iDAN

20 September 2012

PERHAMBAAN MODEN


Tak siapa sanggup menerima berita sedih; kemalangan atau pun kerugian. Bila bekerja bos panggil sebab satu kesalahan pun buat kita rasa tertekan. Cukuplah jika permohonan cuti kita ditolak. Rasa amat tertekan atau stres akan terus melanda. Sementelah diri terus terpinggir tak dapat bersuara dengan kepincangan sistem pentadbiran organasasi tempat kita mencari rezeki. Jika kerja di syarikat swasta memanglah kita kurang punya peluang bersuara. Ini berkhidmat di sektor awam. Kerajaan yang kita pilih.

2. Dalam apa jua perjuangan sentiasa ada rintangan dan ujian. Apatah lagi ianya melibatkan masa depan atau wang ringgit. Aku pernah diugut akan ditarik pencen dan diturunkan pangkat kerana perjuanganku untuk menaikkan taraf hidup rakan sekerja yang terbiar.


3. Hingga kini aku masih lihat ada kalangan rakanku masih tak terbela nasib mereka. Sebab orang yang sepatutnya memainkan peranan menjaga kebajikan pekerja tak prihatin masih tunduk dengan syarat baru yang tak masuk akal tanpa memikirkan KPSL salah satu cara untuk menaikkan taraf perwatakan mereka yang lama berkhidmat.

4. SSM atau SSM nampaknya masih tak adil dalam menangani masalah pekerja yang lama berkhidmat sebab TIDAK lagi memandang serius KPSL yang diperkenalkan semasa Skim Gaji Kabinet. Kalangan rakan ini telah berusis 50an hanya ada sekitar 10 tahun sahaja lagi berkhidmat. Selebihnya akan tinggal sejarah & kenangan sahaja.

5. Yang lebih sedih kesatuan sekerja sering menjadikan kalangan terpinggir ini Batu Loncatan untuk mereka mendapat tangga gaji yang lumayan. Sedangkan pihak JPM sendiri nampak kepincangan ini. Cumanya bila diabuat rombakan gaji; ada kalangan orang atasan TERLALU tamak mahukan mereka dapat gaji yang lebih lumayan tak mahu melihat golongan rakanku yang terpinggirkan merapatakan jurang kemiskinan dengan gaji yang lebih munasabah.

6. Akhirnya aku membuat keputusan; kalangan tamak haloba ini akan pasti menerima nasib malang dan akan muflis di dunia sana sebab tak PEKA, tak prihatin dan sering menganggap keluhan orang bawahan ini satu sungutan dan tak perlu diambil perhatian. Mereka TETAP berhutang dengan kalangan rakanku yang ramai telah tiada dan masih diperhambakan secara perhambaan moden. Hak mereka dapat semua; KPSL mereka terusan dilaksanakan. Betapa DAJALnya golongan mereka ini.

7. Natijah dari sikap mementingkan diri sendiri golongan ELIT ini, cer perhatikan bagaimana golongan yang telah bersara ini dapat hidup bahagia dengan elaun pencen yang hanya sekitar RM1K di negara yang telah 55 tahun merdeka ini.
iDAN: Sebaiknya kerajaan mengkaji elaun minima pesara di bandar. Apakah cukup dengan pencen sekitar RM1K jika masih ada bersekolah; malahan dalam tempoh bersara ini banyak urusan seperti perkahwinan anak yang terbeban kepada warga tua ini.

Tiada ulasan: