Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

05 September 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 2)


"Bila ayah nak balik ke Meru" entah kali ke berapa Mila bertanya, sambil dia kemas rumah sambil itu dia mencongak waktu.

"Ayah ikut saja, kalau ibu nak balik sekarang pun ayah tak jadi masalah!"

Dengar khabarnya Mila & adik-adiknya mahu berkumpul di rumah pusaka mereka. Ini tahun pertama keluarga Mila berhari raya tanpa ibu & ayah. Nyaie (bahasa baku tulis Nyai.. aku suka nulis Nyaie.. ada bunyi eee hujungnya) pergi meninggalkan kami ketika dewan perkahwinan gegak-gempita dengan alunan lagu pilihan Mila. Aku sebenarnya menolak lagu yang lantang ketika majlis; selalu berpesan pada Mila. Jika buat majlis biarlah tetamu santai; waris ramai datang nak berbual bertanya khabar. Nak dengar lagu banyak kat radio; entah berapa banyak FM di saluran radio kita.

Apatah lagi jika majlis siap berkaraoke; bukan aku anti hiburan tetapi tak tahu mana nak dengar. Di ruang terbuka mungkin boleh diterimapakai; bayangkan jika di dewan. Gemanya menggila. Nak makan-makan atau bersembang pun rasa serba tak kena. Bagaikan tertelan lagu. Jika mahu hiburan; alunkan saja lagu sederhana rendah nadanya. Lagu instrumental lagi bagus. Jangan memaksa tetamu mendengarnya.

Nyaie menyambut panggilan Ilahi sekitar 2:15 petang; khabarnya tersebar sekitar 2:30 petang. Laguan gegak-gempita beralun sampai sekitar 3:00 petang. Roh nan pergi tetap pergi, kita di dunia seperti biasanya terpaksa meneruskan perjalanan hidup kita. Huh! itu kenangan lama.


"Selipar itu kenangan kita ke Melakalah ibu, takkan tak ada pasangannya!" aku ternampak Mila tangkap muat sahaja barangan yang dia mahu buang; memang ramai kalangan kita suka rumah jadi padang golf akhirnya lapang cuma tinggal tahi cicak sahaja. Aku perasan ada beberapa pasang kasut kesayanganku yang mahu aku baiki tinggal sebelah sahaja; mana pasangannya aku tak pasti. Ketika aku tiada di rumah Mila & anak-anaknya buat operasi Bersih. Jangkaan aku betul; stor aku di atas sana tak boleh dimasuki kini. Konsep sumbat muat akan menjadi sejarah kamar Afiz sebelum diduduki kini; nak buka pintu pun tak boleh dulunya. Padat dengan barangan yang tak pun dikelaskan.

Teringat apa kata Tok Perak, anaknya pun begitu kalau mengemas rumah bukan mahu periksa apa dalam kotak; Ketika pindah rumah, dia pun nyaris tidak kehilangan set pinggan mangkuk yang mahu dijadikan bahan buangan anaknya. Aku selalu sebut set pinggan mangkuk ini arcoroc , bahan cucian pakaian menjadi arcopal.

Untuk mengemas rumah zaman sekarang telah banyak kemudahan; konsep simpan dalam kotak kertas sudah kurang berkesan; paling cantik simpan dalam kotak plastik; siap beroda & mudah dialihkan. Titik bab kemas rumah.

Sedar tak sedar; hairan bin ajaib. Mila buat keputusan beraya di Jenaris. Seingat aku entah berapa lama kami tak beraya di Jenaris; silap-silap telah berbelas tahun kami mesti raya di Meru. Jika Hari Raya Korban itu mungkin selalu.

Dua hari sebelum raya aku telah bising menyuruh Mila sinaraikan barangan yang mahu dibeli. Biasalah hari raya mesti ada sahaja keperluan dapur yang tak cukup. TESCO tak jauh dari rumahku ini; sekitar 2 atau 3 kilometer sahaja. Selalunya jika musim perayaan TESCO akan dibuka sampai jam 1:00 pagi (buka 8:00 pagi memang telah menjadi jadual harian). Aku perasan jika mencari barangan basah keperluan dapur dua pasar raya ini bersaing sihat. TESCO & Econsave. Giant yang beberapa ratus meter sahaja dari rumahku memang tak dapat tandingi harga runtuh dua pasar raya ini.

Rakan St Michael's Inst Ipoh (SMI) yang buka restoran Nasi Arab pun mengadu, terpaksa berlari ke TESCO untuk mendapatkan harga barangan yang munasabah. Pasar Borong pun tak dapat menyaingi kemurahan barangan basah di TESCO ini.

Mila merancang nak masak Sayur Lodeh; sambal kacang dia telah beli kompeninya yang buat; Sime Darby. Nasi himpit dia mahukan buatan Adabi yang peketnya kecil. Banyaklah barangan yang kena beli; faham sahajalah nak buat Sambal Lodeh.

Awal pagi Isnin aku telah bising nak ke TESCO, Mila buat faham tak faham sahaja; akhir sekitar jam 12:00 tengah hari baru aku bertolak ke TESCO. Alahai hanya jual bulu ayam sahaja untuk cuci habuk; tak jumpa biarpun kaki ayam di TESCO; udang pun cuma ada udang kering; kacang panjang pun habis; ketupat segera cuma ada jenama Nona yang peketnya besar. Aku berbual dengan Minaci yang menjadi Jurutimbang di bahagian sayuran & barangan dapur.

"Jam 8:00 pagi orang telah serbu; ayam awal pagi lagi dah habis! ayam memang ada tawaran murah hari ini!" aku tanya pada pemotong ayam si Bangla yang memang aku telah cam mukanya.

"Bila ayam mahu sampai?... ini petang adakah?"

"Sudah kasi tahu stok habis tapi tarak tahu bila mahu sampai!" Huh! gimik sahaja TESCO ni; aku buka di akhbar memang harga ayam mereka jual RM3.39 sekilo; setiap keluarga 4 ekor. Gua punya keluarga tarak dapat seekor pun. Jika memang mahu beri khidmat atau promosi jualan termurah kenalah banyak stoknya; bukan iklan sekadar mahu panggil orang datang!.

- bersambung

Tiada ulasan: