iDAN

11 Ogos 2011

Salinan surat Tanah Md Sesh yang hilang!



Pokok NamNam amat sesuai tumbuh di tanah ini
kami panggil Tanah Paya Asap. Memang asalnya banyak paya teratai di sekitah tanah ini.


From: iDANRADZi
To: xxxxx@pcb.gov.my
Sent: Saturday, July 9, 2011 2:13 PM

Salam Tuan,

Merujuk kepada Surat Tuan, BPA/PRK/47/2011.06/MDKP/80974, adalah amat dikesalinya ianya terlewat sampai ke alamat saya.

2. Mesyuarat diadakan pada 8 Julai 2011 (Jumaat) tetapi Surat Tuan saya terima baru sebentar tadi 9 Julai 2011 (Sabtu). Jika sampai 8 Julai 2011 pun saya seorang Pesara yang sakit kronik takkan mampu memandu bagai ribut untuk ke Ipoh sana.

3. Sehubungan dengan itu saya meminta maaf jika ianya tertangguh dan buat pengetahuan tuan saya punya talian telefon tetap di rumah 0387371884.

4. Masih banyak tanah milik arwah ayahda saya hingga kini kami tak mendapat Bil Cukai Tahunan biarpun sebelum ini ianya dialamatkan di kampung kami.

5. Untuk pengetahuan tuan, saya pernah melihat geran di tangan pemilik yang mengambil alih hak milik tanah arwah ayahda saya itu; di mana saya dapati ianya telah bertukar keluasan seperti telah digabungkan. (Bertindih). Nombor Lot Tanah masih sama tetapi Nombor Geran asyik bertukar galak kali. Di tangan kami masih ada masalah geran bertindih ini yang masih tidak selesai.

6. Isu utama yang saya tidak berpuas hati apakah lantaran akta tanah yang tuan kemukakan itu adil, semasa saya ingin menjelaskan tunggakan Cukai Tanah(sekitar 3 tahun lalu) yang tak sampai pun RM5,000 kami kehilangan hak memiliki tanah pusaka seluas lebih dari 5 ekar lebih. Ianya hak milik nenek moyang kami yang telah kami pegang semenjak tahun 1920an lagi.

7. Amat malang kelemahan pengurusan di jabatan tuan membuat saya terpaksa membuat aduan semula. Kenapa mesti kes 80974 ditutup sedangkan ianya masih dalam penantian saya mencari jalan penyelesaian.

Wassalam.
Nota kecil:

Bebaru ini menantu saya memaklumkan ada sekali pihak tuan BPA hubungi telefon rumah saya (setelah kes ditutup), katanya pernah e-mel saya (tak mandang, sya jenis tliti dengan e-mel) pernah telefon saya tetapi tak dapat hubungi saya.

Saya pernah menulis kes ini di blog saya, nak jumpa Pegawai Daerah pun amat sukar; nak tahu status tanah pun dari RM20 sekitar 3 tahun lalu...naik ke RM40 sekarang tak pasti berapa. Sedangkan bila mengadu ke BPA kami pula berhadapan dengan akta tanah.

Bila saya membaca jawapan surat tuan yang menyatakan kes ini ditutup (sila rujuk jika tak puas hati). Saya merasakan lebih baik keluarga kami akan menuntutnya di akhirat kelak. Sukar bagi kami yang tak punya duit nak pasang peguam untuk melawan akta tanah yang saya anggap tidak akan memihak kami. Jika benar tanah tersebut masih hak kami; waima kami tak pun mengizinkan ianya dirampas biar pun sebesar hama tanah milik kami ini. (Hakikatnya! Malas nak gaduh bab tanah macam ceritera di TV)

Tanah tumpah darah kita semakin dijajah oleh orang luar!.
Sementelah anak bangsa sendiri pun gilakan pembangunan asyik mahukan laba
sanggup menggadaikan tanah milik pusaka sendiri malahan hak orang lain.


4 ulasan:

JijahJambu@Jj berkata...

Kes yg benar berlaku atau???

iDAN berkata...

Jijahh: perkara ini telah lama berlaku, kesilapan pihak kami adalah kerana tak bayar Cukai Tanah; tapi tak semua tanah tersebut hilang; ada beberapa geran sahaja yg hilang.

Ikut minat serta kehendak Pej. Daerah & Tanah Kampar. Mana mereka rasa tanah tu mereka suka nak lelong mereka lelong; tapi notis lelong keluarga kami tak terima. Itu isu utama; (mungkin juga surat tu tersangkut di mana-mana).

Dalam tempoh yang sama ada juga tanah yang sempat kami bayar cukainya. Mungkin sebab tanah tu tengah kampung sukar mereka nak teroka.

BPA (Biro Pengaduan Awam, JPM) sepatut bantu kita dalam masalah ini; tapi cara tindakan mereka macam melepaskan batuk di tangga. Kes ditutup tanpa pun sempat sy hadiri mesyuarat yang mereka adakan.

Kita mana mampu nak upah peguam mahal-mahal. Sedangka BPA ada Biro Guaman yang sepatutnya boleh membantu kita. Isunya siapa yang buat akta tanah ini; bagaimana pula BPA yang persoalkan yang akta tanah ini jika mereka bukan badan bebas yang boleh pertikaikan akta tanah yang penjajah bumi ini pindakan. Saya anggap akta ini amat bacul & secara senyap-senyap akan merampas tanah nenek moyang penduduk asal bumi ini jika kita lalai.

Itu yang sy terasa sedih amat. Apatah lagi sy dengar keluhan Orang Asal bagaimana tanah adat mereka dijajah oleh Indon & kaum cina. Dalam masa yang sama MB berkata kes terpencil!.

Biro Pengaduan Awam (BPA) Negeri Perak berkata...

Assalamualaikum w.b.t

Encik Haridan,

Pihak kami telah beberapa kali menghubungi talian tetap pihak tuan pada hari ini. Namun amat mendukacitakan kerana talian tuan sama ada sedang sibuk atau pada cubaan lain berbunyi deringan tetapi tidak berangkat. Pihak kami berharap pihak tuan dapat menghubungi kami semula di talian
05 - 255 8500 dengan kadar segera bagi memberi ruang perbincangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang pihak tuan bangkitkan.

Sekian, terima kasih.

iDAN berkata...

Waalaikumsalam Wr Wb,

Jarang tiada orang di rumah, kecuali waktu saya ambil anak, pun ada kemungkinan deringannya sekejap tidak dapat kami capai. Telefon kami cuma satu talian di ruang tamu agak jauh untuk dicapai kecuali kami sedang menonton TV.

Saya perasan sebelum saya dapat berbual petang semalam ada satu deringan sempat saya angkat berkali-kali saya hello tiada pun jawapan.