Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

01 Oktober 2012

SENDIRI siri 2.



Paling aku terkesan bila terkenang rakan yang baik telah bersemadi di Alam Barzakh. Banyak sejarah hidupnya aku tahu tapi bukanlah jelas sangat. Aku cuma tahu wataknya depanku. Di belakang kehidupanku mana kita tahu. Tapi masih ada ceritera baru aku dengar tentang arwah. Tak percaya tanyalah tentang mereka ini jika awak dapat berbual dengan rakan yang sama mengenali Allahyarham. Biasanya mesti tentang keraguan atau keaiban.

2. Sebaiknya agama mengajar awak menutup aib mereka. Jangan sebarkan aib rakan yang telah tiada. Namun hati awak itu pasti ada NAKALnya. Sebab awak sentiasa tahu tentang perangai aib rakan kita ini. Tidak berkata di mulut. Hati pasti berkata-kata. Kita berdoalah agar diampunkan dosa-dosa rakan kita juga dosa-dosa umbat Islam yang lain. Perkara ini salah satu penyakit hati yang perlu kita rawat dengan zikir.

3. Isu yang membeban jiwa ragaku ini adalah aku juga banyak DOSA. Biarpun dosa itu kecil tetapi jika aku longgok pasti jadi banyak dosanya maka pasti jika disukat saiz akan besarlah saiz. TAKUTnya.

4. Maka itu ketika sendiri kena mencari jalan untuk dapat mengurangkan dosa-dosa ini dengan cara meminta keampunan, bertaubat. Dosa kecil dapat dihapuskan dengan beristighfar kepada Allah SWT dan banyak ibadat.(Jika tidak berkait dengan orang lain). Ada cara lain seperti sering berjalan kaki ke tempat ibadat; buatlah baik seperti bersedekah agar pahala bertambah. Berkata baik atau menulis sesuatu agar dapat membina insan jadi mulia.

5. Dosa sesama manusia kena SEGERA meminta maaf kepada orang yang awak berbuat JAHAT atau aibkan. Islam adalah agama penuh kasih sayang. Maka setiap Muslim dianjurkan untuk memberi maaf sebelum orang meminta maaf. Sebab memberi maaf itu lebih dekat kepada ketakwaan seperti firman Allah yang bermaksud:

“Dan jika kamu memberi maaf, maka itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 237).

6. Jika terusan terpinggir & tak siapa nak bersapa dengan awak; awak pun semakin ego dengan LEKA duniawi. Apa penghujungnya.

Tiada ulasan: