iDAN

20 September 2012

FASIQ bikin diri bertambah GULA.


Mata aku terasa kabur sebab dua kemungkinan; tidur asyik tak lena malam tadi asyik diburu mimpi ngeri. Hasrat yang tak sampai. Mungkin juga gula dalam badan meninggi sebab aku tak kawal sangat pengambilan gula.

2. Cer kita ke gerai jual kuih-muih, pasti dapat kita hitung ada lebih dari 50% kuih yang dijual adalah manis belaka. Sebenarnya bukan hanya benda manis sahaja ada gula. Sebab pakar pemakanan aku berpesan. Semangkuk nasi itu ada kandungan gula sebanyak 3 sudu gula yang kita sering bancuh buat minuman. Dua biji kentang sederhana besar juga sama dengan semangkuk nasi kandungan gulanya.


3. Malahan fikiran yang stres tak cukup tidur gusar juga akan pasti menjadikan badan kita membina kilang gula sendiri. Amat sukar untuk kita menjaga kesihatan jika kehidupan kita tidak stabil.

4. Bagi mereka yang ada anggota keluarga yang sakit kronik kasilah sokongan jangan sampai menggusarkan mereka. Memaksa sesuatu yang mereka tak suka. Terpaksa menurut telunjuk ego diri sendiri. Membiarkan mereka kesepian tanpa ada semangat mahu membantu mereka agar tidak stres, tidak terjaga & sifar untuk saling mengasihi.

5. FB juga boleh membuatkan kandungan gula/glukos dalam badan meningkat tinggi jika kita sengaja menyakiti hati rakan. Membuat keputusan tanpa diduga; cemburu buta, mengadu domba. Melahirkan isu yang tegang dan mereka-reka ceritera karut & fitnah. Tak peka kepada rakan. Tak mahu mengumbirakan hati rakan.

6. Lagi bahaya jika waris tak kenal waris; segala pisau cukur ujud; segala kasanova menjadi bertambah hidung belang. Penipu & penggoda bertambah hebat beraktiviti. Pelbagai perkara lalai yang boleh merosakkan hati & fikiran. Sebaiknya kita berbaik sangka bukan berfikiran jumud & berwatak fasiq.

Sebab itu ada negara tidak membenarkan warganya akses FB/Muka Buku sebab kita ini sering silap menggunakan satu kemudahan yang niat asal diujudkan adalah untuk kemudahan & kelajuan komunikasi antara manusia sejagat.

Tiada ulasan: