Translate

||| Tentang Aku |||

Foto saya
Jenaris, Kajang Selangor, Malaysia
¤¤ Penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu. Berkata benar biar pahit sekali pun. Kata kata biarlah membawa makna. Makna jangan berbau hina.¤¤

Perlu Baca

masalah tanah pusaka Md Sesh masih tidak selesai Klik Label: Pusaka Mengambil hak milik orang lain tanpa mengikut panduan Islam adalah HARAM; akta tanah yang dipinda oleh manusia hanya perangkap NERAKA bagi mereka yang tamak akan harta dunia

21 Disember 2012

Rasuah di Agensi Kerajaan

http://dgelenggang.blogspot.com/2012/12/malaysia-negara-paling-rasuah-di-dunia.html

Aku pernah mengadu masalah rasuah ini semasa kerja. Kononnya aku tak mahu terlibat & menceriterakan bagaimana kalangan rakan teknikal menggunakan Sebut Harga sebagai tujuan mengambil keuntungan.

2. Sebagai contoh sesuatu barangan berharga RM500; pegawai ini akan berpakat dengan pembekal harga dipinda menjadi RM600. Memohon komisyen secara pakatan begini biasa. RM100 akan diberikan kepada pegawai ini melalui wang tunai sebab tak mahu ianya menjadi bukti jika diberi secara cek atau masuk ke akaun peribadi,

3. Isunya aku tak tergamak nak turut serta sebab aku sentiasa mendapat sebut harga murah. Selalunya jika sebut harga itu berbeda antara 20% dari harga terendah tidak pernah dipersoalkan. Apatah lagi jika syarikat tersebut milik Bumiputera. Ini lebih memudahkan staf kerajaan membolot rasuah sewenang-wenangnya. Sebab sering syarikat Bumiputera tersebut hanya pada nama sahaja. Ianya lebih kepada syarikat ALIBABA di mana tauke besarnya adalah kaum lain.

4. Nak jadi ceritera aduan aku bukannya diterima baik oleh majikanku malahan disalahtafsirkan kononnya aku sengaja mencari musuh dalam jabatan. Kegiatan begitu memang wajar sebab itulah hasil usaha & kerja sampingan staf kerajaan untuk menambah duit poket. Alasannya mudah jika tak buat begini pun pihak syarikat pembekal biasanya akan tetap memberi HADIAH jika mereka sentiasa mendapat peluang membekal barangan.

5. Tak hairan rasuah berluasa malahan harga barangan secara sebut harga di agensi kerajaan memang MAHAL amat.
 

3 ulasan:

zeqzeq z berkata...

Sumpah jadi wang, atau doa dpt hidayah tobat, zaman ni, rasuah bentuk kerja telfon, tanah dan daging manusia, masuk ak bini misteri atau gundik..

Brahim Nyior berkata...

Salam,

Pada hemat saya, orang yang mendiamkan diri tanpa bertindak apa-apa juga menyokong rasuah.

Rasuah atau pemberian imbuhan untuk tujuan keuntungan kepada pihak tertentu boleh diatasi melalui kerjasama dan proses pendidikan berterusan.

Pengalaman saya. ada kes rasuah dilaporkan kepada SPRM dan pegawai kerajaan tersebut telah didakwa atas kesalahan. Atas sebab simpati kepada keluarga tertuduh, saya akui tindakan sebegitu mungkin 'kejam', tapi jika tak dilaporkan dan diambil tindakan, ia boleh menjadi barah.

Pada saya, rasuah adalah tindakan individu, bukan menggambarkan sikap dan ciri-ciri sebuah kerajaan.

Andainya kita sayang Malaysia, laporkan kes tersebut dengan bukti yang cukup, jika tidak, eloklah diam sahaja kerana ia boleh menjadi fitnah yang berpanjangan..

Salam.

iDAN berkata...

Memang kita asyik terperangkap dengan rasa simpati; maka ianya jadi barah orang kan kata kita menabur fitnah sbb tiada tindakan positif dari kita. Si Perasuah akan cuba tutup jenayahnya dengan pelbagai cara.

Dalam kes sy nampaknya iman sy amat kerdil; hanya mampu bertindak mengadu kepada bos atau penyelia yang menjaga sy & si Perasuah (Satu Jabatan). Belum tentu bos percaya biarpun terbukti apa yang sy cakap benar pun mana mungkin seorang bos yang masih muda penuh cita-cita mahu sama-sama membenteras rasuah ini. Pensyarah zaman sekarang giler nak ke kejar cita-cita menjadi Prof. Jika masalah pembelian mereka yang uruskan takkan mereka mahu terlibat atau menjerut tengkuk sendiri. Sebab kelulusan pembelian dari mereka.

Selalunya Tuhan akan mencari jalan lain dengan mencampak orang yang benci rasuah ini jauh dari gerombolan rasuah. hatta sy dicampak jauh dari jabatan sebegini. Sy yakin biarpun tiada tindakan SPRM mereka yang asyik mengambil rasuah ini di dunia lagi akan NAZAK; percayalah.

Ada rakan sy yang membuat aduan ke SPRM sebab bosnya terlibat dengan rasuah; bosnya mencari jalan untuk merosakkan kerjaya rakan sy dengan penilaian SKT/penilaian prestasinya TERUK amat. Tapi Allah SWT itu lebih sayangkan rakan sy ini, Allah SWT ambil nyawa rakan sy ini begitu awal. Dia kemalangan dalam bertugas. Nasib bosnya yang mengamalkan rasuah ini masih dalam dilema sebab ianya mengambil masa & proses yang lama nak membuktikan jenayah rasuah ini.