Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

23 Julai 2012

Hukum Mencampuradukkan Mazhab


Soalan:

Boleh tak kita mencampuradukkan keempat empat mazhab, dalam lain perkataan kita mengikuti kesemua mazhab demi untuk keselesaan dan kemudahan. Rasullah ada bersabda yang menyuruh sahabat mengambil hukum yang termudah.

Contohnya: Adalah batal wudhuk jika bersentuhan tangan laki dan perempuan dalam mazhab Shafi'e tetapi Mazhab Hanafi (tak salah saya) hanya batal sekiranya bersentuhan dengan nafsu?
Azizan, Melaka

Jawapan:

Dalam memahami suruhan Allah SWT, masyarakat terbahagi kepada 4 golongan iaitu mujtahid mutlak, mujtahid mazhab, mujtahid fatwa dan muqallid. 3 kelompok pertama tadi ialah mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas dan dapat menyelesaikan masalah agama dengan pemahaman tentang nas-nas Al-Quran dan hadis.

Mereka dibenarkan mengeluarkan fatwa dan mengikut pendapat yang lebih kukuh dalam kehidupan seharian. Adapun golongan keempat, mereka hanyalah orang awam yang mengetahui asas-asas penting tentang ajaran islam. Mereka diwajibkan meminta fatwa dari kelompok mujtahid jika berlaku masalah ketika mengerjakan suruhan Allah, jika tidak mereka boleh berpegang kepada salah satu dari mazhab yang masyhur (orang yang berjaya membentuk satu-satu mazhab hanyalah mujtahid mutlak seperti imam Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali).

Mengikut pendapat ulamak-ulamak yang masyhur, golongan muqallid tidak boleh mencampuradukkan mazhab-mazhab (atau dipanggil talfiq) mengikut kehendak mereka demi untuk keselesaan dan kemudahan selagi mereka tidak boleh membezakan bagaimana kaedah pengambilan hukum dibuat oleh setiap mujtahid mutlak serta memahami dalil-dalil yang digunakan.

Kecuali dalam keadaan tertentu seperti darurat dan sebagainya. Contohnya seperti bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan bukan muhrim, akan membatalkan wuduk mereka mengikut imam Shafie. Bagi pengikut-pengikut yang berpegang kepada Shafie hendaklah beramal dengan fatwanya kecuali jika dalam keadaan terdesak seperti ketika bertawaf di Kaabah, pada masa ini mereka boleh talfiq kepada mazhab lain seperti mazhab Hanafi yang mengatakan wuduk tidak batal.

Tiada ulasan: