mereka terasa hati...
Hati muda kita memang terasa begitu; apatah lagi bila Liza dah setua Paksu; lagi jiwa kita akan memberontak.
Liza: Amat sukar untuk kita menegur keegoan keluarga orang lain, baik kawan atau pun waris sebelah mertua kita. Waima waris keluarga kita pun terkadang begitu.
Dalam apa keadaan kita sering dalam dilema ditelan mati emak di luah mati ayah.
Untung nasib kita bukan ketentuan kita, jika kita dapat pasangan yg memang memandang keturunan kita amat rendah berbanding mereka keturunan yang baik-baik kita terimalah seadanya.
Jangan ada sikap membenci terhadap mereka; benci itu api. Ini akan membuatkan rumah tangga kita jadi bara & sukar amat mahu damai bahagia.
Kita hanya boleh cuba menjauhkan diri & bersikap sederhana. Layanan mereka sebaik yang mampu. Lambat laun keturunan mereka juga akan tua; bilamana semua keluarga tua telah tiada, ketika itu sepi akan melanda mereka. Jikalau yg tua nanti masih bermegah ego & pandang hina terhadap kita. Biarlah. Kita ini semua mmg hina hamba kepada Allah SWT.
Kita selamatkan diri kita agar jangan Ilahi marahi lantaran berniat memutuskan talian siratulrahim sesama kita.
Nanti di sana, pasti Liza akan terkejut banyak amat anugerah pahala yang bakal Liza perolehi sebab umpatan & kejian mereka terhadap kita adalah hadiah buat kita yang sabar... di dunia benda ini mmg tak nampak.
memang susah nak jadi manusia sebaik manusia..
liza dengan suami xde masalah..kami bahgia jer dengan kehidupan kami..walau kadang badai dtg melanda..syukur jodoh kami masih ada..
sakit dah terlalu lama paksu..sampai susah nak ubat..kisah dah berbagai kisah..sampai malas nak hadap..
rasanya lebih baik liza tumpukan pada keluarga je sekarang terutama anak2..malas nak fikir hal2 org luar..nanti bertambah parah sakit liza ni..
Liza
Sebangsawan mana pun keluarga mereka, sebaik mana pun keluarga mereka, bila roh telah meninggalkan diri! jasad kita tetap dimamah segala makhluk milik Tuhan.
Kita akan diadili secara adil di sana nanti tanpa darjat status atau pangkat apatah lagi keturunan.
Liza beruntung suami masih memihak Liza, andai kata sendirian dengan martabat diri, jadilah macam paksu terpaksa redah sendiri dengan keegoan manusia sebelah sana yang entah bila sedar langit ini amat tinggi bumi ini makin berbara di dalam hati.
Kesedaran martabat diri itu hanya Ilahi yang memberikan pertunjuk; jika tidak sampai ke liang lahat mmg hidup berbedung dengan dosa semata. Hormat Ilahi belum cukup jika sesama insan saling berprasangka sombong; tak mahu mendengar nasihat yang baik untuk keluarga sendiri.
Catat Ulasan