iDAN

25 Februari 2012

Mengidam makan Belut


Sekitar Kajang ni siapa tahu ada tak gerai/restoran masak resipi belut; tak kiralah goreng ke, gulai ke, kuah laksa ke. Tengah mengidam ni, nak beli belut mentah siapa nak masak? Orang rumah tenguk pun geli!... kut kita masak goreng saja pandai!. Mana sedapnya.

Penyair Idanradzi:

Ramai kata belut bagus untuk peredaran darah; kalau kita siang sendiri memang darah belut ini agak banyak & ngeri juga nak potong-potong badannya terasa macam potong ular eh. Bedanya belut tak bersisik.

Izz Iezza: tengok camni...geli ahh...

Cahaya Hati: adehhh...kembang tekak ceq...kalau nk suruh makan huhuhu...

Penyair Idanradzi: Jangan bilang sup tu sup belut; dah makan kenyang-kenyang baru kasi tahu... macam mana Idah?.

Cahaya Hati: Kalau tak tau takpeee... dah selamat masuk perut nak buat macam mana dah hehe

Penyair Idanradzi: Cikgu kita Yan katanya suka makan sup belut ni jika balik ke Kelantan... ni yang tambah mengidam ni... mahu ngigau belut malam ni...

Penyair Idanradzi: Rasanya selalu ada belut di pasar malam SS Serdang; sini jarang nampak!.

2 ulasan:

Asmara berkata...

Unagi/belut bakar kat sini mmg sedap sgt! Tp ikut musim dia keluar. Harga mmg mahal, kalau nk makan jgn tengok masa hidup. Makan bila dah siap masak dan hidang depan mata. Hehe..

iDAN berkata...

Saya sering memancing di kawan ladang UPM & memang selalu dapat memancing belut ini.

Saya siang sendiri & goreng. Memang sedap amat dagingnya.

Di Pasar Malam Sri Serdang (SS) Serdang sering ditemui belut di tempat penjaja jual ikan darat; tapi tak ramai yang beli. Tak pasti apakah penjaja tersebut boleh tolong siangkan. Saya nak beli pun rasa segan sebab pasti ramai yang menjeling. Saya ni orang jenis apa makan segala.

Belut memang halal apa salahnya jika aku mengidam nak makan belut.