Teringat Komputer Riba (laptop) Afiz hilang dicuri rakan serumah sewanya; apa Islamnya kita ini. Masa itu aku mengadu pada cikgu di Poli Shah Alam; mungkin perlu diadakan seminar atau kem motivasi kesedaran pelajar. Mencuri itu hukumnya potong tangan; dari sekitar sepuluh orang cikgu di Poli Shah Alam tu aku e-mel hanya seorang cikgu perempuan yang kasi respon. Yang menyatakan simpati. Yang lain mungkin baca tapi tak ambil peduli silap-silap mencemek mulut telah menganggap perkara ini remeh atau lumrah. Mereka tak rasa bagaimana sedih keluarga Mudah Miskin bila anak-anak belajar dengan pelajar jahat begitu; Laptop tu tak habis buang balut plastiknya lagi. Ghaib. Duit pencenku, duit ibunya Afiz dan juga titik peluh Afiz kerja siang malam untuk beli laptop itu. RM2,000 lebih kami beli.
Kini timbul pula masalah si Anif; dengan jam tangannya kena curi, biskut, maggi berkunci pun kena kopak. Alahai apa nak jadi pelajar yang pandai ini jadi panjang tangan. Bagai tak percaya moral mereka ini dilabel mana kini.
Cikgu pun satu hal: Apa hak cikgu nak halang ibu ayah bawa anak pulang setiap dua minggu. Angin rasanya seluruh badan. Mengikut khabar angin dari Anif minggu ini dia tak boleh balik kampung. (Anif yang silap mendapat maklumat kut)
Kini timbul pula masalah si Anif; dengan jam tangannya kena curi, biskut, maggi berkunci pun kena kopak. Alahai apa nak jadi pelajar yang pandai ini jadi panjang tangan. Bagai tak percaya moral mereka ini dilabel mana kini.
Cikgu pun satu hal: Apa hak cikgu nak halang ibu ayah bawa anak pulang setiap dua minggu. Angin rasanya seluruh badan. Mengikut khabar angin dari Anif minggu ini dia tak boleh balik kampung. (Anif yang silap mendapat maklumat kut)
Liza: kenapa paksu... ada org panjang tangankah kat sekolah Anif tu..
Aziq di PLKN dulu pun tak stres sebegini... kamonlah jangan ganggu ketenteraman pelajar nak sekolah; pencuri berkeliaran cikgu yang garang tak bertempat, disiplin yang ketat tak menentu bukan cara terbaik nak mendidik anak-anak remaja kita kini. Perlu berhemah
Mana janji cikgu kepada ibu bapa; nak tulis ayat sebaris di URL sekolah: sebaris ayat tak sesukar mana. Jadual melawat tak menentu; jadual balik rumah pun asyik berubah. Ish.
Elok diuar-uarkan di URL sekolah jika ianya berubah)
Liza, Anif tengah stres; jam tangan dicuri rakan. Maggi pun pantang lepa kena kebas; gerobok asyik kena pecah; (ayat berulang) cikgu pula nak beremus (jamboi) sikit pun tak boleh mana panjang rambut Anif tu; Paksu dah e-mel pada cikgu agar uar-uarkanlah di URL sekolah waktu melawat; ni kejap Sabtu kejap Ahad patutnya dua minggu sekali kasilah anak-anak kita balik ke rumah: kita pun payah nak buat jadual hidup eh.
Anif dah memberontak nak patah balik sekolah asalnya & nak manja tinggal di rumah semula. Mahunya emak ayah tak stres: dah e-mel cikgu masalah ini dua hari sudah. Mereka tak pun jawab e-mel paksu, mungkinkah ada ayat yang menyinggung hati cikgu tu.
Liza: dia tak serasilah tu..duduk asrama ni memang banyak dugaan.. paksu nak buat macam mana tu.. nak ambil balikkah?
Tenguk keadaanlah sebab masalah tak akan selesai jika kita tak cara jalan terbaik/cari jalan penyelesaian. Jika si Anif ni boleh bertahan dengan kerenah rakannya dan dapat belajar sempurna. Kekalkan di sana tapi kena ada kerjasama cikgu yang mengawas pelajar nakal ini. Jika dibiarkan terusan berlaku bagaimana suasana pembelajaran akan tenteram jika jiwa pelajar tak aman.
Miskin amat ke segelintir anak-anak di STTJ tu sampai Maggi pun nak kebas orang punya sian bukan Anif sorang; Rakan yag lain pun kena kebas. (atau sengaja nakal) Bayangkan bila balik bercuti tenguk gerobok dah dibuka tak ada kesan pecah macam ada kunci induk (master key) baik biskut atau Maggi pasti hilang; duit jangan lepalah. Paksu pun angin kalau dah asrama macam tu.
Datang sekolah nak belajar atau mencuri?.
Di situlah tugasan seorang pendidik mahu kaunseling pelajar yang rosak moral ini. Terutama di zaman remaja yang penuh cabaran. Jika ibu ayah pun asyik gagal mendidik anak-anak inilah masanya cikgu kena memberi jasa bakti mereka.
Apa peranan cikgu menangani masalah ini; macam SM Teknik Gombak; memang ada kes kecurian tapi cepat dapat dikesan; pasanglah perangkap. Ini diceritera oleh Aziq ketika tinggal di sana.
Liza: Mujurlah anak liza tak jadi lagi kes camtu... kalau ya nak pun minta la kan..ishh
Paksu dah kasi nombor telefon rumah nombor maksu kalau ada masalah Anif tu. Cikgunya senyap saja; nak telefon cikgu takut paksu tak boleh kawal diri; kadang-kadang cikgu ni macam kita juga takkan terima apa kita cadangkan. Jika kita nak sesuatu penyelesaian memang bak nak menarik benang di tepung. Pasti mereka ada jawapan dan cara sendiri.
Siapa tak risau anak tiba-tiba gelisah nak kembali sekolah di rumah puncanya asrama yang tak sesuai penuh penyagak, cikgu pula ada yang yang garang tak tentu tempat.
(Aku pernah berbual dengan pelajar yang senior masalah kecurian wang memang telah lama ujud)
Liza: Anak-anak jadi streslah habis mak ayah pun stress haishh... sabar paksu cuba cari jalan penyelesaian.
Bab rambut memang semua sekolah ada peraturannya; Sekolah tentera sesuailah nak gondolkan rambut (gunting Nombor 1) ni setakad nak beremus (berjamboi) sikit pun tak boleh; paksu faham jiwa anak-anak remaja. Bukan ganggu pun rambut tu; lain macam rambut paksu sekarang ni; ketak-ketak panjang serabai: memang panjang sebab paksu kan ...Penyair; angin Penyair ni lain sikit, kadang-kadang malas nak mengadap mamak tukang gunting rambut kalau macam rambut paksu ni bolehlah cikgu tu nak komplen.
Liza Apakah tak baca kitab atau tak terjumpa: Rasulullah pun rambutnya panjang eh kadang-kadang sampai bahu... bukan gondol macam Mawi tu. (Nanti ada yang kata Rasulullah tak pernah masuk asrama)
Liza: haha..paksu ni dalam marah pn boleh melawak. ate mana nak buatnya..dah cikgu nak camtu gak..
Dah paksu pun benking orangnya Liza jumpa cikgu macam tu memang ada yg kena tarik rambut nanti; paksu nampak mesti cikgu ada jawapan... ingat cikgu zaman ni semua okey ke; ada yang tak benar-benar komitmen sebagai tenaga pengajar. Ada tapi mungkin tak ramai.
Patutnya selesaikan masalah kecurian tu.. jangan biarkan berlarutan; hak pelajar nak jumpa emak apak kenapa nak disekat; kita hantar anak belajar bukan nak masuk PLKN atau Pemadam kena pandai bedakan tuntutan jiwa remaja pelajar tu.
2 minggu di asrama kemudian kasi mereka pulang kalau disekat dah jadi 3 minggu dah jadi lama bangat mereka tak merapati keluarga.
Bab rambut tadi; gondo; bagai Mawi; bagi paksu Mawi tetap salah; lupa diri bila dah senang tapi ada cikgu yang baik macam rakan saya orang kampung saya Mahyan Mohd Hassim... yang jahat mmg tak ramai pun; bak nila setitik sahaja.
Paksu tak reti nak marah pun tapi asyik terjaga malam risaukan anak tu... yg cikgu pun janji macam-macam satu pun tak buat... bila kita hantar e-mel: senyap... silap-silap mereka pakat-pakat sorok e-mel paksu tu takut pengetua tahu... budak remaja jarang berbohong apa keresahan mereka... hujung e-mel ada nota kecil paksu nak alamat e-mel Pengetua..
Bayangkan P. Pamlee rambut macam Mawi masa mudanya hensem ke?... paksu pun masa muda ada remus.
Mahyan:
x sempat nak baca apa kisah sebenonyer yg berlaku ni, yeop xpuas hati sbb rambut kn potong mcm mawi ker atau sbb kes barang hilang?.. kekadang dlm kes rambut ni mmg xblh tolak ansur, sbb dlm buku peraturan disiplin sek dah ditetapkan style rambut yg sewajarnya utk budak sek. Jd jika ada pelajar yg style rambutnya agak lain dr buku peraturan itu dikira melanggar peraturan ler, bg amaran dulu ler.. klu masih buat lg br le ambil tindakan..
Mana ada rambut Anif panjang amat bukan berkalar pun masa di sekolah sini mmg itu fesyen dia.. okey saja; yg boleh gunting hanya amoi kajang saja; hari tu terpaksa bawa kajang kejap hantar balik seremban.. tak ada panjang mana pun Yan... saja cikgu tu mengada-ngada dia sah gila mawai kut... kalau boleh semua pelajar gondol macam mawi...
Yang yeop marah jam kena kebas ; bila balik kampung ada yang hebat buka kunci... maggi pun boleh hilang... dah tu jadual balik kampung asyik berubah; waktu melawat tak menentu; kejap Sabtu kejap Ahad; nak kontak mana boleh pakai telefon bimbit. (hp benda terlarang di asrama)
Hari tu anak kata ambik sebelum sembahyang jumaat sampai sana jaga tak kasi masuk bila yeop intai (dari seberang pagar seberang sungai) ramai emak ayah masuk sebelum sembahyang jumaat; mmg panas hati sebab masa tu dah bawa Azim; dia sekolah petang takkan monteng; lepas jumaat mana sempat nak hantar Azim ke sekolah petang di sini.
Bab janji ini memang kita orang Melayu terkebelakang Yan; selalu kita puji kaum Cina; sebut India kita pasti kata sering auta. Tapi India di Jenaris tidak pernag berlaku kepada Afiz masa anjing gigit Afiz. Yeop bawa batu bata nak kasi bunuh anjing lawa dia. Selang beberapa hari India Jenaris tak bela anjing lagi. India pun dah pandai bermasyarakat jangan kaitkan mereka dengan auta lagi.
Dalam bab janji Yan okey kan
Macam nak angkat barang apa salahnya ikut belakang dekat asrama bukan yeop bawa gila-gila kat sekolah baby merangkak pun laju; tak boleh! suka terukkan budak2 tu tarik barang angkat baju dari asrama ke depan sekolah... selalunya okey saja; angin betul cikgu ni;
Minggu baru ni kena halang ambik anak kat belakang sekolah...beg barang dah masuk kereta anak nak bawa barang lagi terpaksa jinjang baju kat sangkut baju sampai depan sekolah dah jaga halang ibu bapa; semua ibu bapa pening. Bukannya belakang tu sempit gajah pun boleh main bola kat belakang tu... (sebelah asrama) jalan pun ada dua arah... kalau takut sesak buatlah jalan sehala. malas nak komen Yan mmg angin nanti jadinya...
Mahyan: ooo itu yang hangin tu yer, anak saya dulu bkn cikgu yang suruh potong macam Mawi tapi senior paksa semua junior blok B kena potong nombor 1. Geram juga tapi ikut kan juga ler , kalau x ikut nnt anak kita yang dpt bahana degil kita. Tapi yang sy pernah repot kat warden tu pasai penghulu blok minta semua junior tiap kali balik kg mesti bw persembahan utk dia harga brg bawah RM5. Macam yeop kata tu ler miskin sangat ker sampai nak meminta2 (bkn mintapun tp paksa rela). Kalau pasai brg hilang, anak saya berapa kali hilang stokin. Tulah risiko nya yang kan kita hadapi klu anak dok asrama. Bukan semua budak baik mcm anak kita yeop..
Memang masa yeop duduk asrama dulu pun tak habis dgn masalah; kaki samseng, dadah, bawa perempuan balik, Yan bayangkan zaman remaja tak datang selalu; sbb masa tu ada juga yg tingkatan 6. Sebab itu yeop mmg tak suka anak2 duduk asrama kecuali di menara gading; isunya di rumah payah nak belajar, pengaruh kawan pun teruk amat. Kita berharapkan asrama tu okey.
Kita takut Yan kes baru umur sekitar 15 tahun dah pandai mencuri, budak cerdik pula tu; jika tak dimotivasi/disedarkan maka bagaimana nanti dah besar nak jadi pemimpin; jadi orang pandai akan lebih ligat. Tetap rosak moralnya. Yeop ingat masa yeop kerja org atasan boleh bela penyagak/kaki rasuah...bila rasuah anak buahnya yeop dedahkan; suka ambil duit melalui sebut harga; yeop beli benda yg sama dapat harga RM200 dia beli RM300 sebab mmg yeop tahu dia akan ambil RM100 dari pembekal; kita yang dedahkan korupsi ini kita yang dibenci malahan dihalau terus dari jabatan tersebut oleh bos (satu jabatan). Nampaknya jika dari sekolah lagi kita biarkan masalah moral ini; jangan mimpi dah besar nanti akan berubah.
Hak pelajar nak jumpa emak apak janganlah disekat; kena pandai bedakan koko sekolah pun hak ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2 minggu di asrama itu rasanya munasabah; kemudian kasi mereka pulang kalau disekat dah jadi 3 minggu mereka berjarak dengan keluarga. Rasanya ini kurang baik bagi remaja; Lain di menara gading.
Cikgu tu mungkin anak ramai kut Liza... rungsing anak di rumah; paksu anak sikit mmg tak suka berjauhan dengan anak; kalau dah 2 minggu tak nak balik itu biarlah macam aziq kadang-kadang sebulan lebih tak balik
Pernah dia di SM Ternik Gombak tu lebih dua bulan tak balik sbb nak belajar periksa dekat; tak kisah kami datang lawat dia
Agaknya cikgu tu giler dengan Mawi kut; nak rambut pelajar semua macam Mawi; ingat semua orang minat Mawi ke; paksu lama gam Mawi sebab nak perempuan lawa tinggalkan tunang. Bila jadi jutawan; buatlah cerita bukan-bukan fasal Ina Naim tunangnya tu; memang jodoh bukan hak kita tapi memang tak suka sikap Mawi ni; kalau Anif potong rambut macam Mawi mahu paksu tak mahu cakap dengan Anif tu. (Maksu peminat tegar Mawi)
Haza Z : cikgu jugak yg salah...maaf (mencelah)
Semua salah. Budak nakal pun salah, cikgu pun salah, Anif pun tak kuat hati tak cekal... buat endah tak endah sajalah; Aziq abgnya pun dulu masalahnya sama. (Sebab itu dalam agama jika mahu lantik ketua kena lelaki lain pertimbangan, lain tindakannya. Cikgu pula boleh dikatakan 80% sekarang ni wanita, Haza saya tahu seorang cikgu; bayangkan seorang cikgu wanita mahu membentuk anak lelaki remaja yang bermasalah; mencuri dan moralnya rosak pula tu. Bagaimana?) Memang bukan satu cabaran yang mudah. Cer panggil rakan saya di Asrama Putra. Bagaimana asrama boleh runtuhkan masa depan anak-anak kita jika tidak dikawal rapi.
Masalah rambut Anif tu tak panjang amat bukan berkalar, pun tak trojan. Masa di sekolah sini memang itu fesyen dia. Okey saja; yang boleh gunting rambutnya pula hanya Amoi Kajang saja; hari tu terpaksa bawa ke Kajang kejap & hantar balik Seremban. Memang tak ada panjang mana pun Yan sekadar perlu dikemaskan saja. Saja cikgu tu mengada-ngada: kut dia gila Mawi... kalau boleh semua pelajar gondol macam Mawi. (bergurau)
Kes rambut tu bagi yeop perkara remeh; tapi Yan pasti pernah terbaca sebab masalah rambut ini ada pelajar yang sanggup tukar sekolah. Itu yang yeop kata jiwa remaja anak kita ini sukar kita fahami. Yang yeop marah masalah kecurian; jika dah maggi pun kena kebas; jam Anis memang kena kebas ; bila balik kampung ada yang hebat buka kunci gerobok; apa saja pun boleh hilang.
Bagi yeop ada penyelesaian masalah ini cuma tulis sebaris ayat dalam URL lama web asrama tu. Bila ibu ayah boleh ambik minggu ni... dunia dah berubah; janji nak buat atau tidak. Terutama jika jadual berubah.
Memang masa yeop duduk asrama dulu pun tak habis dgn masalah; kaki samseng, dadah, bawa perempuan balik, Yan bayangkan zaman remaja tak datang selalu; sebab masa tu ada juga yg tingkatan 6. Sebab itu yeop memang tak suka anak-anak duduk asrama kecuali mereka dah dewasa dan belajar di menara gading; isunya di rumah payah nak belajar, pengaruh kawan pun teruk amat. Kita berharapkan asrama tu okey. Ada jadual ada disiplinnya. Tanpa jadual pun disiplin diri memang payah nak bentuk moral anak kita
Yan Ada cikgu malahan pensyarah yang kasi masalah pada pelajar itu mmg ujud sebab yeop bergaul lama dengan pensyarah; sampaikan dah ada Prof pun kena tuduh merogol siap datang Van Forensik ke fakulti yeop.
Isunya fakulti terlampau berprotokol takut kena samanlah hormatkan anak buahlah; nak jaga nama sangkutlah. Dalam paper telah terdedah siap kata ada toto (tilam nipis dlm bilik) tapi bila nak siasat tak berani buka sbb Prof tu tak ada masih di luar negara; habis tu bilik balik berita dah tersebar dah tentulah Prof tu buang segala bukti. Lepas tu tukar U jadi org besar2 di tempat lain.
Tanyalah kat semua penjawat awam dalam masalah pembelian; semua akan kata "Tak kisah iDAN itu namanya pemberian; kita yg usaha cari barang apa salahnya jika pembekal nak kasi kita hadiah!" malas nak komen
Agar masalah Anif ini dapat diselesaikan.
"pada 29hb Mac 2012 pukul 8.34 pagi"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan