Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

16 Disember 2011

TABARRUJ


Ustaz Hashim Al-Maranji

TABARRUJ (MENGIKUT PANDANGAN DR ABDUL KARIM ZAIDAN)

Tabarruj bererti wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransang keinginan mereka. Dalil: surah al-Ahzab ayat 33.

Tabarruj jahiliyyah bererti wanita membuka niqabnya hingga mendedahkan muka, kecantikan dan perhiasannya.

Tabarruj hari ini tidak sesuai diistilahkan dengan tabarruj jahiliyyah kerana wanita sekarang bukan setakat membuka tutupan muka dan memperagakan kecantikannya tetapi lebih dari itu. Tabarruj hari ini dengan memdedahkan separuh tubuh, malah lebih dari itu.

Istilah yang lebih sesuai ialah istilah yang pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud ‘separuh telanjang’ (al-kaasiaat al-‘aariyaat).

Tabarruj yang diharamkan ialah:

  • Tabarruj di luar rumah dengan berhias bukan untuk suami.
  • Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
  • Bersolek dan berhias belebihan.
  • Menggunakan alat-alat solek / make-up.
  • Mempercantikkan bibir, alis dan pipi (mempercantikkan raut muka) dan lain-lain.

Termasuk dalam istilah tabarruj ialah fesyen-fesyen pakaian. Ini kerana pada dasarnya pakaian wanita sama dengan pakaian lelaki iaitu menutup aurat.

Ciri pakaian syar’ie wanita ialah:

  • pakaian mestilah meliputi seluruh tubuh wanita
  • pakaian itu mestilah longgar
  • tidak nipis
  • bukan pakaian yang mempunyai nilai untuk bermegah-megah dengannya
  • tidak menyamai pakaian lelaki
  • Pakaian yang tidak memenuhi ciri ini dikira sebagai pakaian yang tabarruj.
  • Berpakaian kemas,smart dan ceria bukan dikira tabarruj.
  • Termasuk dalam istilah tabarruj memakai barang perhiasan diri.
  • Perhiasan ialah semua yang dijadikan perhiasan oleh wanita samada pakaian atau sesuatu yang dijadikan perhiasan diri.
  • Antara perhiasan yang dibenarkan ialah membersihkan diri dari segala aspek, termasuk membersih sesuatu yang fitrah.

Jenis perhiasan antaranya:

  • Barangan perhiasan yang terdiri dari emas, perak dan permata.
  • Pakaian luar dan dalam
  • Hukum berhias harus, malah ada kalanya sunat kecuali perhiasan yang telah dinaskan haram. Ia sunat kepada isteri yang suaminya bersamanya, bukan isteri yang suaminya tiada di sampingnya.
  • Semua jenis perhiasan ini harus selagi ia tidak termasuk ke dalam istilah
  • tabarruj.
  • Termasuk ke dalam istilah tabarruj ialah bersolek dengan merubah sifat semulajadi:
  • Mencabut atau dengan apa jua cara untuk menghilangkan bulu muka. Boleh bagi yang berkahwin untuk suami.
  • Mencabut dan membentuk alis. Boleh sekiranya alis yang asal hodo dipandang.
  • Memerahkan muka. Boleh bagi yang berkahwin, untuk suami.
  • Lain-lain seperti rambut palsu, wangian berlebihan, celak berlebihan, …..
  • Secara umum, berhias untuk suami dibolehkan dan tidak dikira sebagai tabarruj.
  • Berhias keluar rumah bukan untuk suami adalah tabarruj.

Bersolek dan berhias wanita hari ini telah melebihi dari maksud tabarruj

Tiada ulasan: