Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

26 Mei 2011

Tak Sampai dua minggu sahaja lagi...


Tinggal tak sampai dua minggu sahaja lagi artis lawak kita dikurung di Astro Warna; nampak sangat stesen TV berbayar ini telah memplagiatkan pelawak kita demi laba... biarpun lebih 18ribu peminat Raja Lawak (RL) pun Maharaja Lawak (ML) menolak polisi perniagaan Astro tetapi dipandang ringan oleh pihak Astro.

Aku nak melihat perjalanan stesen ini apakah Akademik Fantasia (AF) juga akan dikurung di pakej Astro Mustika kita lihatlah nanti; seharusnya kita sebagai pengguna menggunakan kuasa pengguna kita. Aku telah pun mengadu masalah melobi keuntungan ini ke Biro Pengaduan Awam namun ceriteranya sama. Alasan kukuh pihak Astro tiada paksaan pun ML tidak format yang sama bagai RL.

Minggu hadapan adalah minggu ke 10 minggu terakhir, perjuangan kempen 18ribu peminat ML akan terkubur dengan kegagalan menggesa Astro Warna mengembalikan tayangan secara langsung di Astro Prima.

Jika kita sebagai peminat RL mahu bergabung kempen jangan mengundi; pasti Astro Warna akan terkedu kena bayar semua hadiah ML. Bukanlah kita nak cabar atau kacau perniagaan Astro tapi caranya memang tak kena. Cukuplah seniman 50an pun 60an kita menjadi mainan pihak plagiat; sebagai contoh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Dr. P Ramlee yang terperangkap oleh mangsa plagiat penerbit filemnya yang gah seantero dunia. P Ramlee pergi meninggalkan kita dengan seorang tak punya apa, hanya karya & bakat seni beliau sahaja menjadi khazanah bangsa.

Berhibur ada batasnya, janganlah lantaran mahu berhibur kita terperangkap ke bajet yang tak munasabah!.

Kecik bergabung dengan Idlan menjadi Wai antara pasukan
terawal tersingkir di ML.

Tiada ulasan: