01 Ogos 2012

Resipi Gulai Tempoyak

Gulai Tempoyak Tulen Perak 6.00
Kiriman: aida hamid
Sumber: Turun-temurun
Hits: 440 Rating: 6.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan(ikut suka ikan jenis apa)
3 sudu tempoyak
4 biji cili merah - tumbuk
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai - dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup pun boleh)
10 biji cili padi - tumbuk
1 biji timun cina(timun biasa pun boleh)-potong 4
garam & gula secukup rasa
Cara:
Semua bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan masukkan air serta serbuk kunyit. Biar mendidih masukkan timun serta ikan.Tunggu sebentar biarkan ia mendidih.Kemudian boleh dihidangkan.
Tambahan:
Sekiranya guna kunyit hidup perlu ditumbuk dgn semua bahan2 yg lain.

iDAN : Mengikut kata Chef tersohor tanpa bawang ianya lagi SEDAP.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang betoi kalu ikut resepi mak teman tak payah campur bawang...

Panjang SMI

Tanpa Nama berkata...

betoi x perlu campur bawang..itu ape yg diajor oleh mak saya

Panjang SMI 77

iDAN berkata...

Entahlah Joe sepanjang Mila cuba buat gulai tempoyak tak pernah jadi... sampai dia naik malas nak cuba lagi... kena cari orang peraklah jika nak rasa gulai tempoyak yang sedap... rasanya orang pahang pun hebat buat tempoyak ni...