iDAN

25 September 2012

Buat baik berpada-pada.

Kata Prof Dr Muhaya:

Tidak apa jika kita tidak tahu memaafkan tapi kita mesti rela memaafkan dan niat untuk memaafkan orang lain. Insya-Allah Allah akan bantu. Jangan sekali kata tak boleh dan payah. Apa kita fikir itu akan jadi. Apa kita dapat hari ini hasil dari fikiran kita sebelum ini. Ubah cara fikir untuk ubah cara hidup.

Kata Penyair iDANRADZi:

Memang ada jenis manusia yang hidupnya dari azali sampai ke liang lahat sentiasa asyik menyakitkan hati orang; bila kita maafkan dia tambah lemak. Kita doakan dia agar jadi baik, dia pula tetap sentiasa berprasangka buruk dengan kita; sebab itu dalam agama ada pahala & dosa. Ada baik ada jahat. Islam sendiri mengingatkan berhati-hati... berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim). Tak kisahlah jika awak mahu sering terbakar pakaian sentiasalah MAAFKAN si gerladangan ini. Berbaiklah selalu dengan si JAHAT ini.
 
RESPON & Bual di Muka Buku:
 
Penyair Idanradzi
hati pernah SAKIT sebab kita sentiasa nak lihat rakan bahagia tapi rakan kita kerana sayangkan status dia tetap memihak dengan mereka yang lalai lagi menyakitkan hati kita malahan jadikan kita batu loncatan MEREKA;

kita sentiasa rindu rakan kita tapi bila rakan kita telah jadi orang senang dia lupa kita dan sentiasa rapat dengan segerombolan orang senang sekeliling dia; malahan berselisih dengan kita pun dia boleh toleh ke lain

bila kata-kata ini terkadang memang tajam semua manusia akan lari dari kita biar pun niat hati kita ikhlas nak membaiki keadaan nak jadikan ukhuwah itu kembali intim

rakan begini akan gunakan AYAT jika nak tegur seseorang itu kena pandai sesuaikan masa & keadaan

dia masih serupa TAK ingatkan kita

Sa:
biarlah org tak ingat kita...janji kita tetap mengingati dia...

Penyair Idanradzi
JANGAN kata aku tak bahagia dengan kesepian ini; ada ketika lebih bahagia kita BERTAPA sendirian bersama dengan kesepian & tunggulah pasti ada seseorang atau Malaikat akan menjemput kita ke alam lebih bahagia

Sa:
kebahaigaan ada di mana²...kadang²kita yang terlepas pandang

Penyair Idanradzi
kebahagiaan, kekayaan, keriangan, kemeriahan, kemewahan dunia tak pernah kekal lama

Awa bila kita nak ke kaki Gunung Ledang ni; hari tu si Azim leka bermain dengan anak ikan di sana katanya tempat tu berpuaka sebab sering berlaku kemalangan maut tapi kami pergi tenang saja kat sana

Sa:
itulah yang perlu sentiasa kita ingat... di dunia ini hanya sementara

Penyair Idanradzi
alahai dah mula rindu Asahan ni hari tu pergi ketika bulan puasa badan tak larat nak ke jeram sana

Sa:
ada masa....sila la datang lagi

Penyair Idanradzi
bergantung kepada kerja kak mila tu, jika tak ada tugasan bagaimana nak menginap di sana.

Sa:
cari lah masa terluang... Insya-Allah

Penyair Idanradzi
Kat Asahan tak ada hotel bajet lagi jika tidak mmg menarik ke sana, tak suka kat Jasin tu sebab parkir kena pakai kad gores; hari tu minta nyonya goreskan tak RETI nak guna. Jasin yang dekat dengan jeram tu jika nak bermalam.

Sa:
abg carilah homestay...kat Simpang Bekoh tu ada... tak jauh gak nak pergi Asahan

Penyair Idanradzi
tak pernah ada pengalaman tidur di homestay kalau tidur berdengkur tak ke ganggu tuan rumah? tenguk kat tv ada homestay sama dalam satu rumah dengan tuan rumah

Sa:
tak la...kat situ rumah berasingan

Penyair Idanradzi
nantilah bajet ada kena tanya-tanya: sbb 13 Okt nanti kena ke Perak lagi; anak rakan kahwin, dia dapat menantu kedua, Tapah tu jauh dari Asahan.. sih banyak komitmen ni; nak ke Bandung, Medan, Tasik Chini & Pulau Tioman. Banyaknya impian.

Sa:
ada masa ...sampi juga nanti

Penyair Idanradzi emm kes nak tidur di eco resort di jasin pun tak jadi²

Sa: jangan terburu-buru...banyak sangat impian tu...tunaikan satu persatu

Penyair Idanradzi
Pulau Tioman ni kan sejak berzaman terkenang-kenang nak pergi bila dah berkeluarga besar nampaknya kena pakat-pakat dengan keluarga jika pergi sendiri memang tak seronok lambat pergi pasti dah tua tak larat nak jalan jauh-jauh mabuk laut pelbagai isunya macam anak abg tu bukan bergaji besar duit habis begitu saja sbb nak bayar kereta pun belanja keluarga

memang kerajaan kena fikirkan bebanan hutang kenderaan ini; itu pun beli kereta paling murah di pasaran kita

Sa:
kehidupan sekarang semua perlu ada duit

Penyair Idanradzi
semalam masa ke Seremban tenguk keluarga susah bawa kapcai dua anak kecil bersama isteri alahai memang hati terusik, naik bas mmg buang banyak masa lagi pun nak bawa dua anak payah...Lihat Lebih Banyak

Sa:
kita patut bersyukur...awa pun kdg2 kasihan tgk org2 yg naik motor melebihi penumpang nie..pengajar pd ank2 kita

Penyair Idanradzi
kancil sepatutnya dikeluarkan lagi tapi harga kenalah murah; abg suka kancil lampu kotak tu nampak kecil & comel ...orang kata minyaknya mmg jimat kereta perang abg tu minyaknya kuat jual nak laku RM1K pun payah... bila tak ada kalau hujan payah juga nak bergerak... org senang mmg tak pernah fikir masalah kita susah... teringat nak tukar kereta hari ini... esok dah ada kereta baru depan rumah... kita ni Awa tak mampu... pakailah apa yang ada...

oklah nak rehat jap lama tenguk pc mata mula mamai.. pedih eh.

Sa:
ok abg...selamat berehat

Tiada ulasan: