25 Julai 2012

Corong Radio

 
 Corong radio sebenarnya banyak memberikan kenangan hidup bagi orang seusia aku. Zaman kanak-kanak hinggalah zaman remaja TV tak kuat pengaruhnya berbanding Radio.

2. Dulu pun tak banyak saluran; cuma ada beberapa saluran; bermula Radio Malaya, kemudian baru ada Rangkaian Nasional; Rangkaian; Hijau Biru Merah segala.

3. Yang bagusnya di zaman 80an bila sebut idanradzi ramai juga remaja yang kenal sebab rancangan popular seperti Kenangan sering mendapat perhatian pendengar sampaikan masuk akhbar memang popular. Aku galak juga hantar coretan ke sana.

4. Juruhebah pun dah macam artis; ramai DJ popular masa dulu telah pun bersara tapi rancangan popular mereka masih lekat dalam kenangan; selain Kenangan siapa tak ingat; Berbalas Pantun; Panggung Drama, Apa itu, Destinasi, Monshi-Monshi dan banyak lagi.

5. Tak sangka jodoh aku dengan Mila pun melalui radio. Mila salah seorang peminat coretanku. Kebetulan telah ditakdirkan sejak kecil lagi aku suka nama Jamilah. Hatta bila dalam ratusan surat yang aku terima ada nama Jamilah aku memang teruja membalasnya
 Liza Fawwaz, Safar Jariah, Tina Syawal dan 8 yang lain menyukainya.

Tiada ulasan: