iDAN

05 September 2012

Aziq Kini di UTM Skudai Siri 4

Dalam bualan Mila dengan nyonya di telefon bimbitnya aku dengar dia kata CarreFour. Bagiku jika kita mencari sesuatu arah mercu tanda lebih penting berbanding nama jalan. Lagi bagus jika mercu tanda itu bangunan tinggi nampak dari jauh. CarreFour selalunya pasti banyak arah tunjuk; akan terdapat banyak papan tanda untuk menuju ke kompleks membeli belah CarreFour.

2. Dari sebelah kiri jalan amat payah kita nampak papan tanda jalan sebelah kanan di Skudai ini. Maknanya jika peta google melabelkan nama jalan sebelah kanan; memang kita kena buat pusingan U untuk ke seberang jalan. Dari petrol pam Petronas memang agak jauh nak kembali ke seberang kanan. Hatta jalan hairan jika jauhnya 5 km akan berganda menjadi10 km; semata-mata mahu bertanya.

3. Aku terlepas simpang ke Taman Sutera & CarreFour, terpaksa buat pusingan U melepasi Sungai Skudai yang aku lihat kaku & keruh. Di Malaysia kita amat jarang jadikan sungai tempat perlancongan; atau dijadikan rumah rakit. Jauh sekali mahu letak bot mewah bersantai di sungai bagai di Eropah sana. Di Kajang pernah ada ura-ura nak majukan Sungai Langat yang merentas bandaraya. Huh satu yang mustahil sebab bila hujan segala air akan masuk ke sungai. Sistem perparitan atau perbentungan kita amat nazak; selagi ada kotoran pun kubahan mahu dialirkan ke sungai. Tanpa rawatan.

4. Sampailah aku ke CarreFour yang peta google tak pun labelkan. Aku sebenarnya seorang yang rajin memberi maklumat ke wikimapia tetapi ada kumpulan Datuk KJ telah sabotaj aku untuk menanda sebarang lokasi. Gaduh besar dengan rakan Datuk KJ ini yang ramai seantero dunia. Dari Rusia, India, Bangla semua seteru aku. Sampai aku tak lagi mahu klik wikimapia. Maka itu sampai Masjid Kajang pun orang tak boleh cari di peta google; aku label saja habis kena padam. Dari wikimapia baru admin google akan ambil maklumat. Ini Datuk KJ aku kira seorang yang pelik giler nama &  giler glamour aku sendiri tak pasti Datuk KJ di wikimapia ini siapa.

5. Jauh juga dari lebuh raya. Taman Nusa Bestari terletaknya hotel yang kami sewa, bandar cina amat sedikit orang Melayu sekitar hotel. Kami sewa dua bilik. Hanya sekitar RM200 lebih. Tapi amat mengejutkan, bilik atas amat besar boleh muat berenam. Mengadap jalan & santai. Satu lagi bilik di aras bawah bagaikan gua tiada tingkap atau pun kipas sedutan udara. Tapi nyaman & sejuk amat.


6. Anif & Mila macam tak setuju sebab bilik di atas amat besar gedabak. Sayang duit sebab terpaksa bayang lebih. Bawah dua katang bujang RM85 ada tv penghawa dingin meja ruang bilik air yang luas. Aku & Mila naik ke tingkat dua melihat bilik keluarga anak-anak yang memang luas; ada satu katil kelamin dua katil bujang mengadap tingkap TV dan penghawa dingin kipas. Agak panas sebab satu penghawa dingin tapi ada kipas sebelah katil kelamin RM135. Betul cakap Anif tapi isunya kami telah bayar. Nak batalkan tempahan memang kurang sopan, sebab kami telah lewat sampai.

7. Sebenarnya dalam congakanku hanya lima katil untuk berlima. Nyonya yang menerima tempahan tak pula berceritera bilik keluarga seluas itu. Bila aku tempah dia bilik kelamin: RM85 + RM85 kan sudah berjumlah RM170 campur tambah tilam hah sekitar RM200 apasalahnya tambah RM20 ada katil ruangnya selesa. Aku telah berbincang bab ini sebab kan dia Menteri Kewangan keluarga. Dia kata tak kisah. Memang dia yang mahu kami berasing tidurnya dengan anak-anak.

8. Bagusnya hotel ini, selepas aku buat tempahan melalui internet aku memang klik gambar-gambar dalaman hotelnya. Aku lihat banyak gambar bilik tanpa tingkap; biasalah rumah kedai dibuat hotel bajet. Aku tulis e-mel mahukan satu bilik mengadap tingkap mahal sikit pun tak apa sebab rasa santai sesekali tidur di tempat orang. Tak sangka e-mel aku diambil perhatian. Bilik keluarga ini kalau aku kelaskan memang bagai hotel tiga atau empat bintang kurangnya cuma tiada peti ais dan besen mandi tapi ada talian internet (WiFi) 24 jam amat laju.



9. Siapa kata hotel bajet tak mewah eh, Taman Nusa Bestari bandar yang santai amat dan persekitaran bak kita duduk di tengah komplek membeli belah. Aku mula lapar. Kami cuma makan biasa di hentian rehat. Aku lebih makan buah nenas sepanjang perjalanan hanya sempat makan mee kari di hentian R & R Paguh. Memang sedap resipinya, biarpun lama menunggu sebab pakcik yang menyediakan hidangan amat sentimental. Rasanya pun sentimentallah juga. Semua kelaparan hatta kami mencari makan sekitar hotel yang memang nampak bagai berada di Hong Kong 95% aku lihat cuma kaum cina di sekitarnya.

- bersambung

3 ulasan:

Me, Myself and I berkata...

As salam, En Idan. Dah lama tak tinggalkan jejak kat blog En.Idan. Sebenarnya sy cuma nak bagi info..UTM sendiri ada homestay dlm kampus - UTM Scholar's Inn.

Tp sy kurang pasti samada ibubapa pelajar boleh menyewanya atau tidak..

Me, Myself and I berkata...

cuba layari website ini..:-)
http://jbcool.com/utm-scholar%E2%80%99s-inn-skudai-a-comfortable-alternative-accomodation/

iDAN berkata...

Memang ada & boleh disewa semuanya dah penuh: semasa dah hantar aziq di kolej berbual dengan ayah plajar yg sama baru daftar katanya hanya RM80 siap ada dua bilik jika tak silap. Tapi mereka telah tempah sebelum puasa lagi.