iDAN
13 April 2012
Dilema Anif 5
Teman; zaman dah berubah; di STTJ tu sepatutnya tempat pelajar keluarga susah diutamakan belajar di sana; ini bayangkan bila dengar saja boleh balik kampung; Aku pasti ramai pelajar yang seludup hp. Cepat sangat mereka beri maklumat kpd keluarga.
Keluarga begini mesti datang pakai heli atau banyak jet mewah landing kat sana. Tadi pun kereta perangku parkir sebelah merc; ayah pelajar jemput anak; plet pun dua angkat; tenguk sport rim pun lebih mahal dari harga kereta perangku. Orang begini apa dia kisah pada undang2 atau syarat keluar masuk asrama; silap2 STTJ tu pun dia boleh beli.
Komen FB;
Penyair Idanradzi: keluar datang macam naik jet mewah; top-top asrama boleh kosong Anif ketakutan sendirian.
Mahyan: Macam mana masalah telefon bimbit (hp) di sana?
Penyair Idanradzi: yeop nak latih anak tu ikut peraturan; bukan tak boleh beli hp murah untuk seludup ke asrama bagi yeop memang ada kesan tak baik hp pada pelajar; tapi yeop dah bekal seucang duit siling untuk berhubung; berhubung pun guna talian tetap rumah yeop. kalau nak maklumat cepat cukuplah kak mila/ibunya ada nombor hp untuk dihubungi.
Penyair Idanradzi: Gambar ini diambil di Padang Bola Sepak STTJ Seremban; padanlah cikgu sana tak layan semua e-mel yeop; janji bukan2 pada yeop angkuhnya cikgu sana sibuk layan orang yang sebegini anggun. (usikan; tak sahih lagi tak benar)
Mahyan: sayapun bekalkan duit syiling gak, sbb sy xbenarkan dia hubungi sy dgn hp.
Penyair Idanradzi : seeloknya begitu yan; latih dia betul-betul jangan leka dengan sms; yeop perasan di aziq mmg dia pelajar pintar tapi bab hp dia mmg tak boleh kawal diri; bukan dua tiga kali hp dia kena rampas di SMTG tu; tapi itu urusan dia dan kak mila; kak mila yg selalu merayu nak balik hp yang mahal2 dia belikan untuk aziq tu. Yeop tak mahu anif macam tu tapi jika mmg ini membahayakan anif macam kes siang tadi; takkan kita nak jebak si anif dengan gangguan hantu raya kat STTJ tu.
(Memang ada tak kena masalah jadual balik kampung di STTJ itu. Jika SMT Gombak telah menetapkan dua minggu sekali pelajar boleh balik kampung kenapa STTJ tak buat perkara yang sama. Seperti kes semalam; aku hanya ada kenderaan selesa ketika malam; siang digunapakai olah keluarku. Bayangkan jia tiada kereta perangku. Aapa akan jadi kepada Anif tinggal seorang diri dorm sana. Guru atau warden yang membuat peraturan ini kenalah jangan berdolak-dalik. Tak semua keluarga di sana dekat dengan asrama. Tak semua pelajar di sana boleh membawa diri dengan menaiki komuter atau kenderaan awam. Jika jadualnya memang tetap dan tidak berganjak pasti tak akan jadi masalah seperti semalam.
Masa aku sampai di STTJ bersama angah@Aziq telah senyap sepi asrama di sana. Di dorm Anif hanya tinggal berdua; seorang rakannya tengah tidur sebab akan melawat Pulau Pinang sekitar malam nanti. Anif tentunya gelisah sendirian. Aku faham zaman sekarang ni memang aneh; perogol lelaki pun ada eh; belum lagi gangguan makhluk halus atau puasa yang Anif kata sering menganggu dia di sana. Dia mengadu pokok besar sekitar asrama tu terlalu tua dan ada penunggunya. Mungkin telahan/firasat Anif itu betul. Atau memang dia nak takutkan ayahnya sebab hatinya telah tiada di STTJ lagi)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Assalamualaikum,
Pengalaman2 di asrama dan bagaimana kita menyelesaikan masalahnya itulah pelajaran yang tak diajar di sekolah. Biasanya pelajar yang tinggal di asrama akan lebih mandiri sebab mereka dah terlatih untuk menyelesaikan masalah sendiri lebih awal berbanding rakan-rakan lain yang tidak tinggal di asrama. Ilmu ni kita akan guna sepanjang hayat.
remaja seusia dia memang perlukan bimbingan dan tak selesa mulanya sebab keyakinan diri masih lagi tak kuat. Jadi, kita perlu bimbing dan jadi panduan kepadanya. lama-lama nanti, dia boleh berdepan dengan persekitaran dan kuat. InsyaAllah, lama2 sikit nanti dia akan boleh.
Semalam nampaknya Anif makin tabah & tenang. Agar dia mendapat kekuatan serta tak kisah apa jua yang melanda perasaannya. Lagi pun ayahnya akan sentiasa memantau & rapat dengan dia. Jika berlaku sebarang kejadian yang tak diingini tak jauh mana STTJ itu.
Doakanlah Anif kekal di sana. Biarpun hati ini makin kurang kepercayaan dgn sikap prihatin pihak sekolah. Agar Anif pandai bawa diri. Tak siapa boleh tolong kita selain diri sendiri
Catat Ulasan