Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

15 Julai 2011

SePi CERI


Bila kubuka periuk rasa
ada peria & cuka di dalamnya
Bila kubuka kuali hati
ada cili & bara di dalamnya.

Bagaimana aku mahu memasak harapanmu
jika pisau di tangan telah melukai jari naluri
bagaimana aku mahu menjamu juadah buatmu
jika semua aroma terasa basi di bibir sepimu.

☼ Hari ini kita berjalan jauh dengan arah masing-masing
☼ kau tak pernah mahu singgah di hentian rehat
☼ atau berbual waima aku jadi mengantuk hingga mahu terbabas
☼ tanpa sedarmu aku masih bagai dulu asyik kemaruk kenangan lalu
☼ bagaimana kita berbulan madu di bawah rumpun ceri desaku
♥ & aku amat lena tertidur di ribaan kasihmu.

:aku buka pintu hati & makin sesat dengan cinta-Mu.

iDANRADZi
Desa Tualang Perak.

4 ulasan:

roslaini saad berkata...

indah sajak ni.. dan dalam maknanya...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih paksu...

jgn biarkan diri debelenggu mendung hitam...sinari la ia dengan warna2 pelangi..agar sentiasa indah ditaman hati..:)

semoga paksu lebih bahgia dn sihat sejahtera..

iDAN berkata...

Roslaini:

ada jodoh diketemukan bukan lantaran cinta tapi amat bahagia sampai ke Syurga.

ada jodoh lantaran cinta tapi hingga hari tua cinta itu pura-pura belaka

ada cinta antara pasangan itu amat sukar kita jelaskan, hanya sebelah tangan bertepuk tak berbunyi tentunya tapi ianya masih kekal ke akhir hayat

yang penting kita terpaksa pujuk hati kita amat menyintai pasangan kita... jangan cuba lari & naik buat dosa di luar sana... bercinta itu bukan berdosa asalkan kena & betul pada tempatnya

cinta kita pada Allah nan Esa pun pun boeh dikelirukan olah bisikan syaitan apatah lagi cinta kita sesama manusia

iDAN berkata...

buat Anak Saudaraku;

... kita kena yakin dengan jodoh yg kita terima, jodoh itu bukan mainan atau hak kita, tapi jodoh atau pasangan itu adalah anugerah dari Ilahi terhadap kita; pentingkan hubungan antara berdua; keluarga atau org luar jangan jadi penyebab untuk kita merosakkan cinta nan ada dalam rumah tangga kita ...