iDAN

23 Mac 2012

Petik Buah Epal


Betul tu adindaku; tapi di negara maju jarak ekonomi yang miskin dan kaya tidak seteruk kita di Malaysia; gaji atau pencen memang tak sama golongan atasan & marhaen tetapi kebajikan kena sama rata; sebab itu negara maju kenderaan tak semahal kita; pengangkutan awam kena diperkemaskan. Itu asas pembangunan. Susu percuma untuk bayi; kos perubatan tak semahal kita; di Jepun pencuci/buruh mereka hidup selesa & bergumbira bersama.

Di Jepun mana ada kasi kereta mewah rasmi kepada golongan elite ni untuk dibawa balik; abg kerja dengan mereka memang perasan; kereta rasmi tinggal di pejabat; baik KJ atau Dekan atau pencuci semua naik komuter berulang kerja. Urusan rasmi baru bawa kereta yang parkir di jabatan/pejabat. Itu namanya kebajikan sama rata. Abg bebas naik komputer nak tidur baring hari kerja atau cuti sebab ada tiket laluan percuma. Bayangkan sekitar dari KL ke Melaka berulang alik; sekitar itulah semua bandar di sepanjang perjalanan bebas keluar masuk. Tak pening nak fikir tayar kapcai bocor macam semalam. Sudah naik RM10 weh oi.

Itu baru dikatakan menikmati hidup; bukan terpaksa buat pinjaman kapcai untuk berulang alik pergi kerja; bos besar siram air becak bila berselisih; kenderaan percuma tanggung segala gaji sudahlah besar gedabak; kita gaji kecik dibuat macam hamba...
Sepatutnya kebajikan sama rata gaji berbeda tak apa sebab memang itu hak mereka yang ada ijazah. Bila kita komen jawapan menyakitkan hati; kenapa tak belajar rajin-rajin ini rezeki masing-masing. Huh!. (Ada yg kena tembak nanti)

Ramai orang Asia lari dari Asia tinggal di luar negara, tinggal di negara maju atau barat terasa lebih aman & selesa. Australia terpaksa tutup pintu hadkan kemasukan PATI sebab memang selesa tinggal di sana. Katanya kampung orang kita Melayu ada di sana; pernah abg baca pengakuan mereka di Utusan; mereka orang biasa saja bukan golongan elite di sana. Tak mahu pulang ke negara kita. Bebanan ekonomi tak teruk di sana. Petik buah epal pun dah selesa hidupnya.

PATI kita
(Dari seberang pun Bangla) dapat hidup di sini sebab mata wang mereka rendah cer org Indon atau Bangla tu matanya wangnya sama dengan kita... sengsara juga mereka.

Tiada ulasan: