Cenderai tidak diendah lagi
remenia tidak berbuah lebat
ikan pilai lawan telah pupus
air sungai semakin keruh.
(Kampung ini kian hilang damai
lantaran fahaman politik berpecah dua
yang satu puak mencari laba dunia
tanah pasir lombong habis dijual
yang satu lagi suaranya terkunci
sayang tanah air tak memberi erti.)
Tempua tidak lagi bersarang rendah
Punai lari merajuk ke hutan rimba
Belibis sepi tak kenal anak seluang
Merbah liar kelaparan mencari remunai.
(Keindahan kolam teratai kini berantai
dipagari orang asing menternak ayam itik
bertam & petai diceroboh pembalak haram
tak siapa lagi dapat bebas memancing
kerbau liar pun semakin sukar berkubang.)
Aku sayang kampung tradisi ini
tapi aku telah hilang hak milik tanah
lantaran akta tanah yang amat disanjungi
oleh pemerintah yang tak kenal erti.
: Hak milik pusaka rakyat asal atau rizab pribumi
semua dilelong cara terbuka bak menjual negara.
iDANRADZi
Desa Tualang, Kota Bharu, Perak.
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 7 Julai: Seorang penduduk Orang Asli dari Kampung Paya Mengkuang dekat sini, hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) kerana mendakwa disogok oleh penceroboh tanah miliknya supaya ‘menutup mulut’. Juri a/l Husin, 29, membuat laporan tersebut berikutan rasa tersinggung seolah-olah beliau tidak ada maruah dan boleh dijual beli sedangkan pencerobohan oleh individu berkenaan melibatkan tanah adat mereka yang sepatutnya dipertahankan. Dalam laporannya, Juri berkata awal minggu lalu beliau telah mendapati tanah adat dan tanah pusaka miliknya diceroboh oleh seorang pemimpin Umno tempatan dengan cara menggunakan jentolak sehingga memusnahkan pokok getah dan kubur nenek moyangnya di atas tanah tersebut. “Pada Ahad lalu saya dan rakan-rakan sekampung telah pergi ke tanah tersebut bersama-sama dengan peguam dan wartawan menunjukkan kesan pencerobohan itu. “Tetapi petang kelmarin, ketika balik ke rumah emak saya memberitahu ada dua orang lelaki datang. Seorang dikenali dengan Din Kerbau dan seorang lagi anggota polis, telah memberi amaran supaya saya tidak menghebahkan hal tanah adat yang diceroboh itu jika tidak mahu ditahan polis sedangkan saya ada anak,” katanya ketika ditemui di luar pejabat SPRM Cawangan Temerloh, di sini. Tambahnya, Din selepas itu memberikan wang RM1,000 melalui emaknya supaya beliau menutup mulut dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pencerobohan tanah adat Orang Asli. “Saya tidak puas hati kerana merasakan wang tersebut adalah sogokan dan sebelum itu ada ugutan supaya saya berdiam diri daripada mempertahankan tanah saya sendiri. Bagi saya ini satu penghinaan seolah-olah kami tidak ada maruah dan boleh dibeli dengan harga murah,” ujarnya. Menurut Juri, di kampung Paya Mengkuang terdapat 643 orang penduduk dengan 153 keluarga Orang Asli dari suku Jahut. Katanya, nenek moyang mereka telah tinggal di sini sejak sebelum bah besar tahun 1926 lagi. Seorang aktivis Orang Asli Roman a/l Achai yang turut hadir memberi sokongan kepada Juri, menyalahkan kerajaan negeri kerana enggan menggazetkan rizab Orang Asli sehingga banyak tanah adat mereka sudah terlepas ke tangan orang lain. Kata Roman, untuk tanah yang didakwa kawasan rayau Orang Asli di Paya Mengkuang sudah enam tahun diceroboh sehingga keluasan asal 1,870 ekar kini sudah kurang daripada 1,000 ekar yang tinggal. Difahamkan tanah tersebut diserahkan kepada 40 orang peserta, dari Desa Murni Sanggang untuk Tanam Semula Kelompok (TSK) tetapi tidak ada seorang pun daripada kalangan Orang Asli di situ. “Kami pernah hantar memorandum kepada kerajaan dalam hal rizab Orang Asli tetapi tidak ada susulan walaupun kerajaan janji nak selesaikan. Kami dah pernah bincang dengan wakil rakyat sini dan menteri tetapi dengan Menteri Besar belum lagi. “Dulu Orang Asli berpindah randah, sebab itu adat resam mereka. Sekarang dah tinggal setempat. Jika jalan, hutan, sungai tanah Melayu semuanya ada rizab jadi kami Orang Asli mahukan tanah rizab kami juga. Kami hanya mahu pertahan hak kami bukannya kami minta hak orang lain. “Tanah adalah nyawa kami, tanpa tanah kami tak boleh hidup. Semua Orang Asli di sini hidup dengan tanaman yang ada, tidak ada sumber lain. Jika sumber ini dah hilang ke mana lagi Orang Asli nak pergi?” soalnya. Tambah Roman, kini Orang Asli sudah sedar hak mereka. Jika isu lapuk Orang Asli sudah setengah abad masih tidak boleh diselesaikan, nampaknya terpaksa selesai dengan menukar kerajaan. iDAN: Bila bumi ini telah maju, maka tumbuhlah hutan batu seperti menara Suria KLCC, sila baca forum ini bagaimana kaum kita tak mampu lagi menyewa tempat elit begini untuk berniaga pihak yang mabuk pembangunan ini akan tetap menuding kaum sendiri, dikatakan lembab tak mampu & meminta-minta. Sedangkan KL dulu sekadar pekan tempat orang kita berniaga... sila klik ini http://bincang.net/forum/showthread.php?78881-Kelantan-Delights-KLCC-ditutup!!!&p=1701901&viewfull=1 |
5 ulasan:
Assalamualaikum,
Teruskanlah perjuangan. Kalau bukan kita yang berjuang, kelak ganerasi masa depan kena halau entah ke lautan mana nak tinggal...hutanpun dah gondol...
Saya tak menjangkakan setelah pemergian arwah Apak, tanah milik pusaka kami banyak yang hilang.
Isu utamanya Anyss, semua tanah Apak masih tidak pernah berpecah Lot; ianya geran besar & pemiliknya semua kalangan pewaris sebelah Apak; isunya kalau dijual pun pasti kami diberitahu; sebab ada nama arwah Apak di dalam geran.
Jika dilelong sekali pun pasti ada Surat Lelongan sampai ke kami; sebab arwah Apak yang ambil kuasa; sejak azali (tahun 1920an) tiap tahun bill Cukai Tanah tersebut dibayar oleh arwah Apak; Geran tersebut Geran Tetap bukan Geran Pajakan. Dalam bill di tangan saya alamat tertera ke alamat Apak. Kenapa surat lelongan itu tidak sampai ke tangan kami!.
Siasatan awal saya berjumpa pemilik terkini; Lotnya telah bertindih; saya cuma tahu kira-kira 3 tahun lalu. Yang mana dalam masa yang sama saya cuma sempat selamatkan 2 geran lain yang masih tidak dicuri penyangak ini!. Ada beberapa geran lagi masih menjadi tanda tanya!.
Bila saya mengadu ke BPA mereka menggunakan akta tanah & tidak dapat menolong masalah saya. Isunya apakah lojik Cukai Bertunggak itu tak sampai pun RM5,000 kami hilang tanah Geran Tetap seluas 5 ekar lebih.
Di dunia mungkin kami kalah sebab akta tanah ini; tetapi di akhirat kami akan tuntut biar pun tanah itu sebesar "hama" dirampas oleh pihak berwajib!.
Tanah Adat yang diteroka kaum Asal di negara ini pun banyak dijajah okeh kaum cina & Indon. Ini pengakuan orang asal secara langsung di AsyikFM, DJ ketika itu mempersoalkan peranan Ketua Kampung atau Tok Batin, bagi saya ini masalah negara; kerajaan kena tahu masalah ini.
Jika tanah Geran Tetap pun ada masalahnya bayangkan Tanah Adat ini yang secara lebih mudah & rakus dirampas oleh orang luar.
Yang majdai pemilik terkini Tanah Pusaka kami ini adalah Pemastautin Tetap dari Indon (PR). Tentunya ini mainan dari pihak Pejabat Daerah & Tanah Kampar!.
Tanah Adat yang diterokai kaum Asal di negara ini pun banyak dijajah oleh kaum cina & Indon. Ini pengakuan orang asal secara langsung di AsyikFM, DJ ketika itu mempersoalkan peranan Ketua Kampung atau Tok Batin, bagi saya ini masalah negara; kerajaan kena tahu masalah ini.
Jika tanah Geran Tetap pun ada masalahnya bayangkan Tanah Adat ini yang secara lebih mudah & rakus dirampas oleh orang luar.
Yang menjadi pemilik terkini Tanah Pusaka kami ini adalah Pemastautin Tetap dari Indon (PR). Tentunya ini mainan dari pihak Pejabat Daerah & Tanah Kampar!.
Dengar khabarnya tanah menara KLCC pun sebahagian bukan milik kaum Melayu; benarkan ini?.
Ianya dipajak dari kaum Asing (2juta penduduk luar yg kita berikan kerakyatan Tanah Melayu demi mahu merdeka).
Siapa ada maklumat ini!.
Samalah dengar khabar warga Singapura boleh membeli rumah di negara kita!; apakah rumah tersebut adalah Pegangan Bebas?.
Siapa ada maklumat ini.
Catat Ulasan