iDAN
24 Mac 2012
Jangan Hina Pesara.
Kita tak duduk dikancah kemiskinan maka kita sering pandang serong mereka yang miskin; paling jahat fikiran kita ini kita kata mereka ini malas berkerja. Kita tuduh mereka ini malas belajar.
Sebab mudah; kita tak jadi mereka, kita tak merasai kemiskinan mereka. Kita tak pun tahu bagaimana mereka jadi miskin tercampak di rumah setinggan atau nelayan di atas rumah rakit.
Cuma cer kita fikirkan kenapa Rasullah tu tak kaya; masa wafat pun baju besi perangnya digadaikan kepada Yahudi. Pelik kan?. Rasullah tak miskin tapi baginda sentiasa hidup sederhana. Kita yang tak hidup sederhana ini memandai tuduh saudara Islam kita yang miskin ini malas, harapkan bantuan kerajaan,tak berkerja keras.
Cubalah bercampur dengan ramai golongan susah ini; tenguk bagaimana sukarnya mereka menyara hidup. Rasanya memang kita tak akan mampu jadi mereka. Aku berharap sangat agar kita bersyukurlah dengan segala rahmat & rezeki yang kita miliki kini. Kalau hari ini kita duduk berkerja dalam penghawa dingin ingatlah mereka yang kerja di panas sana, di bengkel sana, di ladang sana yang sentiasa bermandi peluh untuk menyara keluarga.
Orang yang diuji dengan pelbagai kesusahan termasuk kemiskinan itu adalah hamba yang amat disayangi Allah SWT. Mereka bukan orang hina yang meminta-minta. (Ini pendapat aku)
Tanamkan di jiwa kita untuk membantu mereka; jika mereka staf kerajaan memang kerajaan yang perlu menolong; jika mereka kerja sendiri doakan kemurahan rezeki mereka, jika mereka kuli di swasta doakan agar majikan mereka tidak cekik darah mereka. Mereka saudara kita. Setiap kesenangan pun memewahan kita ada hak mereka yang susah lagi miskin. Sebab mereka juga pembayar cukai seperti kita. Gula manis yang kita beli itu ada cukai yang kita kutip dari peluh masin mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Ada kalangan rakan di FB ketika saya menyuarakan kesusahan rakan kita yang tua telah ke alam Warga Emas berkata; "org ini sengaja meminta-minta; org ini malas berkerja; org ini kerja kerajaan semua nak bantuan kerajaan"
Isunya jika memang BR1M itu hak mutlak warga emas kenapa pula kita nak pertikaikan; lagi pun warga emas yg sy suarakan bukan kalangan org senang; anak-anaknya pun masih susah hutang PTPTN pun pinjaman pembelajaran pun masih melambak... apa isunya mereka nak kata org ini pemalas atau meminta-minta.
Catat Ulasan