Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

28 September 2012

Minyak Zaitun: Penyembuh Pelbagai Penyakit

 

Minyak Zaitun & Khasiatnya

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:
  1. Extra Virgin Olive Oil
    Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad. 
  2. Virgin Olive Oil
    Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.
  3. Olive Oil
    Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.


Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi apa ditunggu lagi?

Minyak zaitun merupakan minyak yang dapat dari sumber pohon zaitun. Khasiatnya cukup banyak sehingga disebutkan dalam al-quran mengenainya. Ketahui apakah khasiat dan keistimewaan minyak zaitun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Khasiat Dan Keistimewaan Minyak Zaitun (Menarik!)

Apa keistimewaan pohon zaitun sehingga dipuji sedemikian di dalam al-Quran dan hadith? Minyak Zaitun ini selain rasanya yang lazat dan digunakan oleh manusia selama ribuan tahun, pohon-pohonnya indah dan berumur panjang. Akar-akar pohon zaitun kuat mencengkam ke bumi sehingga nampak seperti berdiri kukuh perkasa. Ini menimbulkan rasa hormat dalam tamadun-tamadun yang menanamnya. Pohon Zaitun menyimpan pelbagai misteri kesihatan yang luar biasa.


Pakar bedah yang menjalankan pembedahan pemindahan jantung yang pertama di dunia, Dr. Christian Barnard menyarankan supaya semua orang belajar bagaimana orang Yunani Crete di kawasan Mediterranean menjaga kesihatan jantung mereka. Menurut Barnard, komuniti ini adalah yang jarang sekali menghidap serangan sakit jantung. Antara alasan yang membuatkan masyarakat Crete ini jarang terkena serangan sakit jantung adalah amalan mereka mengambil minyak zaitun. Minyak yang mengandungi kandungan lemak yang bermutu tinggi.

Andrew Weil,  juga mengaku minyak zaitun adalah minyak yang terbaik daripada semua lemak yang dapat dimakan. Tubuh badan manusia lebih mudah menerima asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun iaitu asid oleat. Minyak zaitun mengandungi lemak mono tidak tepu. Lemak ini tidak mempengaruhi peningkatan kadar kolesterol dalam darah, kaya dengan vitamin E dan bersifat anti-oksidan. Minyak zaitun juga mengandungi polyphenols yang bersifat anti inflamasi.

Makanan-makanan yang mengandungi anti-oksidan adalah makanan kelas satu dalam dunia kesihatan masa kini. Minyak zaitun mampu melawan radikal bebas dan mencegah banyak penyakit-penyakit degeneratif seperti tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan strok, melambatkan proses penuaan, melawan kanser dan alergi.

Menurut penulis buku Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit , beliau pernah cuba mengambil minyak zaitun selama tiga bulan penuh. Beliau dapat merasakan perubahan yang bermakna kepada kesihatannya, terutamanya kepada stamina fizikal yang lebih kuat dan tidak mudah letih. Mengikut beberapa hadis yang diceritakan, Rasulullah biasa mengambil campuran minyak zaitun dan cuka yang menjadi sebahagian daripada menu utamanya pada setiap hari.

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi
Penggunaan:
  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

CARA PENGAMBILAN:

1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.

2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).

3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah.


Tiada ulasan: