iDAN

19 Julai 2011

Kg Simpang Kerayong Melaka & Ayam 2


"Berapa umur pakcik..."

"Haa...?"

"Umur... umur!" hara-harap dengarlah pakcik ni.

"Ummmmur!... dah nak masuk 80 tahun, 73 tahun lebih!" masih suka angka 3 pakcik ini! aku mendengar saja. Ibu ilmu hisab okeyah rtu asalkan dah lebih 70 kita akan masuk ke umur 80anlah nanti.

"Umur kita akan panjang nak jika hati kita baik, pakcik cuba berhati baik, alhamdulillah Allah panjang umur pakcik; dulu masa pakcik muda ada orang dera pakcik dengan ilmu ayam!" aku terkesima sebut bab ayam ini, apa yang pakcik maksudkan. Dia suka amat bercerita, banyak kenangan lalu mahu diceritakannya.

"Pakcik tahu dia guna ayam, tenguk tangan pakcik ini!; lebih tiga tahu pakcik berulang alik ke hospital, sampai satu hari tu doktor bercadang nak potong tangan pakcik!... heii! mana boleh; pakcik bukan ada sakit kencing manis. Tangan pakcik cuma bernanah!; tulang tangan ni cuma terkeluar. mesti ada jalan nak betulkan semula"

"Habis tu pakcik lari dari hospital ke?" pakcik ni tak faham pun apa aku cakap, dia masih terus dengan ceritanya.

"Pakcik tak setuju, pakcik kata ... nak buat cara kampung nak berubat cara kampung!; macam mana nak hidup kalau tak ada tangan!" Pakcik yang ramah ini terus mengurut-urut pergelangan tangan kanannya yang memang nampak kesan patah. Aku terbayang Tajul Ana larikan Ana dari Hospital Putrajaya ketika kaki Ana nak kena potong.

"Nasib pakcik beruntung ada anak buah tolongkan bawakan ke seorang dukun di Semenyih, dukun tu guna ayam sahaja." kali ini tidak sebut berapa ekor ayam.

"Memang ada orang busuk hati kenakan pakcik, dukun tu patah-patah kaki ayam tu dengan izin Allah pakcik punya tangan terus baik!" tak dapat aku bayangkan dukun tu patah-patahkan ayam itu, harapanku kenalah disembilih ayam tu jika dah sakit.

"Pakcik tahu memang dia guna ayam, dukun tu boleh balas perbuatan itu dengan gunakan ayam juga tapi pakcik tak mahu aniaya orang!, umur pendik kalau aniaya orang!"

Mentari makin meninggi janji dengan Mila sekitar 2:00 petang aku kena jemput dia. Pakcik telah bangun sambung kerjanya. Dia membersihkan kawasan masjid Kg Simpang Kerayong yang amat kering sebab lama tak hujan. Aku menuju ke estet kelapa sawit Eco Resort milik Sime Darby.

Ada masa sekitar sejam dua lagi, aku mencari tempat santai; mulanya aku naik menara tinjau; ada elektrik tapi tak ada kipas. Aku terlena di dewan tengah estet yang ada kipas. Sedar-sedar dah bertalu-talu Mila dail nombor telefonku; memang aku penat sangat. Mimpi ternak ayam bukan main banyak lagi.

"Mana perginya lambat amat angkat telefon?"

"Nak sebut mimpi jumpa ayam nanti lain pula tangkapan Mila!" namun sungguh aku teramat ingin tahu lebih mendalam tentang Dukun Ayam di Semenyih ini.

Tiada ulasan: