Pengakuan
aktres Kareena Kapoor benar-benar memeranjatkan pihak media. Katanya dia
sudah pun berkahwin dengan aktir Saif Ali Khan. Persoalannya bila?
Sebabnya, majlis perkahwinannya bakal diadakan tidak lama lagi. Adakah
selama ini mereka telah berkahwin senyap-senyap?
Apabila ditanyakan lebih lanjut tentang persoalan ini, Kareena Kapoor
sekali lagi menegaskan, bahawa dia sudah pun berkahwin dengan Saif Ali
Khan.
“Bukankah sudah 5 tahun saya dan Saif tinggal bersama? Kami beli
rumah sama-sama dan menghias rumah ini bersama-sama. Malah, sudah
beberapa kali saya berjumpa dengan keluarganya. Semua orang pun tahu
mengenai hal ini.
“Ertinya saya sudah pun berkahwin dengannya. Cuma kami perlu
mengesahkan di atas kertas sahaja, dan kami akan melakukanya tidak lama
lagi. Menjadi Mrs Saif Ali Khan bukanlah sesuatu yang baru buat saya,”
katanya.
Kareena Kapoor juga memberitahu bahawa dia langsung tidak punya
masalah dengan anak-anak Saif bersama isterinya yang dulu iaitu Ibrahim
dan Sarah.
“Saya sayangkan mereka dan saya juga memperolehi kasih sayang yang
sama daripada mereka. Mereka juga sangat menghormati saya. Kedua-dua
mereka sedang membesar dan Sarah nampak begitu cantik,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan