iDAN

02 Ogos 2011

Apa Yang Lelaki Suka Dan Tak Suka Tentang Wanita

Lelaki dan wanita

Ramai yang tanya wanita apakah ciri-ciri lelaki idamannya. Ada yang cakap kacak, kaya, berpendapatan tetap, tinggi dan macam-macam lagi jawapan dari pihak wanita ni. Tapi pernahkan wanita mengambil tahu wanita bagaimanakah menjadi kegilaan lelaki. Apa yang lelaki tak suka dan apa yang lelaki suka kepada seseorang wanita.

Kali ni moh kita baca apa yang lelaki suka dan apa yang lelaki tak suka mengenai wanita. Tips ni penting kerana sekarang ni wanita kan lagi ramai dari lelaki. Err. Kat Malaysia ni je lelaki lagi ramai. Jom baca

Lelaki suka:

1. Wanita yang bersikap kelakar.
2. Berbudi pekerti.
3. Murah hati.
4. Senyumannya manis.
5. Pandai memasak.
6. Pandai dalam menggayakan pakaian, tidak terlalu seksi dalam berpakaian.
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya.
8. Tidak mudah naik angin, penyabar dalam banyak hal.
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Pendengar yang baik.
11. Berlebih kurang... tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.?
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibu keluarga pihak lelaki.
13. Wanita yang berjimat, cukup sekadar rezeki yang ada.
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri.
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan.
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang.
18. Saling bertukar hobi paling tidak menghormati hobi pasangan.
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh.
21. Wanita yang mengambil berat tentang pasangan, barangan pasangan tidak pelupa.
22. Tak memilih makanan.
23. Taat beribadah sentiasa mengingatkan pasangan.

Apa pula Yang lelaki tak suka :
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat.
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal.
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki.
4. Merokok.
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki.
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian.
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul.
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.
9. Wanita yang bersikap hipokrit.
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki.
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki.
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang, mudah menangis.
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya pengotor.
14. Tidak bertanggungjawab langsung.
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya.
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh.
17. Boros berbelanja.
18. Tidak tahu atau malas memasak.
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati.
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.
21. Asyik membandingkan kemewahan orang lain.
22. Sering buat keputusan tanpa berbincang bersama.
23. Beritahu bukan minta izin jika ke mana atau buat sesuatu.

iDAN : Bahan ini diolah dari situs rakan di Laman Sesawang.


Tiada ulasan: