Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

27 November 2012

MMms 29 : Sakit Kronik semakin menggiler.

Jika dulu aku sering ditahan di wad kecemasa Hospital Kajang & Hospital Serdang. Di Kajang masalah buah pinggang setiap kali buang air kecil berdarah; pun dikesan adalah berpunca Batu Karang. Buah pinggang membengkak tetapi NASIB seorang pekerja buruh seperti aku yang hanya layak dilayan sebagai Kelas Dua di hospital kerajaan memaksa aku didera selama lebih setahun setengah. Sambil makan ubat yang dibekalkan aku mencari herba sebagai penawar untuk memecahkan baru karang. Mengembalikan kekuatan buah pinggang yanag berperanan menapis segala. Akhirnya dengan kuasa Tuhan aku temui herba penawar yang menyembuhkan sakitku.

2. Ketika itu setelah setahun setengah lebih menderita. Sebermula dengan Mila tinggalkan aku; duduk berasing di Pulau Carey. Masih ingat ketika dini hari; sakit buah pinggangku ini menyerang selalunya sekitar jam 2:00 pagi. Aku terpaksa naik kapcai atau kereta perangku merentas jirat cina sorang diri; terpaksa disuntik ubat tahan saki dipunggung. Pernah pembantu perubatan suntik di bahu ish tak pulih berjam-jam. Aku terpasa reda & terbaring di wad kecemasan dengan pasakit kronik yang lain; dengan orang nazak; atau yang telah tiada nyawa. Mesin radas pembaca tekananan darah menjerit; dit dit diiiit melalak terkadang tetiba menyepi.

4. Sering sampai cerah hari barulah aku dibenarkan pulang & berkejar ke ofis mencari rezeki. Namun berbeda dengan rakanku yang pensyarah dilayan sebagai Kelas Satu; alahai tak sampai dua minggu terus di bedah dengan cara cahaya laser; terus baik & bergumbira. Orang kecik sepertiku cukup terdera. Sakit satu hal; mental untuk menahan sakit kronik sendirian satu hal.


ini pokok@bunga herba yang membantu aku pulih segera.

5. Setelah lebih dari setahun setengah berulang-alik hospital pakar bedah barulah aku dapat giliran berbaris dengan dengan perempuan mengandung untuk scan perut bunting gajahku. Penat pakar sakit puan mencari punca. Nah katanya buah pinggang aku dah okey; tak bengkak. Cantik lemun. Padahal setahun setengah aku terdera separuh mati. Cer cubalah sakit macam aku dan orang lain yang pernah diserang buah pinggangnya. Duduk tak kena, baring amat sakit; bernafas separuh cuma, berjalan lagilah peritnya. Manalah tak okeynya aku... ketika discan baru saja aku perasan; buah pinggangku kembali normal sebab aku telah jumpa herba penawarnya. Batu karang tu telah pecah menjadi pasir & tak ganggu lagi pundi buang air kecilku.

6. Ubat bak manik dan cecair doktor nampaknya tak berkesan; sebab lebih setahun aku makan. Sifar kesannya. Sakit terus berulang. Herba ini murah amat kubeli baru aku amalkan tak sampai sebulan; sekitar seminggu dua aku makan semuanya menjadi okey. Itulah rahmat dari Tuhan jika kita terus berusaha. Itu cuma sekelumit deita sakit kronikku; bagaimana pula kata pakar jantung jantung di Klinik Kardio Serdang. Dokor pakar yang merawatku di PKupm. Ubat 7 (tujuh) jenis yang aku perpaksa telan setiap hari sudah menjadi jajan kacang yang perlu aku suka tak suka.


- bersambung

1 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Saya doakan Tuan Idan kembali pulih dan sihat walafiat.