Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

07 September 2011

2/3 Kota Bharu (Episod 3)


Tempe.

Afiz demam & baru aku hantar ke klinik. Kasihan dia semasa di TESCO dia nampak tak larat berjalan. Berdiri kaku tak berdaya melangkah. Untuk mencari ketupat segera bukannya ada panduan. Troli yang aku bawa pantang letak sekejap ada saja yang ambil jalan mudah; dia tenguk barangan dalamnya tak sebanyak mana tetiba disambarnya. Aku syak pekerjanya sedang mengemas yang ambil; malas amat nak ambil jalan pintas sahaja. Rak kayu yang berharga sekitar RM20 habis stok. Cantik raknya untuk letak botol kuih raya. Peti plastik yang ada tawaran pun kehabisan stok. Ceritera sama, apa saja tawaran harga menarik kena cepat dicapai. Stok tak banyak mana cepat amat habis dijual.

"Adik yang rak pameran ini tak jualkah?" tanyaku bila diberitahu habis stoknya tiada lagi.

"Yang itu kami tak jual!" aku lihat semua rak yang seakan sama berganda harganya. Sekitar RM50 bagi satu unit. Di mana pun boleh cari rak sedemikian harganya. Jika beli dua dah lari bajet!.

Akhirnya aku buat keputusan pergi ke Giant; nak bergerak jauh pun waktu makin suntuk. Tenguk wajah Afiz pun buat aku hilang semangat nak berhari raya.

"Banyak juga barangan tak ada ni Afiz, ayam, udang, cabai masak, kacang panjang, tauhu kering ni kena tanya ibu macam mana!" keluhku, Afiz senyap saja " ketupat segera ini cuma ada jenama Nona, itu yang saiz besar peketnya, kita beli satu bungkus; kut di Giant pun kehabisan stok!" kami berbaris panjang untuk membayar barangan yang kami dapat cari di TESCO. Masalah berbaris panjang ini yang buat aku terkadang amat malas nak ke TESCO.

Aku suruh Afiz rehat sahaja di Avanza. Giant tak sesesak mana, parkir bersepah kosong.

"Tak payah matikan enjin jika nak sejuk, ayah rasa kejap saja nak cari barangan ni; kalau ayam kehabisan, biar ayah pergi dengan adik Afiz cari sekitar Kajang.." Aku terbayang Pasar Besar Kajang; rasanya memang banyak pilihan di sana. Sukanya ke Pasar Besar Kajang banyak orang Minang berniaga; pastinya banyak ulaman kegemaranku ada dijual.

Bila aku terjah bahagian jualan ayam, bertimbun lagi ayam yang masih terjual. Udang pun ada dua pilihan; udang sederhana besar berharga sekitar RM17 sekilo & nampak lebih segar bersaiz sama (bukan XL) RM19 sekilo. Aku lebih tertarik beli yang segar. Cabai masak juga banyak, cumanya kacang panjang memang kehabisan. Aku terjumpa tauhu kering; baru aku perasan ada dua jenis tauhu kalau mahu buat Sayur Lodeh. Tauhu biasa (basah) & tauhu kering.

Setelah membeli ayam dua ekor & beberapa barangan lain aku segera ke kaunter bayaran. Lapang dan tak perlu beratur panjang. Itu kelebihan Giant; memang tak banyak buang masa jika berbelanja di sana.

"Afiz... cuma tinggal tempe, kacang panjang & kelapa sahaja, tenguklah nanti kalau ibu tak berpesan yang lain ayah ingat nak beli di kedai mamak sahaja!" keluhku, Afiz aku lihat mematikan enjin; sejuk katanya!. Sah kuat demamnya, padanlah doktor kasi dia cuti, biar pun awal pagi dia pergi juga ketuk kad perakam waktunya.

Sampai di rumah Mila kata, kalau tak ada kacang panjang, kacang buncis pun okey!, kelapa pula dia mahu santan yang diperah. Ish! nasiblah aku tak beli kelapa yang dikukur. Memang bukan mudah nak cari bahan buat Sayur Lodeh ini. Aku membuat rayuan kepada anak-anak untuk pergi menemani aku; biasalah kalau Aziq tak mungkin mahu, Anif kadang-kadang. Yang selalu mahu menemani ayahnya si Azim, itu pun terkadang dalam keadaan terpaksa.

"Kenapalah ayah nak anak ayah mengikut ayah ke mana-mana?" keluh si Azim.

"Kenapa Azim cakap begitu, masa ayah macam Azim (sebesar Azim)... ayah suka sangat temani Atuk Radzi tu ke Gopeng jika dia ambil barangan untuk kedainya, lagi pun ayah ni bukan sihat sangat; kut dibuatnya ayah tumbang sorang-sorang siapa nak tenguk ayah!" desahku, ayat yang sama sering kuulang bila Azim memang berat hati nak temankan ayahnya.

"Azim perasan kan, sejak Azim tak lahir lagi inilah kerja ayah, ulang alik ke kedai, ke pasar! ibu Azim tu memang tak reti nak beli barangan dapur, pernah dia beli ikan di pasar bergaduh dengan cina; asyik picit ikan saja tapi tak jumpa-jumpa ikan yang dia suka...!"

"Dah tu kalau dengan Azim dia tak kisah pun kalau Azim beli kelapa parut; ini kenapa nak juga santan yang diperah!"

"Itulah masalah ibu, dengan ayah tak ada pilihan; tak boleh berunding. Tadi kalau dia kata kacang buncis pun boleh kan senang; kalau santan tu perah dengan tangan pun okey kan mudah!.." aku mula membebel; di Sungai Kantan aku cuma jumpa satu sahaja mesin perah kelapa; dengan kakak lawa tu; Bila aku ungkit bab ibu asyik komplen perut boroiku Azim mula mencelah!.

"Dahlah ayah, berapa kali dah ayah ulang ayat yang sama; memang perut ayah boroi nak buat macam mana!" ayat yang sama; Azim telah pandai tiru bahasa ayahnya.

"Ayah sakitlah Azim, bukan macam cakap ibu itu, ayah kat rumah rilex sahaja membesarkan perut; cubalah ibu Azim tu sehari menjadi ayah; nak bawa kapcai ayah yang brek cuma tinggal satu tu.. dia pasti tak sanggup; berapa kali sehari ayah terpaksa bawa kapcai buruk ayah tu ke sekolah, ke Kajang atau TESCO, Giant pelbagai? dengan hujannya, dengan panasnya, habuk. ..Asap kapcai ayah tu bukan saja nyamuk, lalat pun boleh mati Azim tau!.." Azim diam sahaja.

"Kalau Avanza ni lain, tidur pun sedap kat dalam Avanza ni! penghawa dinginnya boleh keluar salji" aku parkir di kedai kakak lawa Sungai Kantan. Bawah pohon teduh.

"Kelapa habislah pakcik!" huh! pakcik dipanggilnya aku. " Ketupat segera Adabi yang peket kecil ada tak dik!" patutnya aku panggil kakak!... (Memang tak ada tokoh jadi pekedai; kalai kakak lawa ni bergaya ketika malam; orang pasti kata dia Pegawai Besar di pejabat gah mana tah!.)

"Yang ada cuma ketupa Nona, saya memang tak jual ketupat Adabi"

"Saya pun tak suka ketupak Adabi tu; kadang-kadang lembik sahaja tak sesedap ketupat Nona" celah seorang makcik yang nampak berusia. Masalah besarnya selera Mila berlainan.

"Emm! yang ini saya dah beli tadi!" aku lihat yang ketupat segera Nona saiz peketnya besar.

"Tempe dik... kat mana?" aku mencari-cari tempe.

"Habis!"

Sungutanku meleleh "Inilah masalah si Mila ni; sejak semalam saya ni dah bising suruh sinaraikan barangan nak beli untuk berhari raya; penat orang rumah ni!" aku bersungut entah siapa nak dengar pun.

Ish! semua dah habis, sebelah kedai kakak lawa ini ada kedai jual ikan & sayuran; pun tutup. Aku terpaksa ke Pasar Besar Kajang. Hari dah beransur petang; terkejut beruk aku dengan saingan santan di Pasar Besar Kajang. Banyak amat mesin perah kelapa. Dari gerai india, Minang, Melayu; banyak amat!; kepala pun berlori-lori tak dibelah lagi. Ish! memang rugilah kakak lawa kalau berniaga tak sungguh-sungguh keluh hatiku. Dia tak ada saingan di sana.

Dua biji kepala diperah dikira sekitar dalam RM 3.00 lebih kurang (lupalah pula) nampak sikit amat. Dah itu Mila suruh beli dua biji; beli lebih kut kena bebel. Tapi dari firasat aku; jika beli 4 biji kelapa memang lagi nampak banyak santannya pasti sedap Sayur Lodehnya!.

Ketupat segera, melambak-lambak nak nama pelbagai jenis pun ada; jenama Adabi macam tak dibeli orang. Baik paket saiz kecil atau besar!.

Berpusing-pusing aku cari tempe di Pasar Besar Kajang; tak ada. Kacang buncis pun cuma ada dua tiga orang yang masih menjualnya. Mila bising aku selalu terbeli yang tua; setahu aku kacang buncis muda belaka. (Mulalah asyik serba tak kena)

"Tempe memang tak jual ke habis dik!" aku bertanya setelah hampir sepuluh gerai aku bertanya tak jumpa.

"Habis! "

"Ish! semua orang Kajang makan tempe hari raya ni..!" tak hairan sebab di Kajang memang ramai orang Jawa. Azim yang ikut aku tawaf di pasar naik penat. Dia tak mahu bangun sahur malam tadi; padanlah monyok semacam. Sabar-sabar Azim kita mesti jumpa tempe kejap nanti!. (Mana mana sedapnya Sayur Lodeh tanpa tempe)

- bersambung!.

Tiada ulasan: