Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

24 Julai 2012

MASALAH WITIR


Soalan :

Saya mempunyai kemuskilan tentang solat sunat Witir selepas mengerjakan sunat Tarawih, kemuskilan saya seperti berikut:

(1) Apakah solat sunat Witir penutup segala solat sunat? Maksud saya jika sudah di kerjakan sunat Witir dengan sendiri nya solat sunat yang lain tidak boleh lagi di tunaikan lagi.

(2) Pada bulan Ramadan ini di tempat saya kebiasaannya solat sunat witir di dirikan selepas selesai sunat Tarawih. Jadinya bagaimanakah kedudukan hal ini.

Jawapan :

1. HR Muslim dari Ibn 'Umar,"Jadikanlah witir penutup solat malammu." HR Abu Daud, Termidzi dan Nasa'iy dari Ali KW, " Nabi bersabda tiada dua witir pada satu malam." hadis hasan menurut Termudzi.

Mengikut pentarjeeh, antaranya Sayyid Sabiq, mereka yg biasa solat malam, lebih afdal di akhiri witrnya. Bagi yang tidak konsisten solat malamnya, baiklah dilakukan pada awal malam.

2. Bagi yang solat tarawikh pula, jika anda sering bangun malam selepas pulang dari masjid, maka lebih sunnah anda tidak berwitr di masjid. Bagi yg balik dari masjid dan tidur dan hanya akan bangun untuk sahur sahaja, maka lebih baiklah dia berwitr bersama imam.

Jika sudah berwitr di masjid, tiba-tiba teringin pula nak solat lagi di malamnya di rumah, boleh saja, asalkan tidak mengulangi witr spt mana hadis Ali KW di atas.

Fiqh Sunnah dan Fiqh alManhaji Allahu a'alam

DUA WITIR DALAM SATU MALAM

Soalan :

Bolehkah dilakukan solat sunat witir dua kali dalam satu malam?

Jawapan :

Terdapat beberapa hadis lain mengenai masalah ini, antaranya ialah:

Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang merasa tidak sanggup untuk bangun pada akhir malam, hendaklah dia berwitir pada permulaan malam, tetapi barangsiapa yang merasa sanggup untuk bangun pada akhir malam, hendaklah dia berwitir pada akhir malam. Kerana
sembahyang akhir malam itu dihadiri (oleh malaikat) dan itulah yang lebih afdhal. (HR Ahmad, Muslim, tarmizi & Ibnu Majah).


Dari Ummu Salmah r.a., katanya bahawa Nabi s.a.w. pernah mengerjakan dua rakaat (sembahyang sunat) selepas berwitir.
(HR al-Tarmizi)


Dari Thalq bin Ali r.a., katanya: Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Tiada witir dalam satu malam. (HR Ahmad, Abu Daud,
al-Tarmizi dan al-Nasa'i)


Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: Jadikanlah sembahyang witir sebagai akhir sembahyang kamu.
(HR al-Jamaah kecuali Ibnu Majah)


Berdasarkan hadis-hadis di atas, para ulamak berselisih pendapat dalam masalah mengerjakan witir dua kali dalam satu malam. Iaitu pada masalah orang yang tidur setelah berwitir pada awal malam, kemudian pada pertengahan atau akhir malam dia bangun untuk bertahajud.


1) Pendapat pertama: Apabila seseorang itu telah melakukan witir pada awal malam kemudian tidur, kemudian bangun semula
pada akhir malam, bolehlah dia mengerjakan sembahyang2 sunat (tahajud dsbnya). Setelah itu dia tidak perlu berwitir lagi. Cukuplah witir yang dia telah kerjakan sebelum tidur itu.

Inila]]h pendapat yang dipegang oleh sebahagian sahabat, tabi'in, Syufyan al-Thauri, Malik, Ibnu Mubarak, Ahmad, Syafi'i dll.

2) Pendapat kedua: Masalah yang sama… Ketika bangun dari tidurnya, hendaklah dia merosakkan witir yang telah dikerjakan sebelum tidur. Caranya: Selepas bangun, hendaklah dia mengerjakan satu rakaat sembahyang dengan tujuan untuk menghilangkan kewitiran yang lalu atau untuk menggenapkan witir yang lalu.

Selepas itu, barulah dia mengerjakan sembahyang malam (tahajud dsbnya.), dan akhir sekali di tutup dengan  mengerjakan sembahyang witir.
[
Pendapat ini dipegang oleh sebahagian sahabat dan tabi'in. Masalah ini telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh para ulamak feqh. Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.

Sekian. Wallahu a'lam.

Rujukan:
Feqhus Sunnah

Nailul Authar
LIHAT ANAK BULAN

Soalan :

Saya difahamkan kalendar Islam merupakan kalendar yang terbaik & paling tepat berbanding dengan kalendar² yang lain. Walau bagaimanapun seseorang telah mengemukakan soalan kepada saya berkenaan kalendar Islam. Mengapa kita (umat Islam) masih melihat anak bulan untuk menentukan tarikh sebenar mula berpuasa & Hari Raya Aidil Fitri padahal kita boleh menentukannya dengan membuat perhitungan secara biasa?

Jawapan :

Majoriti fuqaha' dan aliran Salafiyyah menentang di atas dasar melihat anak bulan itu adalah sunnah Nabi saw yg thabit secara qat'iy dan mutawatir. Manakala ilmu falak tidak wujud di zaman itu dan kalau adapun ia dianggap ajaran sihir dan ramalan bintang. Segala cara lain adalah bid'ah dan bid'ah adalah tertolak.

Pentarjeeh melihat kepada illat (sebab) kenapa Nabi suruh lihat anak bulan itu. Tidak lain tidak bukan untuk menentukan umat Islam hanya berpuasa pada satu Ramadan dan raya pada satu Syawal. Cara yg paling praktikal di zaman itu sudah tentulah dgn melihat dgn mata kasar. Jika ada cara yg lebih mudah dan lebih pasti, sudah tentu Nabi akan menyuruhnya termasuklah ilmu falak syar'iy.

 TARAWIH SEBELUM ISYA’

Soalan :

Jika saya bermusafir pada bulan Ramadan dan mengerjakan solat Isya' jama' taqdim dengam Maghrib, bolehkah saya terus mengerjakan solat tarawih selepas solat Isya' ataupun mesti tunggu sehingga masuk waktu Isya'?


Jawapan :

Solat tarawikh itu dikerjakan selepas Isya'. Tidak boleh diubah lagi
waktunya kerana kita telah menerimanya dari Nabi saw dan begitulah ia dilakukan turun-temurun. Maka anda kenalah tunggu masuknya waktu Isya'. Fiqh Sunnah
 


PERBEZAAN PENDAPAT DALAM TARAWIH

Soalan :

Bolehkah saya tahu, apakah perbezaan2 pndpt dlm mengerjakan solat terawih. contohnya, dari segi rakaat, selawat antara solat, doa dsb. terima kasih.

Jawapan :

Perbezaan pendapat ini dinamakan khilafiah. Ia terjadi kerana fuqaha' berselisih mengenai nas-nas yg thabit dalam sesuatu perkara, misalnya solat sunat tarawikh.

Ijma' fuqaha' menetapkan solat pada malam-malam bulan Ramadan selepas Isya' itu dinamakan solat tarawikh atau qiyyam lailatu Ramadan. Mereka berselisih dari segi bilangan raka'atnya. Jumhur menetapkan 20 raka'at, manakalah ahli hadis menetapkan 11, Maliki pula: 36. Pendapat yg rajih ialah Nabi saw tidak menetapkan bilangan raka'at, boleh sahaja dilakukan berapa yg disukai asalkan ia dilakukan dgn kadar qiyam yg menasabah (tidak terlalu cepat atau terlalu lama).(Prof Hasbi Siddiqui, Kitab asSolat)

Zikir-zikir, selawat dan do'a yg dibaca selepas setiap beberapa raka'at itu tidak ada sandaran baik dari asSunnah atau khulafa' arrasyisidin atau salaf dan tabi'ien. Mengikut Tuan Guru MB Kelantan ia dicipta atas alasan mengalih konsentrasi kanak-kanak supaya tidak berbuat bising. Allahu a'alam.


ARAH KIBLAT

Soalan :

Apakah arah kiblat yang benar benar tepat ke arah kaabah dari Malaysia ini?

Jawapan :

Menurut anNawawi (alMajmu' 3/190); Imam Syun'any, Subulus Salam 1/182 disepakati fuqaha' maksud menghadap ke Ka'bah itu bukanlah dikehendaki tepat menghadap pada zatnya bagi yg berjauhan dari Mekkah, tapi yg disuruh ialah menghadap kepada arah ka'abah sahaja, maksudnya tidaklah diwajibkan 100% accuracy (tepat). Berkata lagi anNawawi, bagi menentukan kiblat hendaklah ditentukan dgn alat dan mereka yg ahli dalam bidang itu.

Tiada ulasan: