Tak semua kita dapat tidur dengan lena, nyenyak atau segar ketika
bangun pagi. Tidur itu satu nikmat jika kita ada bantal peluk atau
seseorang yang dapat menemani kita.
2. Ada pasangan dapat tidur
lena biarpun pasangannya berdengkur kuat. Ada pasangan terpaksa tidur
berasing lantaran tidak dapat nyenyak tidur bila diganggu dengkur.
3. TIDUR berasing bagi pasangan yang berumah tangga tentunya akan
terasa renggang ikatan kasih sayang. Seyogia memang ini yang kerap
berlaku bagi pasangan yang berusia bila ada masalah boroi atau tidur
berdengkur. Terpaksa menerima kenyataan telah sendirian sebelum mati
terhimpit di kubur SEORANG DIRI.
4. Tak kisahlah tidak dapat
tidur bersama tapi jangan sampai kasih sayang juga diasingkan apabila
tiba masa mahukan tidur yang lena tanpa gangguan. Sebab jika kita terus
mengasingkan diri dari pasangan kita di dunia lagi; bagaimana di dunia
sana dapat kembali bersama. Jika pun REDA; hakikatnya kita telah pun
lama menjarakkan hubungan kita dengan kekasih kita di dunia lagi.
5. Untuk mendapatkan tidur yang lena ada beberapa faktor yang boleh
membantu. Seperti melakukan aktiviti lasak di siang hari. Mungkin
bersenam atau berjalan kaki ke taman rekreasi atau kompleks membeli
belah. Tidur siang sekadar sekejap untuk menyegar minda. Jangan stres.
SEMBAHYANG HAJAT atau berzikir yang boleh mendamaikan hati.
6.
Tidur sebenarnya adalah perlambangan jiwa; jiwa yang tenang akan pasti
dapat tidur & mimpi yang damai; jiwa yang kacau sering tidur
terganggu & mendapat mimpi yang ngeri lagi menakutkan. Bayangkan
jika ketika jaga hati kita sentiasa rawan, rindu, resah & pelbagai
tekanan. Dalam tidur pun termimpi-mimpikan akan drama ngeri;
bagaimanalah diri mahu menikmati hidup ini?.
iDAN: Gua tidur memang amat kuat berdengkur.
3. TIDUR berasing bagi pasangan yang berumah tangga tentunya akan terasa renggang ikatan kasih sayang. Seyogia memang ini yang kerap berlaku bagi pasangan yang berusia bila ada masalah boroi atau tidur berdengkur. Terpaksa menerima kenyataan telah sendirian sebelum mati terhimpit di kubur SEORANG DIRI.
4. Tak kisahlah tidak dapat tidur bersama tapi jangan sampai kasih sayang juga diasingkan apabila tiba masa mahukan tidur yang lena tanpa gangguan. Sebab jika kita terus mengasingkan diri dari pasangan kita di dunia lagi; bagaimana di dunia sana dapat kembali bersama. Jika pun REDA; hakikatnya kita telah pun lama menjarakkan hubungan kita dengan kekasih kita di dunia lagi.
5. Untuk mendapatkan tidur yang lena ada beberapa faktor yang boleh membantu. Seperti melakukan aktiviti lasak di siang hari. Mungkin bersenam atau berjalan kaki ke taman rekreasi atau kompleks membeli belah. Tidur siang sekadar sekejap untuk menyegar minda. Jangan stres. SEMBAHYANG HAJAT atau berzikir yang boleh mendamaikan hati.
6. Tidur sebenarnya adalah perlambangan jiwa; jiwa yang tenang akan pasti dapat tidur & mimpi yang damai; jiwa yang kacau sering tidur terganggu & mendapat mimpi yang ngeri lagi menakutkan. Bayangkan jika ketika jaga hati kita sentiasa rawan, rindu, resah & pelbagai tekanan. Dalam tidur pun termimpi-mimpikan akan drama ngeri; bagaimanalah diri mahu menikmati hidup ini?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan