Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

09 Oktober 2012

Puisi iDAN Naib Juara Pertandingan Mencipta Puisi

Ada LIMA puisi iDAN dipertandingkan dalam Pertandingan Mencipta Puisi di PuspaFM: Jangan lupa malam ini bermula jam 9:00 malam ini 6.10.2012 sekitar 3 buah puisi akan dideklasikan oleh DJ bersuara Unik Alan Tam.

2. Keputusan pemenang juga akan diumumkan malam nanti.


3. Banyak puisi menarik dari kalangan pendengar PuspaFm akan berkumandang. Sila klik URL ini untuk mendengarnya. Anda juga dipelawa memeriahkan AuraFM dengan mendaftar menjadi ahli online tanpa sebarang bayaran.



http://radio.puspafm.net:8000/listen.pls

http://www.mesrachat.net/

http://www.LepakChat.org/


4. URL yang ini untuk anda mendaftar menjadi ahli.


http://www.facebook.com/groups/Ruangan.Game.PuspaFM.2012/


Jangan tak dengar jika memang anda orang seni & minat dengan sastera terutama puisi/sajak
Puisi iDAN antara 11 puisi terpilih.

Ermita Dominic:

-11 YANG TERPILIH- Penyair Idanradzi

TITIK SABAR

Bertali arus janji-janji rapuh
melilit juraian yang geruh
segala keintiman semakin gugur
tak kenal rasa sesal lagi akur
biarpun puas aku menegur.

Kekhilafan itu bukan alasan
jika berkali-kali memungkiri
kemaafan itu bukan mainan
jika saban kali memanipulasi
biarpun jenuh aku menasihati.

Jangan salahkan cermin mengajuk
bayangannya adalah diri sendiri
jangan marahkan aku merajuk
aku tak larat lagi asyik memujuk
titik sabar ini telah pun termaktub.

(Aku sentiasa memberikan ruang
di lipatan hati ini demi nilai diri murni)

IDANRADZI
Jenaris Kajang.


(Emm ini antara TITIK kejayaan yang menjadi
kenangan terindah sepanjang aku berkarya)
Alan Tam Selagi Termampu:
1-mawar Putih[pusara ayah]
2-penyair idanradzi[titik sabar]
3-mohd uzir[kalam al-quran]
1-saguhati-[yan ismail]
2-saguhati-[Ann Kay]
3-saguhati-AkimiashailyFully Marbuli]
4-saguhati-[Evy Afendy]
5-saguhati-[Ramlah Ayoub]
1-Hadih Misteri- Huzaimi Ahmad
2-Hadih Misteri- Sizuka Kaizoku
3-Hadiah Misteri-Liah Omar
-CENDERAHATI- Khas Tuk Alan Tam Selagi Termampu-

Sy tak menyangkakan pun dapat tempat Naib Johan Pertandingan Mencipta Puisi bagi sy terpilih antara 11 puisi pun sudah cukup baik. Terima Kasih PuspaFM

4 ulasan:

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Tahniah!

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah saya ucapkan.

Me, Myself and I berkata...

Tahniah. Menarik puisi tu..memang patutpun menang. :-)

iDAN berkata...

Ramai yang telah tahu betapa saya terangkak-rangkak nak cuna menaiki laman puisi di BH & Utusan; samalah majalah Wanita Solusi dan beberapa Media yang lain.

Saya tidak pernah putus asa dalam berkarya; buat kata rakan puisi saya. Tugas kita sebagai penulis adalah menulis tersiar atau tidak karya kita itu masalah lain. Bila telah menjadi penulis teruslah menulis.

Masa masuk pertandingan puisi itu; kebanyakan puisi saya olah semula dari karya saya yang tidak terbit/ditolak editor. Selalunya bila saya menghantar karya salinannya saya simpan di e-mel. Jika tiap minggu satu karya kepada satu penerbit bayangkan jika telah tiga tahun di BH itu tak satu pun tersiar.

Nah hasilnya saya memang terkejut ianya dapat Naib Johan sebab saya merasa karya saya amat kecil dan tak sebaik mana mutu karyanya. Terima kasihlah PuspaFM dan rakan yang memberi dorongan agar saya terus berkarya.

Bulan sudah ada lima buah puisi saya terbit di akhbar; bulan ini baru tiga buah.