Jurutera Jalan Raya sebenarnya memainkan peranan merancang pembangunan
jalan raya sesuatu bandar. Bajet juga penting. Apa yang aku perhatikan
bila masuk ke Skudai memang fikiran akan berserabut; buntu dan rasa
tersepit. Kereta terlalu banyak & orang luar tak biasa ikut susur
tepi lorong yang amat sempit bila terlajak jalan nak susur ke pusingan U
teramat jauh. (Jalan Skudai).
2. "Betul ke ni ayah...ni macam
jalan nak melajak ke lain saja" aku sebenarnya sekadar main lajak saja;
ikut firasat; Mila mula panik. Bayangkan Jalan Skudai ni panjang; Bila
Aziq telah terlajak ke 30 km patah balik tak jadi 60 km; belum lagi kami
tersasar ke jalan mati dah sampai nampak kuala sungai nak ke laut.
Takkan nak terjun laut. Aziq tak salah lakaran peta yang aku buat tak
dapat menolong. Si Azim dah mula sebut Global Positioning System (GPS).
Bukan murah eh GPS ni... kalau malas update meracau jugak GPS ini.
Percaya atau tidak jika kita kuat mendekati hati pancaindera keenam kita akan kuat juga berfirasat; sering aku yakin akan dipermudahkan perjalanan apatah lagi ada seseorang mendoakan perjalanan kita. Pernah juga gagal mencari tempat jamuan sampai terlepas jadual. Balik saja. Amat mengecewakan)
3. Nyonya yang terima tempahan mula telefon, iyerlah dah petang ikut
syarat penginapan jam 1:00 tengah hari kena bayar deposit. Dia tak minta
kalau tak sedari di Jenaris boleh kami masukkan ke akaun. Dia cuba
memberikan pertunjuk, Mila yang sambut panggilan lagilah tak reti bab
peta memeta ni. Arahan melalui telefon lagilah memeningkan.
4. Aku suruh Mila cakap saja kami akan tanya
orang. Mesti sampai punya. Jangan kasi orang lain sewa. Aku tak mahu ambil risiko terlajak jauh;
sebab aku pasti sekitar Sungai Skudai simpang untuk ke hotel yang aku
tempah. Aku dapat kesan pusingan U untuk petrol pam Petronas sebelah
kanan.
5. "Pakcik tanya kat pakcik di sebelang tu; dia orang
sini mahir bab jalan ni" makwe putih juruwang cakap orang kita tapai
mungkin dia pandai menerangkan bab jalan. Lagi pun bila dia panggil
pakcik pastinya aku ni payah faham hampir nyanyuk hi³. Aku memang tak
cukur janggut Amitabh Bachchan ku; berserabut macam hero frush. Aku
perasan kalau aku kemaskan misai & cukur janggut; makwe muda pasti
panggil "Abang". Kan amoi Kajang kata. "Awak masih hensem apa.."
Perasanlah tu.
6. Penerangan pakcik yang sebaya aku antara
jelas dan tidak; aku kasihan dengar dia buat panduan beria-ia dia sebut
Taman Sutera Tampoi pelbagai . Rupanya aku dah terlajak jauh amat; "
Nanti sudah buat pusingan U akan sampai bandar Tampoi, sebelum sungai
ada susur kiri; kalau terlepas boleh juga tapi jauh nak ke Hotel ini. "
6. Bila sebut Tampoi aku sudah fikir lain; google tak perasan kasi tahu
bab Tampoi ini. Aku ambil alih memandu macam yakin saja tahu jalannya
tapi memang aku tak nampak mana jalannya... patut sampai jam 3:00 ptg
dah pukul 5:00 ptg eh. -bersambung.
— bersama Razali Rah dan 5 yang lain.
Jurutera Jalan Raya sebenarnya memainkan peranan merancang pembangunan jalan raya sesuatu bandar. Bajet juga penting. Apa yang aku perhatikan bila masuk ke Skudai memang fikiran akan berserabut; buntu dan rasa tersepit. Kereta terlalu banyak & orang luar tak biasa ikut susur tepi lorong yang amat sempit bila terlajak jalan nak susur ke pusingan U teramat jauh. (Jalan Skudai).
2. "Betul ke ni ayah...ni macam jalan nak melajak ke lain saja" aku sebenarnya sekadar main lajak saja; ikut firasat; Mila mula panik. Bayangkan Jalan Skudai ni panjang; Bila Aziq telah terlajak ke 30 km patah balik tak jadi 60 km; belum lagi kami tersasar ke jalan mati dah sampai nampak kuala sungai nak ke laut. Takkan nak terjun laut. Aziq tak salah lakaran peta yang aku buat tak dapat menolong. Si Azim dah mula sebut Global Positioning System (GPS). Bukan murah eh GPS ni... kalau malas update meracau jugak GPS ini.
Percaya atau tidak jika kita kuat mendekati hati pancaindera keenam kita akan kuat juga berfirasat; sering aku yakin akan dipermudahkan perjalanan apatah lagi ada seseorang mendoakan perjalanan kita. Pernah juga gagal mencari tempat jamuan sampai terlepas jadual. Balik saja. Amat mengecewakan)
3. Nyonya yang terima tempahan mula telefon, iyerlah dah petang ikut syarat penginapan jam 1:00 tengah hari kena bayar deposit. Dia tak minta kalau tak sedari di Jenaris boleh kami masukkan ke akaun. Dia cuba memberikan pertunjuk, Mila yang sambut panggilan lagilah tak reti bab peta memeta ni. Arahan melalui telefon lagilah memeningkan.
4. Aku suruh Mila cakap saja kami akan tanya orang. Mesti sampai punya. Jangan kasi orang lain sewa. Aku tak mahu ambil risiko terlajak jauh; sebab aku pasti sekitar Sungai Skudai simpang untuk ke hotel yang aku tempah. Aku dapat kesan pusingan U untuk petrol pam Petronas sebelah kanan.
5. "Pakcik tanya kat pakcik di sebelang tu; dia orang sini mahir bab jalan ni" makwe putih juruwang cakap orang kita tapai mungkin dia pandai menerangkan bab jalan. Lagi pun bila dia panggil pakcik pastinya aku ni payah faham hampir nyanyuk hi³. Aku memang tak cukur janggut Amitabh Bachchan ku; berserabut macam hero frush. Aku perasan kalau aku kemaskan misai & cukur janggut; makwe muda pasti panggil "Abang". Kan amoi Kajang kata. "Awak masih hensem apa.." Perasanlah tu.
6. Penerangan pakcik yang sebaya aku antara jelas dan tidak; aku kasihan dengar dia buat panduan beria-ia dia sebut Taman Sutera Tampoi pelbagai . Rupanya aku dah terlajak jauh amat; " Nanti sudah buat pusingan U akan sampai bandar Tampoi, sebelum sungai ada susur kiri; kalau terlepas boleh juga tapi jauh nak ke Hotel ini. "
6. Bila sebut Tampoi aku sudah fikir lain; google tak perasan kasi tahu bab Tampoi ini. Aku ambil alih memandu macam yakin saja tahu jalannya tapi memang aku tak nampak mana jalannya... patut sampai jam 3:00 ptg dah pukul 5:00 ptg eh. -bersambung.
1 ulasan:
Tahniah sekali Tuan, puisi di Media Terkini edisi 15 September 2012. Dapatkan di pasaran.
Tuan bolehkah beri emel Tuan kepada saya. Terima kasih.
Catat Ulasan