Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

21 Februari 2012

Kita ni di mana eh?


1. Ada ketika aku perhatikan skandal perempuan ini bermotif; terutama jika dia ingin mengejar sesuatu. Ada setengah lelaki lebih suka mengejar seorang bergelar janda dari mengejar seorang perempuan yg dilabelkan tak bermoral, bohsia, telah rosak atau pun ditebuk tupai. Kesempatan ini yang diambil oleh kalangan perempuan yang telah rosak moralnya ini. Mereka kisah status lelaki bagaimana; asalkan dia dapat kahwin itu yang lebih penting. Tak ubah kahwin secara kontrak.

Setelah kahwin mereka akan buat ragam agar mendapat talak. Selalunya mereka akan mengejar lelaki yang lebih kaya sebagai suami seterusnya.

2. Ada juga perempuan yang memang mahukan waktunya terbahagi dua; tak mahu sentiasa menjadi isteri orang; bila berpoligami dia ada waktu sendiri jika suami di rumah isteri yang lain. Selalunya perempuan begini ada kerjaya sendiri yang memerlukan komitmen yang tinggi & waktu yang lebih untuk mencapai kejayaan pun impiannya.

3. Ada perempuan telah cukup segala keperluan untuk kehidupannya sendiri malahan berlebih jika ada zuriat. Hatta memang calon suami dia tak kisah asalnya baik, bertanggungjawab & mampu memberikan dia zuriat untuk teman dia semasa tua nanti. Lagi pun perempunan begini tak kisah sangat bermadu mungkin sejarah hidupnya dia sering dikecewakan & tidak lagi percaya akan cinta yang satu.

4. Yang paling baiknya; perempuan yang memang ikhlas & berserah kepada jodoh kurnian Ilahi; dia tak kisah harta dunia. Dia reda. Dia lebih memikirkan dunia ini sementara. Jiwa lebih mahukan kebahagian yang hakiki di akhirat nanti.

Tak mesti hidup dalam banglow dengan kereta Merc akan bahagia sentiasa. Tak semestinya suami hanya memiliki kapcai hidup sesebuah keluarga menderita; Ramai aku perhatikan rakanku memang sejak asalinya orang susah; Ayah tak pernah pun pandu kereta; Emak tidak berkerja tetap tetapi setelah anak-anak dewasa segalanya jadi berubah. Anak belikan kereta untuk ayah yang hanya ada kenderaan basikal tua; hingga nak bersara barulah mampu beli kapcai.

5. Pasti ada orang yang berpoligami hidupnya berjaya. Biarlah pun tidak semewah mana hidup mereka. Memang ada yang berani mencuba berpoligami tetapi nampak aku tidak. Faktor usia pun ekonomi nampaknya aku menolak poligami.

Ada juga orang yag hidup di dunia mewah bagai syurga & memiliki keluarga yang bahagia. Tak berani pun naik kapcai. Itu memang rezeki mereka kurniaan yang Esa. Elok kita bandingkan kehidupan yang lebih susah dari kita dari memuja kehidupan mereka yang kaya raya; agar kita tenang & lena tidurnya. Jodoh pertemuan bukan hak kita ianya kurniaan yang Esa.

Ahad baru ini aku amat terkejut dan cemburu pun ada; tenguk ada seorang lelaki umur sekitar 30an kiri kanan ada perempuan sekitar 20an cantik kedua-duanya. Kepik kiri kanan tangannya begitu mesra... Tak pasti status lelaki ini siapa.

Kelab tiada dara

KUALA LUMPUR: Sekali pandang mereka seperti gadis remaja yang dikawal ibu bapa. Namun, sebenarnya golongan terbabit mengamalkan seks bebas dengan gemar bertukar-tukar teman lelaki berdasarkan simbol tatu kekal pada badan.

Tatu terbabit menandakan mereka menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ yang hanya dikenali orang tertentu atau kaki tatu, antaranya lambang cinta retak, kala jengking, bunga ros layu dan kupu-kupu merah.

Gadis cetek ilmu agama berkenaan sanggup menahan sakit ketika mencacah tatu semata-mata untuk mendapatkan simbol tiada dara walaupun bayaran dikenakan setinggi RM150.

Trend terkini golongan terbabit itu diakui seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Kamalia atau Kim, 19.

Menurut Kim, minatnya terhadap simbol tatu tiada dara bermula selepas beberapa rakan tampil dengan bangga memperagakan tatu kepadanya.

Dia yang bekerja secara sambilan sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan di sini, mendakwa rakannya termasuk bekas pelajar sekolah yang kerap bertukar-tukar teman lelaki memakai tatu terbabit sebagai lambang pernah melakukan hubungan seks dan kelompok yang tidak percaya kepada konsep ‘suci dan dara’.

“Golongan itu yang mempunyai idea bebas menganggap gadis suci dan tidak melakukan hubungan seks sebagai kolot dan ortodoks.

“Oleh itu, rakan saya mendapat idea memakai tatu di bahu atau belakang pinggang sebagai simbolik kumpulan tiada dara,” katanya.

Dia berkata, bagi golongan gadis yang memiliki tatu itu, mereka kerap mendapat jolokan sebagai golongan ‘barai’ iaitu merujuk kepada gadis hilang dara selepas menjalin hubungan seks bebas dengan teman lelaki.

Bagaimanapun, katanya, hanya sekelompok kecil mengetahui rahsia tatu berkenaan berdasarkan simbolnya.

Kim dipujuk rakan untuk membuat tatu sebagai tanda setia kawan sebelum dibawa ke sebuah kedai tatu milik seorang lelaki warga asing.

“Selepas melihat katalog gambar tatu yang diberikan, saya bersetuju membuat tatu di belakang bahu kanan dengan lambang hati terbelah selain singkatan huruf awal nama bekas teman lelaki yang pernah meniduri saya,” katanya.

Proses membuat tatu hanya mengambil masa sejam sambil rakan memberikannya semangat. Sebaik proses menyakitkan itu selesai, rakannya meraikan kejayaan membuat tatu itu di sebuah pusat hiburan.

Dia kemudian diajak rakan untuk bertemu beberapa teman lelaki di sebuah kafe di Bangsar. Pertemuan singkat itu bertukar kepada acara ‘cari dan padan’ apabila masing-masing memilih pasangan yang bukan hanya boleh dijadikan rakan santai, malah boleh diusung ke bilik tidur.

Kim mendakwa sudah mula terjebak dengan aktiviti seks bebas seawal usia 16 tahun apabila dipujuk teman lelaki pertamanya yang juga anak seorang ahli perniagaan terkenal.

“Cinta seks kami hanya bertahan dua bulan apabila teman lelaki berusia enam tahun lebih tua meninggalkan saya tanpa alasan pun. Saya dipikat pula seorang pelajar kolej sebelum turut berakhir di ranjang selepas hubungan cinta putus beberapa bulan.

“Selepas itu, cinta saya bersilih ganti sebelum bertukar menjadi hubungan seks tanpa membabitkan soal komitmen atau perasaan. Ia tidak lebih hanya untuk suka-suka dan sekali sekala mendapat imbuhan wang atau dibawa membeli-belah lelaki berkenaan,” katanya.

Dia yang berjaya dipujuk wartawan supaya mendedahkan kisah silamnya mendakwa tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku berikutan ibu bapanya sendiri tidak pernah bertanya atau kisah dengan perjalanan hidupnya selepas tamat tingkatan lima.

Sementara itu, penceramah bebas, Ustaz Mohd Ibrahim, berkata Allah s.w.t melaknat umatnya yang bertatu, apatah lagi mengamalkan seks bebas atau zina.

“Perbuatan memiliki tatu jelas ditegah dalam Islam dan jelas dinyatakan dalam hadis Rasulullah,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, orang Islam yang sudah bertaubat dan tidak berupaya membuang tatu boleh menyimpannya asalkan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu lagi.

“Namun, sebaik-baiknya tatu berkenaan ditutup dengan kain ketika ingin mendirikan solat supaya tidak menimbulkan syak wasangka atau salah faham pada umat Islam lain,” katanya.

http://www.hmetro.com.my

iDAN:

Perkara sebegini tak kekal lama selalunya bila dah tua dah sampai satu peringkat umur teringat nak mati barulah sedar segala yang dibuat itu hanya keseronokan yang sebentar sahaja; kemudian jadi manusia tak normal; biar pun beribadat sekuat mana terkenang dosa lama jiwa pasti derita.

Natijah orang yang buat maksiat ini memang akan terasa di dunia lagi; Allah SWT akan beri bahangnya di dunia pun di akhirat lagi sakit balasannya. Sebab itu siapa yang asyik menyembunyikan dosanya besarnya tanpa pun ditangkap orang & menerima balasannya di dunia akan sering mengulangi dosa yang sama; malahan sampai satu peringkat sudah tak tahu malu lagi terusan melakukan dosa besar atau zina dan menganggap ianya seks bebas yang tak kenal agama.

Mereka ini yang rosak moralnya; jika sampai ketua pun tak berubah memang amatlah rugi hidupnya di dunia & akhirat. Ibadat taubat semata apa gunanya jika kita tidak memelihara diri dari banyak melakukan dosa besar. Maksiat sentiasa.

2 ulasan:

anyss berkata...

Assalamualaikum,
abang...saya tak menentang poligami (asalkan tak berlaku pada saya). Saya juga hanya cari lelaki yang baik dan tak kesah harta bendanya (tapi mungkin mak bapak saya kesah). Namun, saya sangat kesah dengan golongan yang suka berskandel tanpa ada niat untuk menghalalkan hubungan tersebut. Kalau niatnya iklas untuk poligami umpamanya, tak perlulah terhendap2 keluar, berjumpa atau dating waktu tengah malam buta (jam 2 pagi baru nak keluar dating? dan baliknya subuh? qiamulail ke?) hampir setiap malam, masihkah cara itu dilihat normal?

Maaf, mungkin saya ni orang kampung yang kolot...tapi cara sebegitu (keluar terhendap2 dalam gelap supaya orang tak tahu) pada waktu yang sebegitu pula, sedangkan kita tahu si lelaki itu suami orang...adakah salah hati kita yang terlebih syak?

iDAN berkata...

Walaikum salam wr. wb.
Poligama itu tidak salah tidak berdosa pun memang dibenarkan agama. Tapi cara yang betul, cara yang mampu, seadil nan mungkin. Kedua pihak kena sentiasa reda & mencari jalan bahagia tanpa melukakan madu kita pun hati anak-anak kita.

Membenci kemaksiatan itu adalah tanda keimanan kita; jika kita mampu mencegahnya memang itu terbaik. Namun dalam zaman terlampau terbiar ini kita jadi lemas; lagi kita tegur lagi menjadi. Lagi kita tegah ianya akan kita temui. Malahan mencabar kita. Akhir zaman yang amat sukar kita membendung masalah ini.

Yang penting kita jauhilah perkara ini; mereka telah dirasuk syaitan mana mungkin sedar diri kecuali telah terkena balasan di dunia ini.

Jika tahu siapakah pasangan lelaki tersebut atau saudara mara perempuan tersebut ada baiknya kita mengadu; itu salah satu cara terbaik. Agar orang yg dekat dapat menasihati mereka. Sebelum kena tangkap dan mendapat aib kita cuba selamatkan mereka sebab kita ini bersaudara. Selebihnya kita berdoa sahaja agar mereka mendapat pertunjuk & jangan ianya berlaku di kalangan waris kita.