Cek
 yang DBP kasi telah lama terperam; tempoh hayatnya sekitar 3 bulan 
sahaja. Tak silap ini baru pemberian honorarium ketiga dalam tempoh aku 
berjinak-jinak dengan DBP.
 
 2. Aku masih menaruh harapan agar 
puisiku akan terus terbit di beberapa media. Bukan isu cek atau 
honorarium tapi isu kekuatan berkarya. Ilham tak mudah datang jika aku 
asyik dibenam masalah sakit kronik; pergolakan keluarga pun impian balik
 kampung yang masih tidak kesampaian.
 
 3. Lagi banyak kita 
menyimpan impian & cita-cita akan lagi kuat kita berusaha. Hidup 
tanpa impian pasti kita menjadi manusia jumud dan melayanglah entah ke 
mana. Di samping aku mahu menjadi Penyair yang dikenali aku juga mahu 
menjadi orang kampung yang berjaya. Paling tidak aku ada dusun atau 
hutan herba. Jangan sebut kelapa sawit. Aku benci kelapa sawit sebab 
pakar pemakananku telah melarang aku minum Teh Tarik; sebab susu pekat 
yang dibuat dari kelapa sawit telah menjadi barah dalam darah. Tak boleh
 pecah dek insulin yang ada.
 
 4. Silap-silap minyak goreng dari 
kelapa sawit yang kita guna pun akan menjadi masalah besar buat kita 
semua CEPAT mati. Ini bukan dongengan tapi fakta oleh pakar pemakanan 
yang menjaga DIET aku. Ramai sangat rakanku MATI dalam usia 50an sesuatu
 kena kita siasat KENAPA awal sangat mati ni.
 
 5. Berbalik 
dengan masalah cek tadi; aku memang amat buta mesin digital di bank 
kini. Boleh kata semua bank dah tak pakai buku untuk masukkan cek. Semua
 guna mesin. Di May Bank ada dua cara memasukan cek; satu guna borang 
masuk mesin deposit & dapat slip kemasukan cek. Satu lagi tanpa 
borang, cek akan di"scan" dan dapat slip yang ada salinan cek yang 
dimasukan. 
 
 6. Tak semua mahir gunakan mesin deposit ini; ada 
yang cuba tapi tak berjaya dan beredar sebab ketika malam tak siapa 
dapat membantu. Seperti malam tadi, mesin yang guna borang tak pun ada 
borang di ruang bank tersebut. Terpaksa guna mesin deposit cek tanpa 
borang. Alahai jika tak ada Azim memang aku tak reti nak guna. Biar pun 
mesin tu cakap Melayu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan