Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

06 Julai 2012

Membina Persahabatan Yang Sejati

Dari blog : http://shahlosong.blogspot.com/

Bismillahirahmanirahiim...
Assalamualaikum wbt...

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat:


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama: pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima: sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk  memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia. Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Renung-renungkanlah. Semoga anda mendapat sahabat yang sejati.... Wassalam.

2 ulasan:

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Ada lagi ke sahabat sejati zaman sekarang ni?

Usah terlalu mengharapkan orang lain lebih dari keupayaan yang mampu dia berikan ----> sekadar belajar dari pengalaman

iDAN berkata...

Sy masih berharap terutama kepada rakan yang telah kita kenal lebih dari separuh usia kita;

Rakan kerja nampaknya Anyss jangan harap sangat tapi masih ada beberapa seorang yang sy anggap boleh jadi sahabat sejati.

Ada yang boleh kita harap tapi selalunya pasangannya jadi penghalang; sampaikan bila kita keluarga berdua pasangannya akan telefon berkali-kali.

Masalah zaman kini suami isteri pun tak boleh rapat sebaik sahabat sejati; ini memang masalah besar Anyss.

Cumanya kita kembali ke sejarah asal atau tamadun manusia; Hang Tuah mungkin dongeng tapi bagi sy Hang Jebat mmg ada ciri-ciri sahabat sejati. Dia sayangkan Hang Tuah yang buat dia derhaka kepada Sultan; jika memang dia tak ada rasa ukhuwah persahabatan baik dia bercanda ke arah lain.

Isu terakhir kenapa Anyss tak mahu mencuba jadi sahabat sejati sy. Cumanya sedari awal sy nyatakan sy tak ada apa... boroi lagi.